Kemiskinan boleh di atasi dengan berkat rajin dan usaha. Begitulah amalan hidup Encik Mat bin Said, 52 tahun bersama isteri dan seorang anak lelakinya.
Keluarga yang tinggal di Kampung Lubok Meriam, Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang ini kini menjadi tumpuan ramai pelawat-pelawat kerana kebolehan mereka yang luar biasa.
Boleh dikatakan apa sahaja yang kelihatan di rumah tersebut ialah hasil ciptaan dan usaha tangan mereka tiga beranak sendiri tanpa bantuan sesiapapun.
Pak Mat di samping isterinya sedang berehat di atas buaian buatannya.
Menurut Pak Mat, sebelum memiliki rumah besar seperti sekarang, mereka bertiga tinggal di sebuah pondok usang lagi kecil dekat situ.
Kerana mengenangkan nasib kemiskinannya, Pak Mat mengambil keputusan untuk berusaha sendiri membuat rumah besar dan segala peralatan di rumah itu.
Tiap-tiap hari Pak Mat, isteri dan anaknya akan ke hutan untuk menebang kayu tembusu dan membawa pulang ke rumah.
Akhirnya terdirilah rumah Pak Mat yang besar lagi teguh di kampung itu, lengkap dengan segala peralatan hasil buatan sendiri (hand made).
Mengenangkan nasib kemiskinannya, Pak Mat mengambil keputusan berusaha sendiri membuat rumah besar dan segala peralatan di rumah itu. Gambar menunjukkan bahagian dapur rumah Pak Mat.
Kini rumah Pak Mat sentiasa dikunjungi tetamu, ada yang datang dari Kedah, Perlis, Perak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sendiri.
Rumah Pak Mat berlainan dari rumah biasa. Tiangnya besar dan tinggi, berdinding atap dan berbentuk rumah purba.
Kerusi, meja, pelita, peralatan dapur, alat kerja angkut, buaian, lesung kaki dan banyak lagi hasil usaha Pak Mat dipamerkan dengan begitu teratur beserta penunjuk tarikh cipta.
Pak Mat memegang gagang telefon hasil ciptaannya sendiri.
Rumah Pak Mat juga mempunyai bekalan air dan elektrik, tetapi buatannya sendiri. Batang paip sedalam 45 kaki ditanam ke bumi dan ianya mengeluarkan air yang jernih lagi deras. Lampu elektrik dan kipas angin pula dibekalkan dari beberapa biji bateri.
Rumah Pak Mat mempunyai telefon dan beliau mendakwa menciptanya sendiri. Rumahnya dijadikan sebagai ibu sawat yang menghubungkan telefon lain kepada lapan buah rumah lagi di kampung tersebut.
Gagang alat telefon itu diperbuat daripada kayu nangka yang diukir oleh Pak Mat sendiri.
Isteri Pak Mat, Cik Bibi binti Ariffin, 38 tahun pula menganyam tiga keping tikar mengkuang sepanjang 45 kaki yang dibentangkan sepanjang rumah itu.
Gambar menunjukkan dua buah lesung kaki yang diusahakan oleh Pak Mat.
Pak Mat yang digelar 'bomoh' dan 'ahli sains' kini dikunjungi oleh lebih tiga ribu pelawat setiap hari. Rumahnya terpaksa ditutup pada jam 6.00 petang untuk membolehkan Pak Mat sekeluarga berehat dari melayan tetamu.
Sumber: Majalah Sinar Zaman, Jilid VI, Bil, 66, 1978 (Majalah yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia).
*******************************************************
Walaupun kisah ini telah hampir 34 tahun berlalu, namun banyak iktibar yang boleh diambil daripadanya. Kisah tiga sekeluarga yang dihimpit kemiskinan telah bangkit dengan segala kudrat dan akal yang ada untuk membaiki taraf hidup dengan usaha sendiri.
Mungkin pada waktu itu (tahun 1978) tidak banyak kemudahan yang boleh diperolehi, namun begitu Pak Mat yang digelar bomoh dan ahli sains itu telah berusaha dengan gigih malah beliau juga mendakwa telah mencipta telefon sendiri yang dihubungkan dengan beberapa buah rumah lain di kampung tersebut.
Mungkin beliau juga orang yang pertama yang telah mengilham dan merealisasikan konsep Rumah Pintar dengan segala kekurangan pada waktu itu.
Mengikut perkiraan biasa, usia Pak Mat sekarang telahpun mencecah 86 tahun dan isteri beliau, Cik Bibi berusia 72 tahun. Sudah tentu ramai pembaca termasuklah BR sendiri ingin sekali mengetahui perkembangan diri Pak Mat sekeluarga sekarang.
Kepada penduduk-penduduk Kampung Lubok Meriam, Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang atau sesiapa sahaja yang mengenali keluarga Pak Mat atau yang pernah mendengar mengenai kisah Pak Mat ini dapatlah kiranya memberikan info selanjutnya mengenai perkembangan diri Pak Mat yang terkini.
Kepada generasi kini, jadikanlah kisah Pak Mat ini sebagai dorongan dan motivasi untuk terus berjaya dan tidak mudah mengalah...
Moral Value: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka” (Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11).
serius...hebat glerr..
ReplyDeleteBest Bro! Best Bro!, harap ada sumbangan maklumat terkini atau gambar terkini jika masih berpeluang.
ReplyDeleteBR to Aremeera:
ReplyDeletememang hebat walaupaun sudah 34 tahun berlalu..
BR to bro ia:
BR menunggu maklum balas pembaca untuk mengetahui maklumat terkini mengenai pak mat..
perghh lamanya cerita ni..tapi dulu bolehlah masuk hutan tebang pokok..sekarang ni nak cari hutan dekat rumahpun dah payah..silap silap kena tangkap pulak sebab tebang pokok hehehe
ReplyDeletehuhu.. org dulu2 memang bijak2 belaka.. kita je skrg mls nk berusaha kan
ReplyDeleteBR to bro alan:
ReplyDeleteorang sekarang mungkin nak tebang pokok pun tak pandai.. hehe..
BR to dear yayah:
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..
sgt mnarik cta nie...sya sbgai cucunya sgt hrgai crita ini
ReplyDeleteAssalamualaikum
DeleteBoleh kongsi kan info2 terkini mereka sekeluarga?
Alhamdulillah . Masa tu saya masih kecil lagi tapi dgn rezeki drp Allah SWT dapat sekali pergi melawat ke rumah Pak Mat ni bersama keluarga & bapa saudara yang dtng jauh dr Johor utk melihat sendiri kisah & suasana pada masa itu
Bila dah berusia ni . Kadang2 sy masih teringat2 lagi kisah lama ini & tertanya2 apakah perkembangan terkini keluarga ini & jugak segala peninggalan drp hasil usaha mereka sekeluarga dahulu.
Harap2 saudari dapat berkongsi info terkini buat tatap semua sebagai rujukan sejarah.
Terima kasih kpd admin jugak yg sudi berkongsi info sejarah ini
BR to hanie:
ReplyDeletet kasih kpd sdri hanie krn sudi singgah di blog ini. sekiranya sdri hanie adalah cucu kpd en mat, harapan agar dapatlah kiranya sdri hanie memberikan maklumat lanjut mengenai en mat ini sebagai maklumat tambahan ataupun pembetulan fakta untuk BR serta pembaca yg lain yg ingin tehu mengenai perkembangan selanjutnya mengenai kisah ini.
assalamualaikum...sy ingin buat sdikit pmbtulan maaf hanie yg cmment itu adalah blog kwn sy smlm sy trlpa yg sy mnggunakan blog kwn sy...mntk maaf skali lg ini bru blog sbenar sy...sy hnya ingin mmberitahu bhawa rmah tok wan sy tlah lma rboh akibat rput mklumat ini hsil dri pnceritaan ayh sy ank kpd Pak Mat...kini tapak rmah trsbut tlah di gntikan dgn rumah sy yg kini kmi skeluarga dduki...di harap jka phak BR ingn mklumat lg anda bley brtnya...stkat ini dlu komen sy...skali lg sy mntk maaf
ReplyDeleteAssalamualaikum .
DeleteTerima kasih atas maklumat drp anda.
Di sini ingin saya bertanya.. Adakah masih ada tinggalan atau kesan sejarah yg masih boleh dilihat?
Terima kasih atas kerjasama tuan
pak mat aku pggil pakngah rumah dya tggai tiang ja....
ReplyDeleterumahnya tnggal tiang ja skrg tu pun dh xder kbnyakkanya..sya ni cucu sdara bliau..pnggil tokngah...tpi dia dh lma meninggal...rsanya thn 1980 klu xsalah..info dri bpa sya sndiri yg mrupakn ank sdara bliau....msa tu sya xdak lgi...
ReplyDeletepakngah boleh menangkap ular tedung selar.... surah yassin dalam hati... cari orang lemas dlam sungai hanya dengan batang pisang... gali telaga yang besar... gali parit yang agak panjang... kerja membuat mengkawan... banyak lg rahsia pakngah...
ReplyDeleteBR to Pelangiduka:
ReplyDeletetak kisahlah hanie atau Pelangiduka, ucapan terima kasih atas maklumat yg diberikan. pastinya Pelangiduka berbangga menjadi cucu pak mat..
BR to Unknown, Anonymous dan awiepak:
terima kasih atas maklumat yg diberikan. tak ada sesiapakah anak cucu beliau yg diperturunkan kehebatan2 tersebut?
Assalammualaikum..!saya sangat teruja dan berterima kasih di atas gambar-gambar ini.Di rumah inilah saya membesar dan hari melihat Pak Ngah membina rumah bersama Mak Ngah dan anaknya Md Radhi.Buaian itu saya hayun terlalu laju sampai terpelanting jatuh terkena rangka motor besi dan luka di kaki.Arwah Pak Ngah makan sireh dan sembur ke tempat luka.Parutnya kekal sampai hari ini.saya mempunya seribu kisah bersama Pak Ngah.Hilang rindu saya pada Pak Ngah.
ReplyDeletePAK LANG BUDAK PENGHANTAR KUEH.
BR to PAK LANG:
ReplyDeletewaalaikumussalam. BR dapat rasakan apa yg pak lang rasa. alangkah indahnya kalaulah kenangan itu dapat dikembalikan semula.. al fatihah utk arwah pakngah.
kepada BR ayh sy ad ckit ja sfat mcm arwah tokwan sy...nk cpta bnda2 2 suma ayh sy xbrpa mhir mcm arwah tok wan
ReplyDeleteBR to Pelangiduka:
ReplyDeletesampaikan salam BR buat ayah..
insyaallah
ReplyDeleteassalamualaikum BR. xde sesapa pun yg mempunyai kelebihan seperti arwah tokwan. xde siapa cucunya mempunyai kelebihan seperti arwah tokwan... sya adalah cucu sulung nya...
ReplyDeletePak Mat (terkenal di daerah Seb. Perai Utara kerana kebolehan membina rumah tradisionalnya sendirian) juga dikenali sebagai Mat Mengkawan. Kesana sini dengan Vespanya.
ReplyDeleteSaya sempat mengunjungi rumah beliau di tahun akhir 70an dan agak kagum dengan senibinanya. Agak sukar untuk mempercayai akan keupayaan membinanya sendirian. Saya yakin begitu kerana saya seorang arkitek.