Khas untuk anak-anak yang akan menduduki Peperiksaan UPSR selepas Hari Raya nanti, berikut ialah satu petikan soalan bagi kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman (SK) Ujian Percubaan UPSR yang telah dijalankan di sebuah sekolah baru-baru ini.
Jawapan yang betul bagi soalan ini ialah B iaitu 'mengukur'. Tetapi berdasarkan analisis item yang telah dijalankan, ramai murid didapati telah menjawab soalan ini dengan jawapan A iaitu 'menyagat'. Ini kerana jawapan 'mengukur' adalah asing bagi mereka berdasarkan logik yang difahami kata dasar bagi perkataan mengukur ialah 'ukur'.
Demikianlah kelemahan yang boleh dirumuskan terhadap anak-anak zaman sekarang iaitu kelemahan penguasaan perbendaharaan kata terutamanya yang berkaitan dengan perkataan, benda atau perbuatan yang asing bagi mereka.
Untuk pengetahuan anak-anak, inilah kukur kelapa. Perbuatan yang tepat bagi orang yang menggunakan kukur kelapa ini ialah 'mengukur'. Penggunaan mesin pengukur elektrik yang lebih efisyen membuatkan penggunaan kukur kelapa manual ini semakin dilupakan dan jarang-jarang lagi kita melihat penggunaannya apatah lagi kukur kelapa itu sendiri.
Cara-cara untuk menggunakan kukur kelapa ini telahpun BR nyatakan pada posting yang lalu, sila rujuk: http://bluesriders.blogspot.com/2010/04/kukur-kelapa-blues.html tiada perbezaan dari segi kaedah penggunaannya walaupun kedua-dua kukur ini mempunyai perbezaan dari segi bentuk.
Kukur kelapa ini adalah peninggalan moyang BR di kampung. Walaupun telah berusia melebihi 80 tahun, kukur kelapa ini masih kelihatan kukuh dan boleh digunakan lagi jika dibersihkan.
Berbeza dengan kukur kelapa yang telah disiarkan sebelum ini, kukur kelapa ini adalah jenis yang tidak boleh dilipat.
Memiliki bentuk yang cantik dan slim hasil kerja tangan orang dulu-dulu. Untuk pengetahuan, kukur kelapa ini boleh didapati di dalam berbagai bentuk kerana bentuknya boleh dibuat mengikut cita rasa sendiri manakala mata kukurnya boleh dibeli berasingan untuk dipasang pada kukur kelapa yang telah siap.
Mata kukurnya yang masih tajam walaupun telah berkarat kerana telah lama tidak digunakan. Kalau di zaman dahulu di dalam kesibukan menyediakan kuih raya dan juadah berbuka, kukur kelapa inilah yang paling sibuk sekali dengan tugasannya...
Demikianlah serba sedikit berkenaan kukur kelapa ini. Semoga sedikit maklumat yang diberikan dapat membantu menambahkan lagi pengetahuan kita semua.
Kepada semua murid Tahun 6 di seluruh Malaysia, diucapkan selamat menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 21 - 23 September iaitu selepas Hari Raya Puasa nanti.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan untuk juadah berbuka hari ini:
Resepi Apam Gula Hangus
Bahan-bahannya:
2 1/2 gelas tepung gandum
1 gelas gula pasir
1/2 gelas gula pasir (jadikan gula hangus dengan 1/2 gelas air)
2 biji telur ayam
2 sudu besar tepung susu (dibancuh dengan 1 sudu air sejuk)
4 sudu teh soda bicarbonate
2 sudu teh vanilla
1 gelas gula pasir
1/2 gelas gula pasir (jadikan gula hangus dengan 1/2 gelas air)
2 biji telur ayam
2 sudu besar tepung susu (dibancuh dengan 1 sudu air sejuk)
4 sudu teh soda bicarbonate
2 sudu teh vanilla
Cara Membuatnya:
Cara Membuat Gula Hangus:
Jerangkan gula. Rendangkan hingga gula itu cair dan kuning, kemudian masukkan air sejuk. Kacau hingga cair dan sejukkan.
Cara Membuat Apam Itu:
Ayak tepung bersama soda bicarbonate. Pukul telur dengan gula pasir hingga naik kemudian masukkan gula hangus. Kacau hingga rata.
Kemudian masukkan tepung gandum berselang-seli dengan susu yang sudah dibancuh. masukkan juga vanilla. Setelah itu tuangkan adunan itu ke dalam loyang dan kukuslah selama satu jam.
*Sebelum mengukus adunan itu, terlebih dahulu masaklah air kukusan itu sehingga mendidih barulah dimasukkan loyang yang berisi adunan itu.
Selamat mencuba!
untung la zaman saya dulu, tgk mak sendiri kukur kelapa pakai natang tu...alat senaman tangan, heheheh...
ReplyDeletesekarang semua main beli kedai je dah. kelapa...santan...beli je. budak sekarang mana kenal ngan benda ni....
ReplyDeletepergh susah nak dapat dah mende tu skrng
ReplyDeleteJom usha entry terbaru kat sini E J U M
rare nak jumpa kukur ni. kalau ada mmg classic
ReplyDeletelelong kat ebay boleh dapat banyak ni
teringat masa kecik2..dlu klu mak nk kukur kelapa sbuk la omey duk belakang konon naik kuda hahaha..
ReplyDeleteskrang dh takde lagi lepas pindah huhu
Bagus posting ttg ni.. musti ramai kengkanak kat luar tu tak pernah jumpa benda ni.
ReplyDeleteKalau jumpa pon mesti ramai yang ingat ni kuda kayu takde kepala (kepala besi pulak?)
Kukur.. tekukur! :)
bahasa sekolah skang susah nk ckp..ne yg btol ne yg xbtol...ntah ne satu..tp de lg penyagat kelapa ni...ssah nk cr da...dlu de satu tp ne ntah g...
ReplyDeletehi..singgah en3 bru sya kt sini... a r u l
ni kena bukak kitab BM balik ni...setahu sy kukur akan mengalami [k] jika ditambah imbuhan awalan. mungkin sbb budak2 zaman skrg x tau kukur tu apa...haish...
ReplyDeleteumah saya ada satu kukur kelapa nie.. masih lagi digunakan.. hehehe.. sebab memang seronok guna menda nie.. hehehe
ReplyDelete