24 April, 2010

Kukur Kelapa Blues...



Inilah kukur kelapa manual yang pernah digunakan dahulu sebelum tibanya mesin. Orang kampung aku panggil 'kukoq nyoq'. Masih ada mereka yang menggunakannya, tetapi sudah memasuki tahap yang begitu kritikal iaitu sudah hampir pupus umpama Harimau Sumatera dan Badak Sumbu gitu...

Rata-rata apabila aku berkunjung ke rumah rakan-rakan ataupun saudara mara, memang tidak pernah nampakpun benda ini di dapur mereka terutamanya di dapur-dapur moden sekarang ini yang ada dry kitchen dan wet kitchen.. eewah..



Bentuknya seperti kuda. Masa bebudak dahulu kalau main 'cowboy-cowboy', benda inilah yang akan menjadi kudanya.



Dihasilkan biasanya di dalam dua bentuk, iaitu yang boleh dilipat dan yang tidak boleh dilipat. Yang tidak boleh dilipat bentuknya seperti tepak sirih hantaran pertunangan di mana mata kukur boleh dilipat masuk ke dalam ataupun mata kukur yang statik.



Cara duduk semasa mengukur kelapa ini pun ada caranya, bukan boleh duduk sembarangan, terutamanya kepada anak-anak gadis. Duduk mesti dengan cara penuh bersopan dan bertatasusila dengan kedua-dua kaki mesti berada sama ada di sebelah kanan atau kiri. Bukannya duduk seperti orang menunggang kuda. Pendek kata, mesti ada gaya atau stail tersendiri...



Mata kukur yang masih tajam. Berbentuk bulat mengikut bentuk kelapa yang telah dibelah dua. Hati-hati apabila mengukur, mungkin ada kakak-kakak yang pernah luka terkena jari.



Boleh dilipat semasa tidak digunakan atau untuk tujuan penyimpanan.



Hebat juga teknologi orang dulu-dulu ni.. Meskipun ianya telah jarang digunakan dan semoden manapun kita pada hari ini, janganlah lupa bahawa kukur inilah yang telah membesarkan kita dengan makanan-makanan yang berasaskan kelapa dan santan suatu masa dahulu... he.. he..


Tentatif kerja-kerja mengukur kelapa:


Langkah 1:

Buah kelapa hendaklah di'gubai' iaitu kulitnya hendaklah dibuang sehingga tinggal tempurung kelapa yang bulat.

Cara-cara menggubai:

Pertama: Menyiat kulit kelapa dengan menggunakan parang. Kalau orang kuat hanya menggunakan gigi sahaja...


Kedua: Dengan menggunakan chop. Chop ini adalah sejenis alat yang berbentuk mata lembing yang dicantumkan dengan kayu dan dipacakkan ke tanah.


Ketiga: Cara yang lebih moden ialah dengan menggunakan chop yang telah dicipta berbentuk seperti gunting yang panjang, ditikam dan dikuak untuk mengupas kulit kelapa.


Langkah 2:

Setelah dibuang serba sedikit sabut-sabut kelapa yang masih terdapat di tempurung kelapa itu tadi, ianya akan ditakek ataupun diketuk dengan menggunakan belakang parang untuk membelah isi kelapa bersama tempurungnya. Kaedah ini memerlukan skill yang tinggi kerana bagi yang pakar sahaja tahu dimanakah letaknya 'mata' pada tempurung kelapa untuk diketuk supaya ia terbelah dengan cantik dan sama besar.


Semasa bebudak dahulu selalu juga aku menunggu emak membelah kelapa kerana jika bernasib baik akan terdapat 'kumboi' di dalam kelapa yang sedap untuk dimakan. Nak tanya sikit, sudah berapa lamakah anda tidak pernah memakan kumboi?


Langkah 3:

Maka dengan gaya yang tersendiri, makcik-makcikpun mulalah duduk dengan gaya yang telah diterangkan di atas untuk mengukur isi kelapa. 'Kruk, kruk, kruk..' kedengaran bunyi irama kukuran dan terhasillah isi kelapa yang telah dikukur. Isi kelapa yang telah dikukur akan jatuh ke dalam besen tadahan. Biasanya besen ayan seperti yang ditunjukkan di bawah.




Langkah 4:

Isi kelapa yang telah dikukur tadi dicampur dengan sedikit air dan diramas-ramas untuk mengeluarkan santannya. Semasa aku belajar Ekonomi Rumahtangga dahulu, cikgu mengajarkan isi kelapa itu dimasukkan ke dalam kain nipis untuk memerah santannya. Adegan yang tidak sanggup dilihat ialah apabila air santan tadi akan mengalir di celah-celah jari hingga ke siku..


Langkah 5:


Hasil ramasan tadi ditapis dengan menggunakan penapis (Gambar atas). Maka terhasillah santan yang digunakan untuk memasak gulai, bubur kacang, masak lemak, kuah durian dan sebagainya.


Zaman sekarang semuanya sudah pakai mesin. Kerja menjadi lebih mudah. Hendak lagi mudah pergi ke kedai dan beli sahaja sama ada santan segera atau kelapa yang telah siap dimesin. Kalau tidak percaya tanyalah Opah...




8 Any comments?:

pRouD2byAyA♥♥♥ said...

i'am da firt one..muehehehe~
eh prnh gne menda alah ni...
tp dlu2 la...
skrg kat umah ada je...
gne time xde letrik...
alamak..xbuley ke gne cam gaya naek kuda??
yaya selalu aje bua mcm tue...
hahahahaha~

aitotyati said...

kukur kelapa banyak nostalgia :D

kerabatchieko said...

haha. cara duduk bagi anak gadis. cangkung je atas kukur tu. haha

AcanCapik said...

kalau pompuan duduk stail naik kuda, tak jadi apa la... huhu...

macam rehal plak yang boleh lipat tu ye...

Qaseh said...

tetiba ingat kat nek saya :(

M a W a D D a H said...

kat umah masih pakai jugak...tpi kukur kelapa tu serius li memang berhabuk jugak...

dinaso said...

ahli rumah sy masih lagi mempraktikkan penggunaan kukoq nie,bila mak minta santa,maksudnya kamu perlu mengait buah kepala,mengupasnya,membelah tempurung,lalu mengukoq dengan wajah penuh keazaman,dan akhir sekali memrah kelapa itu,bole muscular dlm masa sebulan,terima kasih

nikths said...

benda ni masih ada lagi dalam simpanan saya,jenis lipat.Sebenarnya mak punya saje je minta nak guna masa mula2 kahwin dulu tp guna sekali je.Sekarang mak dah mintak balik tp selalu terlupa bila balik kampung.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'