15 December, 2010

Kad Jagoan Milo


Setelah melihat paparan Kad Jagoan Milo di blog Bro pada bulan lalu, maka teringatlah bahawasanya BR juga memiliki kad tersebut tetapi tidaklah banyak, cuma dua keping ini sahaja... He.. he..


Adalah difahamkan ini merupakan kad permainan yang amat sesuai untuk kanak-kanak dengan pengiraan jumlah mata untuk menentukan pemenangnya. Secara logiknya ia sepatutnya mengandungi 36 keping kad yang berbeza bagi satu set sama seperti lain-lain kad permainan. Tetapi bagi Kad Jagoan Milo ini, tidak pastilah pula berapa kepingkah semuanya untuk melengkapkan satu set.


Kad nombor 1, Gaya Tendangan Terbang untuk mara ke hadapan... Nilai serangan 105 dan nilai bertahan ialah 40.


Kad nombor 8, Acara Larian Marathon Milo yang menguji kekuatan stamina peserta... Nilai serangan 87 dan nilai bertahan ialah 52.


Pandangan di belakang kad tertera logo Milo sebagai satu langkah promosi.


3 comments:

  1. haah dah ada kad bersusun tu... nanti main2 tepuk2 kad pulak.. sampai merah tapak tangan..

    ReplyDelete
  2. heheheh...pernah ader kad nih,tp dah ilang,biasa la adik2 yg kecik2 tu xbraper reti,menghilangkn jek kjenyer,hehehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah tahu pulak psl kad ni.....

    ReplyDelete