Pulang ke kampung sepanjang cuti sekolah ini memang seronok terutamanya ketika BR mengambil kesempatan itu untuk menggeledah harta pusaka tinggalan nenek di kampung. Rupa-rupanya masih banyak lagi khazanah yang ditinggalkan untuk sama-sama kita lihat sambil mengimbau kenangan bersama alat-alat tersebut...
Inilah lesung yang pernah digunakan suatu ketika dahulu tetapi sudah dilupakan khidmatnya bersama perkembangan teknologi moden. Sebenarnya lesung ini adalah 'lesung kaki' yang berada di bawah rumah nenek tetapi telah dipisahkan daripada 'kakinya' kerana kakinya itu telah reput dimamah usia.
Dinamakan lesung kaki adalah kerana alu yang menumbuk bahan di dalam lesung ini adalah alu yang dipijak menggunakan kaki. Dibuat seperti jongkang-jongkit lengkap dengan tempat pemegang tangan sewaktu menumbuk lesung.
Untuk makluman, lesung kaki ini telah berusia hampir seratus tahun berdasarkan ianya telahpun wujud di bawah rumah nenek semenjak BR masih lagi kanak-kanak. Masih teringat ketika itu BR memang suka bermain dengan lesung ini dengan memijak alunya yang boleh juga dijadikan jongkang-jongkit.
Pada kebiasaannya ia digunakan untuk menumbuk padi, tepung atau melembutkan mengkuang untuk dibuat tikar. Pada waktu itu jiran-jiran pun turut datang untuk sama-sama menggunakan lesung ini. Keadaan akan menjadi bertambah meriah ketika di bulan puasa sewaktu jiran-jiran secara gotong-royong akan bersama-sama menumbuk tepung untuk membuat kuih raya terutamanya dodol.
Jika tidak digunakan, lesung ini akan ditutup dengan papan bagi mengelakkan bendasing daripada memasukinya manakala alunya akan dibiarkan menindih papan tersebut.
Tidak pastilah pula kayu apakah yang digunakan untuk membuat lesung ini tetapi pastinya ia dari jenis kayu yang kukuh dan keras sehingga boleh bertahan sekian lama. Untuk alu pemijaknya, BR masih ingat ia diperbuat daripada batang pokok jambu.
Kepada generasi kini yang hanya mengenali pengisar elektrik tentunya tidak pernah mengenali lesung ini apatah lagi jika ianya lengkap dengan kakinya. Untuk memberikan gambaran dengan lebih lengkap lagi bagaimanakah rupa sebenar lesung kaki ini memang BR tak pandai, tetapi dengan gambar-gambar lesung ini yang diambil dari pelbagai sudut, sedikit sebanyak dapatlah membantu walaupun kakinya atau alu nya telah tiada.
Kepada pembaca yang mungkin pernah mengalami pengalaman menggunakan lesung kaki ini, dapatlah kiranya kita berkongsikan pengalaman-pengalaman tersebut...
Salam
ReplyDeleteSatu waktu dulu, ana pernah tolong mak menggunakan lesung kaki ni utk menumbuk gula dan beras tapi kini hanya kenangan
budak2 sekarang boleh tengok kat muzium je la.
ReplyDeleteRumah nenek saya masih ada lagi tapi ulunya dah hilang.Ulu lesung guna tangan.Biasa guna untuk tumbuk padi.Satu lagi alat berkaitan adalah nyiru.
Bro BR kalau ada nyiru untuk anginkan padi postinglah kat sini lama dah tak tengok orang anginkan padi.
Pernah nampak mende ni masa kunjungi makan mahsuri
ReplyDeletedekat bawah rumah mahsuri di langkawi masih wujud lesung kaki ni dengan alu-nya.. ;)
ReplyDeleterasanya benda ni ade jugak kat rumah. mmg tersadai camtu je lah bila dah ada alat yang lebih mudah d guna..
nostalgia..
ReplyDeletehuhuhuh.. rumah opah aku ader mender nih bro.. tp alu tangan la.. yg kaki aku tak penah jumpa lg. :D kayu die mmg superb keras.. sangat keras dan berat aku rasa.. huhuhu
ReplyDeleteRumah nenek saya kat perak ada yang ni, tp alu tangan juga. Kalau hari2 tumbuk beras pakai alu kayu tu, mmg boleh naik bicep segala. :) Blog yang menarik. Salam kenal~
ReplyDeleteRedjambu~
Mrs Djones' Journey
umah nenek sy ade lg ....kalo kami nk buat nasi impit kami still gune mende ni tp xde la gune kaki...tumbuk ngan tgn sudah huhuh
ReplyDeletedulu umah lady ader.. tp skrg dah xde.. kne mkn d anai2..
ReplyDeletermh saya ada 1..masih berfungi. dulu kalu mak nk buat keropok tumbuk ikan dlm ni la. ayah plak suka tumbuk ubi kayu rebus campur gula..banyk guna nih..dia punya alu penumbuk panjang giler..hahaha
ReplyDeleteSalam BR, rumoh kat kampong Yong ada tp tah mane deme simpan. Dulu memula dtng Malaysia, mak sedara dan Opah masih gune...gedang, gedung, gedang, gedung deme numbuk padi. Bila ada kilang padi, deme tak gune dah benda ni.
ReplyDelete