10 December, 2010

Pemberat 200 Kati


Pemberat ini BR jumpa di belakang rumah di kampung. Cuma pemberatnya sahaja yang tinggal manakala rod atau batang penimbangnya telah hilang entah ke mana. Pada zaman sebelum adanya penimbang berjarum atau penimbang digital seperti sekarang, penimbang dengan pemberat seperti inilah yang digunakan untuk menentukan berat sesuatu barangan.


Adalah dipercayai penimbang ini digunakan untuk menimbang padi pada suatu ketika dahulu kerana kampung BR itu memang merupakan kawasan sawah padi. Pemberat ini digunakan untuk penimbangan 200 kati barang.


Berketinggian kira-kira 5 inci dan berbentuk seperti loceng. Hati-hati jangan sampai tertimpa kaki. Sesuai untuk atlet-atlet untuk membuat latihan lontar peluru.


Pandangan dari atas pemberat ini. Untuk pengetahuan, pemberat ini adalah 100% tembaga padu.


Close-up tangkai pemberat. Amat bernilai untuk pencari atau pencuri besi kerana harga logam ini semakin tinggi di pasaran sekarang. He.. he..


5 comments:

  1. banyak lagi ke simpanan barang2 lama di kampung? post la di blog.

    ReplyDelete
  2. menarik info ni..banyak lagi yaty tak tahu ni...nak terus folo sini sebab byk info yaty tak penah tahu :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum bang ada ada jumpa jugak

    ReplyDelete
  4. Saya ada yang ni

    ReplyDelete
  5. Berapa harganya

    ReplyDelete