09 December, 2010

Pisau Cukur Aneh?


Sekali pandang memang rupa bentuk pisau cukur ini agak aneh. Pisau apakah ini?


Sebenarnya pisau ini adalah untuk kegunaan industri untuk memotong bahan daripada kulit haiwan. Jangan disalahgunakan kerana ianya sungguh tajam.


Pisau atau blade buatan Jerman ini BR perolehi di sebuah kilang pembuatan barangan kulit di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan suatu ketika dahulu di sekitar tahun 1980-an. Untuk pengetahuan, kilang tersebut pun sudah tidak beroperasi lagi sekarang.


Jenama Romi dan 100% datang dari Jerman dan tidak dijual di pasaran tempatan. Sungguh berkualiti kerana tidak berkarat walaupun telah lama disimpan.


Sengaja BR simpan sebagai kenang-kenangan kerana keunikan rupa bentuk yang dimiliki. Sesekali digunakan juga untuk memotong kertas dan sebagainya. Kalau panjang sedikit tentu boleh digunakan untuk penyembelihan kerana kualiti pisau cukup baik dan amat tajam. Hendak dibawa bersunat pun boleh juga. He.. he..


Moral Value: Jangan cuba bermain dengan pisau, nanti terluka jari...


8 comments:

  1. uuuuiiihhhhh tajam... pandang aje sudah cukup membuat tangan ini terguris... vleh??

    ReplyDelete
  2. nampak unik pisau nih...sekali pandang nmpk mcm besa ja...tp tajam gak noh....bahaya nihh!

    ReplyDelete
  3. salam sahabat hehehe pisau cukur aneh ini menjadikan pengguna harus pinter memasangnya nuh

    ReplyDelete
  4. west german tu..memang lama lah pisau ni..sekarang ni jermanpun dah bersatu balik sebagai sebuah negara..sekarang ni memang payah nak jumpa dah barangan buatan west german.

    ReplyDelete
  5. Bro, memang best koleksi ini, memang unik!

    ReplyDelete
  6. untuk pengetahuan semua SOLINGEN adalah nama satu pekan atau bandar di Jerman yang memang terkenal dengan pembuatan pisau dan peralatan tajam.Saya ada satu pisau cukur dari Solingen,Jerman.
    http://jomkumpul.blogspot.com/search/label/Pisau%20Cukur

    ReplyDelete