Setelah kita mengikuti kisah Pesta Dendang Rakyat Kali Ke-5, 1979, kali ini marilah sama-sama kita ikuti pula kisah Pesta Dendang Rakyat Kali Ke-4 yang telah diadakan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1978. Pesta ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan sekali dari penduduk sekitar Alor Setar.
Pesta kali ini bukan sahaja merupakan satu pertandingan untuk menguji bakat masing-masing tetapi ia juga meninggalkan kesan yang mendalam untuk rakyat mengembangkan kesenian-kesenian rakyat seperti Boria, Dikir Barat, Ghazal, Dondang Sayang dan Keroncong.
Dendang Rakyat kali ke-5 ini telah mencapai satu lagi tahap kemajuan yang baharu dengan penyertaan Sabah dan Sarawak buat pertama kalinya. Secara tidak langsung ia boleh menyumbangkan ke arah kemajuan pesta ini mengikut kategori kesenian yang dipertandingkan.
Pesta Dendang Rakyat yang bermula pada tahun 1973 adalah sebagai satu langkah untuk menggalakkan penyertaan orang ramai dalam seni daerah. Semenjak dari awal lagi sambutan terhadap pertandingan ini sungguh luar biasa terutama sekali di kawasan Selatan di mana terdapat jumlah penyertaan terbanyak bagi setiap kali pertandingan diadakan.
Seperti lain-lain pertandingan, Pesta Dendang Rakyat juga telah mengalami beberapa perubahan dari semasa ke semasa sama ada dalam cara penghakiman mahupun dalam cara persembahannya. Pesta Dendang Rakyat Kali Ke-4 ini mengalami satu perubahan yang dianggap penting di mana cara pertandingan Dikir Barat telah diubahsuaikan supaya lebih rapat dengan bentuk persembahan yang asal.
Pada tahun-tahun sebelumnya, Dikir Barat dihakimkan menurut persembahan bersendirian tetapi mulai kali ini kumpulan yang menyertai berbalas bertanding antara satu sama lain. Ini menjadikan Pesta Dendang Rakyat Kali Ke-4 cukup meriah apabila acara Dikir Barat ini dipersembahkan.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah telah memperkenankan untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah sedang menerima cenderamata dari YB Menteri Penerangan pada waktu itu, Datuk Mohamed Rahmat.
Kali ini walaupun banyak kumpulan baharu yang muncul, tetapi mengikut keputusan-keputusan dari para pengadil pemenang-pemenang dari tahun lepas masih lagi dapat mempertahankan kejuaraan mereka.
Berikut adalah keputusan penuh Pesta Dendang Rakyat Kali Ke-4 ini:
Dikir Barat
1. Kumpulan Boneka, Kelantan.
2. Belia 4B, Kelantan.
Boria
1. Boria Sungai Pinang, Pulau Pinang.
2. Boria Sri Penanti, Bukit Mertajam.
3. Kumpulan Boria Kesuka, Pulau Pinang.
Hadiah Saguhati: Boria Kem Tahanan, Taiping, Perak.
Dondang Sayang
1. Sarbanun Marican, Kuching, Sarawak.
2. Hitam Ahmad, Negeri Sembilan.
3. Fatimah Nani, Pulau Pinang.
Keroncong
1. Fajar Baru Orkes, Kajang, Selangor.
2. Orkes Keroncong Bintang Sore, Batu Pahat, Johor.
3. Orkes Keroncong Sang Putera Jaya, Kuching, Sarawak.
Ghazal
1. Sri Purnama Ghazal, Johor Baharu.
2. Saujana Ghazal, Muar, Johor.
3. Seri Kenangan Ghazal, Pontian, Johor.
Baginda Sultan sedang menyampaikan hadiah kemenangan kepada Encik Hitam bin Ahmad, Naib Johan bahagian Dondang Sayang.
Moral Value:Life is really simple, but we insist on making it complicated - confucius.
***********************************
Nota Tambahan:
Ekoran dari tersiarnya artikel mengenai Pesta Dendang Rakyat Kali Ke-5, 1979, BR telah menerima email daripada salah seorang cucu Allahyarham Hj. Hitam bin Ahmad (Naib Johan bahagian Dondang Sayang, 1978). Beginilah bunyi kandungan emailnya:
"as salam.saya adalah salah seorang dari cucu HITAM BIN AHMAD.untuk pengetahuan saudara/saudari HITAM BIN AHMAD @ dikenali juga sebagai HAJI HITAM BIN AHMAD telah pun kembali ke rahmahtullah pada 5/1/2000. (seperti gambar yang saya lampirkan ).
TERIMA KASIH saya ucapkan kepada pihak saudara/saudari kerana masih dan mahu mengangkat muzik tradisional,sekaligus memartabatkan lagi akar muzik tradisional melayu ini.saya ingin bertanya,adakah saudara/saudari masih dan ada menyimpan gambar-gambar atau berita-berita serta keratan yang berkaitan dengan ARWAH HJ HITAM BIN AHMAD,yg boleh dikongsikan.terima kasih sekali lagi saya ucapkan dan saya harap saudara/saudari sudi untuk berkongsi kenangan ini dengan saya." - Razzizan bt Abd Razak.
19 Any comments?:
Dah lama juga tak diadakan pesta mcm ni,sekarang ni asyik nyani dan lawak saja.
dahulu meriah sebab tv masih belum meluas penggunaan..jadi orang ramai akan datang untuk menyaksikan pertandingan semacam ini.
sekarang muzik kebudayaan dah semakin terpinggir sebab orang lebih suka muzik moden.
salam;
betul tu..lama dah tak diadakan segmen ini..asik budaya orang luar je yang masuk.
Assalamualaikum BR
pernah tonton rancangan ni
BR to bro thomas:
betul tu, hari ini cuma ada nyanyian, tarian, lawak dan lakonan. dondang sayang, boria, dikir barat, keroncong dan ghazal tak ada...
BR to bro alan:
ada rasionalnya juga, muzik moden telah menenggelamkan muzik kebudayaan. perlu ada satu badan yang bertanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangannya semula. rasanya peminat dondang sayang, boria, dikir barat, keroncong dan ghazal pun masih ramai..
BR to yusuflaili(Goku):
budaya luar masuk, budaya sendiri terpinggir. salah siapa? hehe..
BR to atuk:
BR pun rasanya pernah tonton, tapi tak tahu pesta dendang rakyat kali ke berapa.
thanks for sharing... :)
BR to !~ Dolly Auliya ~!:
sama-sama.. hehe..
Assalamualaikum BR,
Salam perkenalan. Blog BR yang menarik serta mengimbau kenangan zaman kanak-kanak serta zaman remaja ku. Terima kasih membuka blog ini untuk tatapan public.
Teruskan menulis dari hati BR :-)
BR to aznimatisa:
waalaikumussalam,
salam perkenalan juga dari BR. t kasih kerana sudi singgah di blog yg tidak seberapa ini.
pahit, manis, suka dan duka, sesalan, semuanya ada di sini. bersamalah kita mengimbau masa silam yg tak mungkin akan berulang lagi...
cayalah! mana dpt gmbr lame2 ni? nostalgia!
BR to Hiddy Asri:
memang nostalgia.. hehe..
kalau tak silap kategori boria.. pelawak pie mewakili boria sg pinang.sementara pelawak maidin mewakili boria sri penanti dari bukit mertajam.
BR to paksab:
terima ksaih atas maklumat yang diberikan. mmg persembahan boria biasanya akan dimulakan dgn persembahan lawak. si bodoh alang, si cerdik sedikit drp si bodoh alang dan tok penghulu yg akan mneyelesaikan masalah mereka berdua. sindiran sinis biasanya akan diselitkan dalam segmen ini..
wahh cikgu..padat btul info dlm blog cikgu ni ye..
jemput2 la singgah ke blog saya,
http://permatapendidik.blogspot.com/
Thanks.. =)
blog menarik..follow you
salam kenal salam kunjungan
mari sertai perhimpunan Halak Mandailing ..di Gombak ..kalau nak tahu akar budaya kami ini lah masanya..Horas!!
namorasuti.blogspot.com
sikit sebanyak ada di sini ...
kalau pesta begini terus dilaksanakan..dptlah perkenalkan pd ank muda zaman skg...spaya dorg terdedah dgn asal usul budaya seni m'sia.
Post a Comment