24 October, 2011

Pesta Dendang Rakyat Kali Ke-5, 1979


Pesta Dendang Rakyat diadakan dengan matlamat untuk menggalakkan minat terhadap kesenian rakyat. Walaupun pada mulanya ia dianggap sebagai sesuatu yang boleh menimbulkan semangat kenegerian atau kedaerahan, tetapi dengan adanya penyertaan RTM (Radio & TV Malaysia), kesenian ini telah berkembang begitu luas sekali dengan tidak hanya bertumpu kepada sesuatu negeri atau daerah sahaja.

Setelah beberapa kali pertandingan serupa ini diadakan, masyarakat telah dapat menerima kesenian-kesenian negeri atau daerah ini sebagai hak milik mereka bersama.

Pada tahun 1979, Pesta Dendang Rakyat Kali Ke-5 telah diadakan di Dewan Besar, Sekolah Kebangsaan Cina Foong Yew, Johor Bahru bermula pada 9 hingga 12 Mac (empat hari).

Semenjak permohonan mula dibuka ternyata sekali penyertaan terbesar diterima ialah dari Bahagian Ghazal diikuti oleh Dikir Barat, Dondang Sayang dan Boria. Namun begitu sambutan terhadap bahagian Keroncong amatlah dingin sekali. Cuma dua kumpulan sahaja yang mengemukakan permohonan dan dengan demikian jawatankuasa pertandingan telah mengambil keputusan untuk membatalkan sahaja pertandingan itu buat kali ini.

Semenjak siri ini mula diadakan, kita masih lagi dapat menyaksikan beberapa kumpulan veteran seperti Kumpulan Boria Sungai Pinang, Kumpulan Buneka dan juga Kumpulan Ghazal Sri Kenangan yang masih lagi dapat mengekalkan mutu persembahan mereka serta melayakkan diri memasuki ke peringkat akhir sekali lagi pada kali ini.

Terdapat empat bahagian utama yang dipertandingkan. Berikut adalah senarai nama-nama peserta dan kumpulan yang telah terpilih untuk bertanding di dalam Pesta Dendang Rakyat Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 ini:


Hitam Ahmad, Peserta Dondang Sayang, dari Seremban, Negeri Sembilan.


Bahagian Dondang Sayang:

1. Zin Abdullah (Subang, Selangor).
2. Jantan Dollah (Tangga Batu, Melaka).
3. Hitam Ahmad (Seremban, Negeri Sembilan).
4. Baba Aman (Tampin, Negeri Sembilan);
serta dua peserta mewakili Sabah dan Sarawak.


Kumpulan Buneka Dikir Barat, Kelantan.



Bahagian Dikir Barat:

1. Sri Temenggong (Kota Bharu, Kelantan).
2. Kumpulan Buneka (Pengkalan Chepa, Kelantan).
3. Belia 4B (Pasir Puteh, Kelantan).
4. Pemuda UMNO Mulong (Kota Bharu, Kelantan).


Kumpulan Ghazal Sri Kenangan, Batu Pahat.


Bahagian Ghazal:

1. Ghazal Polis Diraja Muar (Muar, Johor).
2. Ghazal Sri Kenangan (Batu Pahat, Johor).
3. Sri Berlian Ghazal (Yong Peng, Johor).


Kumpulan Boria Sungai Pinang, Pulau Pinang. "Boria Sungai Pinang membuka cerita.. eeewwaaaahhh!!!" hehe..



Bahagian Boria:

1. Kumpulan Boria Sungai Pinang (Pulau Pinang).
2. Kumpulan Boria 4B (Jelutong, Pulau Pinang).
3. Kumpulan Boria Kem Tahanan (Taiping, Perak).


Pada malam pertama (9 Mac) pertandingan Dikir Barat dan Dondang Sayang telah diadakan.

Pada malam kedua (10 Mac) pertandingan Boria peringkat akhir diadakan.

Pada malam ketiga (11 Mac) pertandingan separuh akhir Dikir Barat dan Dondang sayang diadakan.

Pada malam terakhir (12 Mac) pertandingan akhir bagi Bahagian Ghazal, Dondang Sayang dan Dikir Barat serta persembahan istimewa johan Boria diadakan.


Hadiah-hadiahnya berupa piala pusingan berbentuk Rebana Ubi serta wang tunai. Bagi Bahagian Boria, Ghazal dan Dikir Barat:

Johan: $2,000.00.
Naib Johan: $1,500.00.
Ketiga: $1,000.00.
Saguhati: $750.00.

Bagi Bahagian Dondang Sayang:

Johan: $750.00.
Naib Johan: $500.00.
Dua Hadiah Saguhati: $300.00.

Nota: Nilai ($) adalah nilai ringgit pada waktu itu.


Radio Malaysia telah menyiarkan secara langsung Pesta Dendang Rakyat Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 ini pada pukul 8.30 malam melalui Rangkaian Nasional dan TV Malaysia hanya menyiarkannya pada malam terakhir sahaja melalui Rangkaian Nasional pada pukul 8.50 malam. Untuk pengetahuan, siaran TV pada waktu adalah dalam warna.

Walaupun peristiwa ini telah berlaku hampir 32 tahun yang lalu, pastinya akan meninggalkan kenangan kepada pembaca yang pernah menyaksikannya melalui kaca TV pada waktu itu. Gambar-gambar peserta yang dipaparkan tentunya akan menggamit memori ketika itu sama ada ketika itu masih lagi kanak-kanak ataupun remaja.

Sayang sekali rancangan atau pertandingan sebagus ini telah tiada untuk tatapan generasi kini untuk mengekalkan kesinambungan kesenian hiburan warisan. Tidaklah menghairankan jika generasi kini sudah tidak mengetahui apa itu Dikir Barat, Dondang Sayang, Boria, Ghazal dan Keroncong...


17 Any comments?:

Alan said...

zaman sekarang jangan salahkan generasi muda kalau mereka tak kenal muzik tradisi sebab yang mengawal media sekarang adalah golongan korporat.

paksab said...

dendang rakyat 1979.. gua tak brp ingat sangat mungkin kurang minat masa tu..tapi kalau tak silap ada sekali seorang peserta dari sarawak yang memenangi kategori dondang sayang iatu
"sarbanun marican".. mungkin tahun 1979 agaknya..

Blues Riders said...

BR to bro Alan:
setuju 100% dengan alan. generasi muda tidak bersalah..

BR to paksab:
BR pun tidak pasti mengenai itu, nanti BR cuba cari. teringat juga seorang peserta dondang sayang, namanya baba kim tek dari melaka..

Cik Rose Cute said...

generasi muda tak bersalah...

aidajusoh said...

dah 32 tahun berlalu..memang menggamit memori terutamanya kepada yang terlibat :)

iaryylr said...

Berdongdang Sayang nampaknya Bro, he he he...

Blues Riders said...

BR to Cik Rose Cute:
memang mereka tidak bersalah..

BR to aidajusoh:
BR pun masih kanak2 lagi pada waktu itu.. masih ingat2 lupa..

BR to simanis yang manis:
memang sebagai info tambahan kepada generasi muda seperti simanis..

BR to bro ia:
berdendang sayang nyanyian si anak muda.. masa dilamun oleh gelombang asmara.. indah bunyinya, bersajak pula.. hehe..

Hishamudin Bin Mohamad TwonTawi said...

Pernah bersembang dengan seorang anak pendikir barat yang telah meninggal... menurut ayahnya muzik hiburan dulu penuh dengan nasihat...walaupun berhibur tetapi hati masih tidak lalai...ada batasannya.... sekarang semuanya bercampur...perlu bijak menilik dan menilai.... ~sungguh blues untuk dikenanga...

tahniah! diatas usaha tuan ini...hari ini baru terjumpa laman seperti ini...

Blues Riders said...

BR to Hishamudin Bin Mohamad TwonTawi:
memang betul begitu, ada batasannya dalam berhibur. kita sendiri yg perlu bijak memilih dan menilai..
t kasih atas kunjungan.

nurbeena said...

hiburan dahulu penuh dgn nasihat....hiburan sekarang melalaikan.

Ular Menyusur Akar said...

Satu yang amat nostalgia buat diri saya. Kumpulan ghazal saya Sri Pontian telah sampai ke peringkat akhir sebagai naib Johan di Trengganu dan Johan di Melaka. Saya tak pasti tahun berapa. Berdasarkan artikel tuan kali kelima tahun 1979 dan medal yang tersimpan sekarang pada saya ialah Pesta Dendang Rakyat yang ke tujuh. Saya pun tak pasti medal yang saya dapat di Trengganu atau Melaka.

Satu pengalaman yang amat berharga membuat rakaman tv di studio RTM untuk peringkat separuh akhir dan rakaman live di peringkat akhir.

Walau bagaimana pun di Johor pehak kerajaan negeri masih lagi menghargai Ghazal dan Zapin melalui Yayasab Warisan Johor.

raturati said...

S
Kalau tak silap ingatan, ada ketika Dendang Rakyat tahun (?) yang pemenang kategori Boria ialah dari Sg Pinang dengan sketsa lawak bertajuk Sains dan Teknologi. Pemenang Ghazal ialah Baba Kim Teck.

Rangkap pertama boria tersebut adalah spt:-
Dasar ekonomi baru ampunya rancangan.
Taraf hidup rakyat hendak diseimbangkan
Sains dan Teknologi ...........
Boria Sungai Pinang memberi sumbangan.

Pelawak termasuk Pie dan 2 yang lain.

Ular Menyusur Akar said...

Salam raturati,

Tak mungkin Baba Kim Teck sebagai pemenang Ghazal. Ghazal adalah berkumpulan. Baba biasanya orang Melaka. Salah satu kategori Dendang Rakyat adalah Dondang Sayang. Baba Kim Teck mungkin pemenang bahagian Dondang Sayang.

Blues Riders said...

BR to nurbeena:
yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan..

BR to Ular Menyusur Akar:
terima kasih kerana sudi bertandang ke blog ini. maklumat dari UMA amatlah BR hargai. berkongsi pengalaman dan cerita untuk tatapan generasi kini yang sudah tidak mengenal lagi warisan kebudayaan bangsa..

BR to raturati:
sunguh hebat ingatan raturati yang masih boleh mengingati peristiwa yang telah berlaku hampir 30 tahun yang lalu..

BR to Ular Menyusur Akar:
setuju dengan UMA. pada komen di atas juga ada BR nyatakan baba kim teck dari melaka adalah peserta dondang sayang. BR pun masih kanak2 pada waktu itu, ingat2 lupa pada apa yang telah berlaku..

raturati said...

Dari dewan tunku chanselor universiti malaya...kami mempersembahkan..dendang rakyat. begitulah ucapmula juruacara ketika itu...

saya setuju dengan BR, Baba Kim Teck adalah dalam kategori dendang sayang

Anonymous said...

antara sketsa lawak jenaka boria sg pinang dalam final tersebut:

Keluag2 dok nampak periok bubog (bubur)
Hok sapa punya nasib bek tak tersepak
tidak klu bersembog...

(Sambil memegang paper)...
RTM...hmm RTM klu tak salah radio tok mamak..
ish..la..radio televisyen Malaysia...
Adaka radio tok mamak nak masuk surathabag ni aih..

Ish.. kemalangan jalanraya...
Saorang penunggang motorsikal telah terjerumus ke dalam longkang..
Dengan keadaan terkangkang...
Sebelah pahanya lekang..
Kerana melanggar seketul bengkang...

Nasib bek dia langgag bengkang..
Kalu dia langgag tongkang baru terkoyang belakang...
Ni lah dia..kerajaan dah besagkan jalanraya.. dah kita nek moto pakai tayar..
Kalu saja dok cari bahaya..baru terterap macam buaya...

raturati said...

Sebenarnya sketsa lawak jenaka itu dipos oleh saya. Oleh kerana ayah saya ada merakam pertandingan ini melalui tape recordernya (cassette type belum lagi ada dalam pasaran)dan dimainkan selalu sehingga saya boleh menghafalnya sehingga sekarang.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'