Mengikut sejarah, Barangan Tupperware telah dihasilkan oleh seorang jurutera kimia iaitu Earl Silas Tupper (1907-1983) di Amerika Syarikat pada tahun 1946. Jadi nama Tupperware ini diambil sempena nama penciptanyalah cuma ditambah 'ware' sikit di hujung tu.
Di sini  ada lagi satu keluaran daripada Tupperware yang aku hendak tunjukkan iaitu acuan puding, agar-agar pun boleh, buat acuan pulut kuning untuk hantaran pun boleh.

Nampak lusuh sedikit sebab sudah lama tidak digunakan.


Juga tertulis perkataan "JEL-N-SERVE" dan "TUPPERCRAFT".

Di  bahagian atas tudung tertera dengan jelas Made in Australia.

Pandangan  dari bahagian bawah.
Acuan berbentuk bintang di bawahnya, boleh ditukar-tukar.

Ada empat kesemuanya (campur dengan yang telah sedia ada).

Acuan  berbentuk bunga tulip.

Acuan  berbentuk hati atau 'love' he.. he..

Acuan  berbentuk pokok krismas.

Ini adalah pelapik puding yang telah siap.

Hasilnya memang cantik jika puding yang dihasilkan itu berwarna warni.
 
 
Wah... antiknya...
ReplyDeleteSaya baru join tupperware, kalau nak order inform ya... (aisey.. promote la pulak..)
nak jual x set pudding ni?kalau nak jual saya nak beli sbb tray saya dah pecah x leh ganti dah huhuh
ReplyDelete