04 April, 2010

Tepak Sirih Kayu


Tepak sirih daripada kayu aku perolehi daripada peninggalan nenek. Pada asalnya ianya dihiasai dengan lukisan cat dengan gambaran bunga. Oleh kerana ianya sudah terlalu uzur jadi aku mengambil keputusan untuk memberi nafas baharu kepadanya dengan menggosok semula dan menyapu varnis. Inilah hasilnya:



Bentuknya seakan-akan buah epal. Seingat aku semenjak aku kecil lagi nenek dan datuk sudah menggunakan ia sebagai tepak sirih dan bekas 'celepa' rokok daun.





Pemandangan dari atas.



Terdapat empat bekas bertutup dan satu bekas tidak bertutup untuk mengisi kapur.




Di bahagian bawahnya juga boleh di buka sebagai tempat penyimpanan lain-lain barangan.



Memang cantik untuk dijadikan hiasan.




1 comment: