Tajuk entri biar gempaq sikit... he.. he..
Seterika arang dari tembaga ini adalah pusaka dari keluarga. Tidaklah antik sangat kerana ianya masih benyak terjual sekarang ini terutamanya di tempat menjual barang-barang lama.
Dulu-dulu memang seterika inilah yang akan digunakan untuk menyeterika pakaian sebelum adanya seterika elektrik.
Inilah bentuk Titanic yang dimaksudkan. Ada serupa ka? Pemegangnya dilapik dengan kayu untuk mengelakkan tangan kepanasan sewaktu 'menyeterika'. Masa dulu-dulu aku tengok emak balut pula dengan kain tuala 'Good Morning" ditangkainya ini.
Kalau seluar anggota polis di zaman berseluar pendek berwarna coklat dahulu, mesti dikanji dan diseterika supaya sentiasa kemas dan 'keras'. Bak kata orang, kalau kena kulitpun boleh luka..
Pemandangan hadapan. Sebenarnya seterika ini didatangkan dengan pelapiknya sekali. Tetapi hilang entah kemana, tidak dapat dicari...
Boleh di'nganga'kan untuk mengisi arang yang telah menjadi bara. Hendak menggunakan seterika arang ini memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana proses sebelum, semasa dan selepas 'menyeterika' ini amat leceh dan memenatkan. Silap-silap haribulan banyaklah kain baju yang rosak terbakar...
Tertulis "SING SOON HUAT' di bahagian belakang seterika. Mungkin nama syarikat yang mengeluarkannya.
Sanggupkah surirumah di zaman ini menggunakannya?
dulu kat rumah saya pun ada gak guna seterika camni, tp sejak arwah parent dah takda ni tak tahu la kemana perginya.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesaya pun ada satu (^_^)
atok saya punya iron ade kepala ayam kat depan dia...:)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesaya ada 1 seterika cap ayam...ianya bewarna kuningan,cuma loc dan pemegang dia dah xda...
ReplyDeletesterika atas nie da sebiji kt uma ak..
ReplyDeletesaya ada banyak barang antik tembaga kalau sapa2 nak beli mai lah offer cari aku kat facebook.com
ReplyDeletezul_sapujer@yahoo.com lokasi tumpat...