Sudu dan garpu tembaga ini adalah koleksi barangan tembaga yang seterusnya. Aku rasa anda semua tentu pernah melihat atau memilikinya. Koleksi biasa saja..
Menurut maklumat yang aku terima, sudu dan garpu tembaga ini amat tidak sesuai digunakan untuk masakan kerana masakan kita nanti akan bertukar warna. Contohnya kuah masak lemak yang berwarna kuning akan bertukar ke warna hijau!
Mungkin inilah garpunya yang digunakan oleh saudara Kassim Selamat di dalam filem 'Ibu Mertuaku' untuk mencucuk matanya (dengan gaya tangan bersilang)?
hehe...comel la pulak sudu ni...yg last sekali tu..^^
ReplyDeletecop2..ni mmg betul2 ker sudu and garpu ader dalam cter kasim selamat tu?
ReplyDeleteBR to Cik Muda Nurul:
ReplyDeletesudu kassim selamat tu gimik saja tu.. hehe..