Memang sengaja botol ini dinamakan sebagai 'Botol Nestle Contour' kerana BR sendiri sudah terlupa apakah jenama sebenar produk ini sewaktu ianya dipasarkan. Labelnya pun telah lama tertanggal untuk lebih menyulitkan keadaan bagi mengenal pasti asal usulnya itu. Yang pastinya ia adalah salah satu daripada produk keluaran Nestle sama ada Coffeemate, Milo (tentu tidak) ataupun Nescafe. Kepada pembaca yang masih ingat lagi botol ini bolehlah berkongsi maklumatnya. Apa kata Bro Megat?
Botol ini memang sengaja juga disimpan kerana bentuknya yang menarik berbeza dengan lain-lain botol keluaran Nestle. Tahun ianya dikeluarkan juga tidak dapat dipastikan, mungkin di sekitar tahun 1980-an.
Penutupnya yang mempunyai logo Nestle telah membuktikan bahawa botol ini adalah produk keluaran Nestle. Hanya itulah sahaja klu yang dapat diberikan.
Penutupnya berbentuk octagon (8 sisi dan 8 bucu) memang menarik berbeza dengan bentuk penutup botol tradisional yang berbentuk bulat.
Sekali pandang botol ini seperti pinggang pun ada kerana bentuknya yang melengkung seperti 'V" shape itu. Bagi mereka yang kreatif bolehlah menjadikan botol ini sebagai hiasan, pasu bunga ataupun apa-apa bentuk hiasan yang difikirkan sesuai. Hendak isikan dengan bedak sejuk pun boleh...
BR, ni bottle Nescafe Gold..rasa dia lagi sdap daripada Nescafe biasa..n harga pun ade sikit mahal..hehehehe
ReplyDeleteSalam Bro,
ReplyDeletesaya pun ada kumpul banyak botol ni sebab saya suka bentuknya..sekarang buat simpan rempah ratus...cengkih, kayu manis, lada hitam etc..cantik aje bila di susun berderet...
macam AnggerikDiTangkaiMawar kata, botol ni botol nescafe gold, mmg lebih sedap dari nescafe biasa..itu masa saya suka minum nescafe..skrg saya tak boleh lagi minum nescafe..bila minum saya jadi sakit kepala...agaknya badan saya dah tak boleh terima caffeine dlm nescafe tu..
mengeni tahunnya pula..tak lah dalam 80an...baru lagi...rasanya hujung 90an hingga awal 20an...
cantik botol ni...betul la tu botol nescafe..
ReplyDeleteha'ah.. botol nescafe tu.. :)
ReplyDeletewahh..kalau ada hadiah utk tekaan betul, ramai yang dapat kot?..hehe..
ReplyDelete:-)
salam BR...sy pun rasa ini botol nescafe gold,mungkin juga coffemate.
ReplyDeleteAnggerikDiTangkaiMawar, azzah8, Fiqas, deno, Cheqna & bro nik,
ReplyDeletebila dah semua orang cakap itu botol nescafe gold, mmg sahlah tu. BTW thank for the info. ketinggalan sungguh BR ni..
botol minuman keras tak ada masalahpun..arak bukanlah najis yang perlu disamak..cuma bersihkan sahaja botolnya dan buangkan label..kalau label dah buang, orang lain tak tahupun itu botol apa.
ReplyDeleteMacam nescafe gold je.
ReplyDeleteBro BR, memang macam botol Nescafe gold tapi logo burung pada penutup nie logo adalah logo lama, bentuk penutup lebih sempurna hexsagonnya dibandingkan dengan botol nescafe gold baru dan agak kontot sikit, nescafe gold baru kini tiada logo burung beri makan anak mungkin sebab burung itu sudah mati atau ditembak, yang tinggal cuma perkataan 'Nescafe'di penutup nescafe gold baru,apa pun memang barang lama tu!
ReplyDeleteIM pernah ada satu...
ReplyDeletesuka bentuk botol ni ...... ada pinggang sexy
ReplyDeleteBentuk botol tu unik and comei ... Baguslah still simpan ... ^_^
ReplyDelete