Sudah lama kiranya BR tidak bercerita tentang pembuatan kuih-muih semenjak berakhirnya bulan puasa yang lalu. Untuk itu, kali ini marilah kita sama-sama melihat acuan kek arnab ini yang entah berapa usianya dan tidak diketahui asal-usulnya ini.
Diperbuat daripada keluli tahan karat dan mempunyai ketebalan yang sesuai dengan sifatnya sebagai acuan. Saiznya tidaklah besar mana sangat, cukuplah sekadar 'sekali kenyang' setelah menghasilkan kek.
Dengan kemudahan berbagai peralatan kek dan pastry, surirumah bolehlah menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk menghiasi arnab ini dengan pelbagai bahan supaya arnab ini nampak seperti hidup dan lebih menyelerakan apabila dimakan. Amat sesuai dihidangkan sempena sambutan harijadi kerana biasanya kanak-kanak amat menyukai arnab.
Bahagian dalaman acuan ini yang berkedalaman kira-kira 3.5 inci. Terdapat juga dua batang dawai keras di situ yang digunakan sebagai pemegang kepada acuan ini untuk dimasuk atau dikeluarkan dari dalam oven.
Selain sebagai acuan kek, acuan ini serbaguna sebenarnya. Bagi surirumah yang kreatif, acuan ini boleh digunakan sebagai acuan agar-agar, puding, apam ataupun acuan air batu.
Bahagian yang menunjukkan bahawa arnab ini sedang membelakangi kamera ataupun dalam bahasa mudahnya bontot arnab. Memang comel walaupun dilihat dari berbagai sudut...
Sewaktu memotongnya nanti, adalah dicadangkan kepada surirumah supaya membahagikan arnab ini kepada beberapa bahagian seperti kepala, kaki, badan, ekor, telinga dan beberapa bahagian anggota badan yang lain untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang supaya mereka lebih bebas untuk membuat pilihan.
Pemandangan dari bahagian atas. Memang lengkap sebagai seekor arnab jika telah siap dijadikan kek berdasarkan bentuk acuannya.
Untuk pengetahuan, acuan ini boleh menggunakan apa sahaja adunan resepi kek, hasilnya nanti mungkin kek tersebut seperti kuih bahulu berbentuk ikan emas atau berbentuk buah gelugor seperti yang biasa kita lihat.
BR sendiripun belum pernah mencuba untuk membuat kek arnab ini terutama apabila memikirkan hasil keknya nanti tentulah seperti seekor arnab sejati. Rasa tak tergamaklah pula kerana dapat dibayangkan betapa comel dan gebunya arnab ini apabila telah siap dijadikan kek. He.. he..
unik :)
ReplyDeleteacuan arnab ni ada yg kecik dan biasanya dibuat hiasan gula untuk hantaran
ReplyDeletesalam BR..teringat mak long ku membuat lengkung menjelang hari lembaran..
ReplyDeletemesti comel kek tu :)
ReplyDeleteuntuk bt kek hantaran sesuai ni..
ReplyDeletewah..mesti comel:D
ReplyDeleteblue saya pun ada acuan ni...tak terpikir pulak ianya jadi antik. tapi memang dah lama sgt dh dr saya kecik2 sgt dulu..saya ada 2 saiz ..sama dgn yg blue ada dn yg satu lg tu comell sgt...nanti senang2 saya sharekan bersama. pernah juga saya gunakan utk buat kek dan puding..cuma kecik lah tak puas makan...hehehehe...
ReplyDeletetak sampai ati nak makan ..
ReplyDeletekawaiiiiiii
ReplyDelete(^_^)
tak tahu pula ianya ada 2 saiz, bolehlah berikan gambar kek/puding yg dh siap tu utk kita tengok.
ReplyDeletememang tak sampai hati nk makan..
Bro, segan silu pula nak makan kek arnab , kalau sate arnab macam mana?, tapi memang pelik nak makan kek arnab...
ReplyDeletearnab tuu
ReplyDeletehuhu~
kalau tunjuk kat chef wan, mesti dia tergelak mengekek..
ReplyDeleteTuan, berminat nak jual?
ReplyDelete