29 October, 2010

Pistol Hari Raya... Ada Lagi!


Berbeza dengan Pistol Hari Raya yang pernah BR siarkan dahulu, pistol kali ini adalah lebih moden sedikit di mana ianya berbeza dari segi bentuk pistol yang lebih realistik dan bentuk pelurunya juga telah diberikan sentuhan inovasi untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat.


Pistol mainan buatan China ini boleh didapati di mana-mana sahaja pasar malam di seluruh Malaysia dan memang telah lama wujud kerana rasa-rasanya BR pernah bermain dengannya di zaman kanak-kanak dahulu ataupun ketika di awal remaja. Cuma bentuk dan warnanya sahaja yang berbeza.


Pistol ini telah disertakan bersama dengan silencer olok-olok di hujung larasnya untuk menambahkan lagi kehebatan bentuknya. Asap yang dihasilkan akan keluar melalui celah-celah silencer ini.


Pelurunya dijual dalam bentuk pek yang lebih kemas mengandungi 9 gelung peluru. Setiap gelung peluru boleh menghasilkan 8 tembakan.


Boleh di 'kepak' seperti pistol sebenar untuk memasukkan peluru.


Cara memasukkan pelurunya adalah seperti gambar di atas.


Bagi kanak-kanak atau bapa kanak-kanak yang lebih advance, kaedah ini digunakan iaitu dengan menggunakan palam pencucuh. Tidak perlulah dijelaskan dengan lebih panjang lebar lagi kerana kaedah ini amatlah tidak digalakkan tanpa pengawasan daripada orang dewasa.


Ataupun kaedah kedua ialah dengan menggunakan hammer. Ini adalah ikhtiar terakhir untuk menghasilkan bunyi letupan yang lebih kuat.


Pada mulanya BR hendak menunjukkan gambar demonstrasi semasa tembakan dilepaskan tetapi memandangkan orang yang menembak dan orang yang mengambil gambar takut kepada bunyi yang kuat, gambar ini hanya berjaya dirakamkan selepas tembakan. Oleh itu tidak dapatlah kita melihat percikan api dan asap yang keluar daripada pistol ini.

Kepada pembaca yang pernah bermain dengan pistol ini dan juga pernah menggunakan kedua-dua kaedah alternatif (atau ada kaedah yang lain?) seperti yang telah dinyatakan di atas, bolehlah berkongsi pengalaman anda bersama-sama.


19 comments:

  1. uihh.. ni pistol zaman tok kaduk lg...

    ReplyDelete
  2. heheheh...aku suka...
    macam kecik2 dulu,,,,
    suke2

    ReplyDelete
  3. aku pernah main ni dulu...
    yg pakai palam pencucuh tu pun aku selalu buat...
    best2...

    ReplyDelete
  4. x sempat nak main masa kecik...huhu,,
    Ibu Bohong Kita

    ReplyDelete
  5. waaaaaaahhhhhhhh terbaek.. mainan kegemaran saya time kecik2 dlu ngn member2.. bola cari lg skrg ni kn??
    http://duitlama2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. rasanye pernah mian jerk.. or pernah nampak pistol ni.. sekarang pun ade kan..

    ReplyDelete
  7. lame gile tak main..dulu peluru 10 sen jer satu..skang punye ,baru meletup se das, ngan pistol2 hancur...

    ReplyDelete
  8. heeeee...
    deno pernah main pistol nie..
    suke2!! (^_^)

    ReplyDelete
  9. salam bro..pistol yg ni dah moden sikit,adik2 pernah main sy main yg peluru gulung tu.Plug motor atau kereta tu pernah main,ikat tali rafia dengan dawai buat rambu2 supaya dia jatuh tegak.Kat depan ikat skru dgn dawai.Best kalau main kat jalan tar letupan kuat sampai dawai skru pun boleh putus tp kena isi belerang banyak sikit la.Belerang guna belerang mancis.Memang terbaik, masa tu mana ada mercun bola.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    wah hebat pistol ni.keluar asap lagi yer..nak tengok jugak demontrasinya tu..hehe

    ReplyDelete
  11. wah! spark plug pun jadi.

    ReplyDelete
  12. Pergh! Nostalgia seyh! HAHA ;)

    ReplyDelete
  13. Bro, pistol-pistolan.. ada lagi satu camni untuk 1 peluru je, keluar pada tahun 85 tidak silap, iaitu pistol keychain, kalau ada entrilah.., rindu pistol keychain!

    ReplyDelete
  14. IM tak pernah bagi anak-anak IM bagi main pistol ni walaupun IM selalu main bila tiba musim raya masa kecil-kecil dulu.

    ReplyDelete
  15. hahahhahah besh2 dulu dok main pistol ni la...skung ni main pistol manik je....lg besh...lg sakit

    ReplyDelete
  16. zaman purba punya pistol..
    huuhuh..
    lama x main..

    ReplyDelete
  17. dulu2 slalu main benda ni...

    ReplyDelete
  18. boleh tahan r kan..dulu siap batu kecik2 kot sbagai peluru dia...perghh..masyukk..haha

    ReplyDelete
  19. masa kecik2 slalu gak main pistol nie..hehe. ader jual lg x? :)

    ReplyDelete