23 October, 2010

Sukan Olimpik Seoul 1988


Piring ini adalah hadiah daripada seorang rakan sebagai kenangan berlangsungnya Sukan Olimpik Seoul 1988. Simple tetapi menarik untuk dijadikan hiasan.


Tuan rumah pada tahun tersebut ialah Seoul, Korea Selatan. Acara perasmiannya telah diadakan pada 17 September dan Acara penutupnya pula pada 2 Oktober. Sebanyak 27 jenis sukan dipertandingkan dan melibatkan 263 acara.


Walaupun telah 22 tahun berlalu, mengumpul cenderamata sesuatu event ini ada gunanya juga sebagai sejarah dan rujukan berlangsungnya sesuatu acara seperti juga mengumpul stem, syiling peringatan dan sebagainya.



Sejarah Ringkas Mengenai Sukan Olimpik:


Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun di Olympia dan bertujuan untuk menghormati Tuhan Zeus. Sukan ini juga adalah untuk mengawal peperangan dan mengekalkan keamanan kerana pada masa ini semua tidak dibenarkan untuk berperang kerana menghormati Zeus. Hadiah yang diberikan berbentuk sekalung daun zaiton dari tempat keramat di Olympia.

Cuma peserta lelaki sahaja yang dapat melibatkan diri. Negara-negara yang terbabit dalam sukan ini merupakan negara-negara kota Yunani. Manakala acara yang diadakan meliputi gusti, melempar cakera dan merejam lembing.

Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama-sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu acara dipertandingkan.

Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan) dan pada 393, Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19.

Sukan Olimpik dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Pada tahun 2004, Sukan Olimpik ke-28 telah kembali diadakan di tempat asalnya di Athens, Greece.


6 comments:

  1. IM sempat kumpul lencana pertandingan Hoki piala dunia di stadium perak zaman phoon fook loke dan ein sts maria. masa tu iM minat kumpul setem dan lencana la....

    ReplyDelete
  2. bagus tu abg im, kadang2 benda sekecil itu dianggap remeh & tiada nilai.. utk masa akan datang mungkin ianya berharga.

    ReplyDelete
  3. wah thanks for infonya nih hehe

    ReplyDelete
  4. perghhhhh mane lak dpt plate ni???????? ni boleh wat muzium ni!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan. Bila baca beberapa enti you, terasa macam baca sejarah pulak, kadang-kadang tu macam Jejak Kasih. Anyway Bonda enjoy membaca your entry, berinformasi. Tahniah.

    ReplyDelete