Ini lagi satu bekas Nescafe bertutup kuning yang sempat diselamatkan untuk tatapan kita. Seperti bekas nescafe yang terdahulu, bekas yang ini juga dipercayai telah lanjut usianya.
Berketinggian kira-kira 9 cm, bekas kaca ini dikatakan 2 dalam 1 kerana ianya boleh dijadikan bekas penyimpanan kedap udara dan sekaligus sebagai gelas minuman. Tetapi ia tidak begitu sesuai untuk hidangan air panas kerana bekas ini tidak bertangkai.
Mempunyai corak ala-ala diamond cut di sekeliling bekas termasuklah juga di bahagian bawahnya yang memang cukup menarik serta memancar-mancar kilatnya apabila terkena cahaya.
Memang cantik dijadikan gelas, namun begitu, sesetengah surirumah tidak begitu menggemari gelas seperti ini kerana jika tidak dicuci dengan betul akan meninggalkan kesan kotoran di celah-celah corak tersebut.
Memang sahlah pada penutupnya tertulis perkataan 'Nescafe' berbeza dengan bekas yang terdahulu yang bertulis 'Nestle'.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDulu arwah nenek aku buat bekas isi bedak sejuk.
ReplyDeletenenek saya suka kumpul dulu..byk gak ada kat umah nenek..
ReplyDeleteade gak gelas ni dulu..mmg kena basuh betul2.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSweetie peminat Nescafe juga, tapi takder pulak bekas cam gini. bekas yang botol lurus tu ada arr. tutupnya kuning juga.
huhuhuh... banyaknyer barang lama2.. agak2 10-20 years in future mender nih laku tak kalo lelong? consider barang antik nih.
ReplyDeletesgt lame da bekas ni...kat umah nenek ak ade lg smpn...nenek ak letak kapur sireh...hehe...mmg cantik...
ReplyDeletesalam.. wahh boleh jual kat aku tak?
ReplyDeleteagaknya kalau botol-botol yang ada sekarang disimpan, 20 tahun lagi anak-anak kita akan berbangga dengan koleksi antik ini...
ReplyDeletemakin comel je glas die
ReplyDelete