Oleh kerana keobsesan di peringkat gaban terhadap roti mayat atau biskut Jacob Krim Kraker ini, marilah sama-sama kita lihat pula Jacob Krim Kraker di dalam tin isian 1kg yang telahpun tiada di dalam pasaran sekarang. Biskut ini adalah lebih kurang seusia dengan Jacob Krim Kraker yang pernah BR tunjukkan dahulu iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu kerana dikeluarkan di sekitar tahun 1990-an.
Biskut isian 1 kg. ini lebih terjamin kualitinya dan tidak mudah lemau (masuk angin) kerana berada di dalam tin yang kedap udara berbanding dengan tin isian 600g yang hanya disealkan dengan salotape.
"Biskut Jacob Krim Kraker ini diproses menurut cara-cara istimewa. Mutunya tidak dapat ditandingi sejak lebih dari 100 tahun. Ia menggunakan bahan-bahan makanan tanpa gula, pengawet dan pewarna untuk menjadikan ia sebagai hidangan yang menyihatkan dan digemari oleh seisi keluarga"... antara ayat-ayat yang tertulis pada tin ini dan tertera di dalam huruf jawi perkataan "Halal".
Apa yang istimewanya ialah tin biskut ini masih belum dibuka dan dijamin masih mempunyai isi biskut di dalamnya. Ini jelas terbukti dengan seal kertasnya yang belum terusik sejak 20 tahun yang lalu.
Pada kertas sealnya juga terdapat perkataan "Diterakan untuk keselamatan". Ini mungkin kerana setelah dibuka, biskut-biskut di dalamnya telah tidak selamat lagi akibat dimakan... He.. he..
Untuk Jacob Krim Kraker yang lebih berusia pembaca bolehlah imbas kembali di ROTI MAYAT BLUES
waaa..antik y tin ni~
ReplyDeletelamanya tin ni..dulu ada kat umah buat simpan kuih raya
ReplyDeletekami panggil roti empat segi :)
ReplyDeletesedap klu mkn roti ni cicah teh o panas. fuh...nikmat tak terkata.
betul ke ada lg biskut dalam tin ni? Sedap makan biskut krim kraker ni..tapi saya suka keluaran Hup Seng hehe
ReplyDeleteBro, dah lama simpan ke baru dapat? syok makan cecah kopi o panas!
ReplyDeletekhazanah lame perlu disimpan untuk generasi mase depan :)
ReplyDeleteehee.. masuk muzium suda tin ni:)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletetuan, bukalah seal tu, teringin nak tengok apalah agaknya rupanya biskut tu... yg ni dah berapa tahun belum buka?
huhuhu..teringat zaman kecik2 mkn biskut ni...
ReplyDeleterasanyer dh berkulat kalau bukak ni...ish3
ReplyDeleteklasik dowh ;D
ReplyDeleteSampai sekarang biskut ni tersohor!
ReplyDeletebiar betikk!!
ReplyDeleteasal tak bukak lagi??
sapa punye tin biskut nie?? gila lah antik!!
rasa sy penah ade dulu..buang dah kot!
seal tak bukak pun lagi...cam mana agaknya rupa biskut kat dalam tu..
ReplyDeletesdp dpt mkn biskut cicah teh panas ;p
ReplyDeletebiskut mayat?
ReplyDelete:D.. comelnye nama..
takut nak makan..
apelah rupa biskut tuh kan kalo dibukak ....huhu~
ReplyDelete