09 June, 2010

Roti Mayat Jacob's Cream Crackers Blues...


Pada minggu lepas Bro Jakionline Inc di dalam blognya sudahpun menceritakan mengenai Jacob's Cream Crackers ini. Tujuan BR pula TIDAK lah sekali-kali untuk menyaingi Bro Jaki, tetapi apabila melihat kepada tin Jacob's Cream Crackers yang dipaparkan itu, ada suatu cerita disebaliknya yang ingin dikongsikan bersama kerana aku juga memiliki tin tersebut yang telah sekian lama disimpan.


Dibeli pada tahun 1978 itupun kerana kakak aku yang berada di sekolah menengah di dalam aliran Ekonomi Rumahtangga (ERT) telah diarahkan oleh guru mata pelajaran tersebut untuk setiap murid memiliki sebuah tin untuk mengisi alatan menjahit bagi subjek jahitan.



Diringkaskan cerita, biskut ini telah dibeli oleh arwah ayah semata-mata untuk mendapatkan tinnya sahaja bagi tujuan tersebut di atas. Secara tidak langsung itulah kali pertama seumur hidup aku memakan biskut di dalam tin yang sebegini kerana sebelum ini biskut hanyalah dibeli secara 'timbang-kilo' di kedai runcit berhampiran. Mungkin kerana harga biskut secara timbang kilo lebih murah pada waktu itu...



Pada waktu itu kebanyakan biskut di kedai runcit diisikan di dalam balang kaca besar bertudung plastik merah. Si Apek berbaju singlet dan berseluar pendek itupun mencekaulah dengan tangannya untuk mengambil biskut tersebut lalu ditimbang dan biasanya balang tersebut akan disengetkan sedikit lalu ditampan dengan pehanya jika isi kandungan di dalam balang itu sudah tinggal sedikit...



Sayugia dimaklumkan bahawa jika anda berada di kawasan Utara Malaysia, roti juga adalah panggilan biasa untuk biskut selain daripada roti yang sebenar.


Bagi biskut yang begini, ianya juga dikenali sebagai 'roti empat segi' atau yang lebih popular dipanggil 'roti mayat'. Kemungkinan dipanggil sebagai roti mayat ialah kerana biskut inilah yang selalunya dihidangkan kepada tetamu yang menziarahi sesuatu kematian bersama air kopi 'O' yang diisikan didalam cerek selain daripada kuih 'serabai'...


Masih disimpan sebagai sentimental value...


Di bahagian bawah tin mengandungi empat bahasa penerangan mengenai biskut tersebut iaitu Bahasa Inggeris, Cina, Tamil dan Melayu. Ejaan, tulisan dan gaya bahasanya masih di dalam bentuk lama yang berbunyi, "Biskut2 yang lazat ini di-usahakan menurut chara2 istimewa yang berhasil menjadikan ia sebagai makanan yang menyehatkan, berkhasiat, dan amat sesuai di-angkat sebagai hidangan minum-ayer".

Sambungan kisah Roti Mayat Jacob's Cream Crackers ini boleh diikuti di: SINI


11 Any comments?:

LayarLara said...

Mak aiiii mana celah dikorek mendapatkan tin bisekut yang dah berzaman tuuu???

aitotyati said...

gulp, 1978?

eden pun blum lahir lagi encik BR (^_^)

Kniedaz said...

tetiba lapar nk cicah biskut ngan air teh

RaafikJahat said...

wah, classic. tahun 1978 tu. tak nak jual ke ? hehe.

Y u Z z 9071 said...

sentimental value tu.....

Unknown said...

woaa.da tak jumpa lagi kot.

Qaseh said...

beskot kering...

Catwoman said...

Wowwwww.......biskut antik tu !!!!

:)

miSz tUna said...

alah comelnye penerangan biskut tu..

cikgu_aare said...

mmg classic!saya pun tak lahir lagi.

trex kiut said...

mak saya kata tuan yg tulis blog ni mungkin org utara sbb kue serabai & roti empat segi tu org kedah ja yg panggil camtu .. hehe
n mak saya pon cerita yg dulu tokwan sy pon pernah beli biskut jacob dalam tin tu ..
sgt nostalgia .. hehe

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'