Pada 17 dan 18 September yang lalu BR sekeluarga berada di Kuantan kerana menghadiri majlis perkahwinan bapa saudara di Briged Tenggara, Kem PGA Bukit Galing, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Mengikut sejarahnya ini adalah kali ke empat BR akan ke Kuantan. Kita ikuti serba sedikit catatan perjalanan yang telah ditempuhi yang jaraknya dari rumah hampir 355 km sehala ini.
Bertolak dari rumah jam 7.30 pagi, odometer kereta memang telah disetkan menjadi 0 sengaja untuk mengetahui jarak perjalanan yang bakal ditempuh. Perjalanan melalui Batang Kali - Genting Sempah. Jalan yang berliku serta mendaki dan menuruni bukit memang memerlukan fokus pemanduan tahap tertinggi.
Melalui Genting Highland memang boleh melihat pemandangan yang menarik, salah satunya ialah kereta kabel serta pemandangan berkabus menyejukkan mata memandang.
Menempuh Lebuhraya Karak merupakan satu pengalaman yang menarik terutama bagi mereka yang pernah menonton filem "Karak".. hehe..
Singgah di Hentian Rehat Lentang, rehat-rehat dan santai-santai sambil berkelah. Sememangnya perjalanan ini telah dirancangkan untuk lebih bersantai dan tidak tergesa-gesa. Apa yang hendak dikejar sebenarnya?
Tiba di Kem PGA Bukit Galing, Kuantan tepat jam 1.30 petang. Suasana di majlis perkahwinan sungguh meriah kerana majlis ini diadakan untuk dua orang anaknya serentak. Ramai juga tetamu yang hadir termasuklah beberapa orang-orang kenamaan, tetapi siapalah kita untuk bersama mereka.
Bermalam di Bukit Gambang Resort City. Selepas makan malam, melayan anak-anak dengan amusement park di situ pula.
Selepas sarapan pagi, sempat juga membawa anak-anak ke Bukit Gambang Water Park untuk memenuhi agenda utama mereka ke Kuantan iaitu untuk bermandi-manda. Membiarkan mereka bermandian dengan berbagai aksi sepuas hati.
Kira-kita jam 1.00 petang, sebelum bertolak pulang sempat juga bertemu dengan blogger Si Manis bersama keluarganya. Katanya teringin sangat untuk bertemu dengan Luqman.
Terharu juga kerana beliau sekeluarga terpaksa dan sanggup bergegas dari Kuantan ke Gambang kira-kira 40 km hanya untuk satu pertemuan yang sesingkat itu.
Kepada Si Manis dan suami sekeluarga hanya ribuan terima kasih sahajalah yang dapat BR sekeluarga ucapkan. InsyaAllah jika panjang umur bertemu lagi kita. Dapat juga buah tangan daripada Si Manis, keropok dan kuih serta duit raya untuk anak-anak.
Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di sebuah 'Restoran Seri Berkelah" di Kampung Gelugor kira-kira 14 km dari Gambang membeli bekal apa-apa yang patut sebelum meneruskan perjalanan pulang.
Singgah sebentar di Maran 'Bandar Ayam Kampung', sebelum memasuki Lebuhraya Maran - Genting Sempah. Hujan lebat di sepanjang perjalanan serta lebuhraya yang 'jem' hampir 3 km sebelum Temerloh kerana kerja-kerja pembaikan jalan yang menjadikan lebuhraya hanya satu lorong sahaja.
Niat di hati memang hendak menyusuri jalan lama Maran - Temerloh - Lanchang sebelum memasuki semula lebuhraya. Memandangkan hari sudahpun petang dan cuaca pun hujan, niat tersebut terpaksalah dibatalkan. Ada sebab sebenarnya, hanya kerana ingin mencari sesuatu yang 'hilang' untuk sebuah jawapan yang hampir 13 tahun belum terungkai...
Ada satu cerita yang ingin BR kongsikan disini terpulanglah kepada pembaca untuk mempercayainya atau tidak. Kali pertama BR sampai di Kuantan ialah pada tahun 1998. Waktu itu anak baru seorang (Luqman) dan menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Kuala Terengganu. Sewaktu pergi kami melalui Ipoh - Gerik - Jeli - Kota Bharu - Kuala Terengganu.
Dari Kuala Terengganu kami bermalam di Kuantan dan bertolak balik melalui Kuantan - Kuala Lumpur melalui jalan lama keesokannya. Perjalanan terpaksa melalui jalan lama kerana pada waktu itu Lebuhraya Kuantan - Kuala Lumpur belum ada lagi.
Menyusur jalan lama antara Maran - Temerloh, hari sudahpun tengahari lalu kami berhenti untuk menikmati makan tengahari di sebuah kedai makan yang kelihatan sungguh ramai orang.
Tempatnya tidaklah sunyi sangat kerana banyak kereta turut singgah di situ dan boleh dilihat bumbung-bumbung perumahan seperti sebuah pekan kecil di bawah bukit di celah-celah rimbunan pokok.
Setelah memesan makanan kelihatan orang di situ dengan hal masing-masing. Makanannya pun biasa-biasa saja. Sewaktu hendak membuat pembayaran, agak menghairankan juga kerana tuan punya kedai seolah-olah tidak mahu mengambil bayaran tetapi akhirnya bayar juga walaupun dengan harga yang agak mahal untuk dua pinggan nasi yang tidak berlauk ikan patin pun.
Membebel juga BR di dalam kereta kerana itu ditambah pula dengan hampir-hampir melanggar seorang wanita yang sedang mendukung anak melintas di hadapan kereta tanpa menoleh kiri dan kanan.
Setelah selamat sampai di rumah, berceritalah kami kepada beberapa rakan sekerja yang terdiri daripada orang Pahang dan juga orang Temerloh sendiri.
Setelah lokasi kedai makan diceritakan, masing-masing mengatakan bahawa tempat, suasana persekitaran dan kedai makan yang diceritakan itu sememangnya TIDAK pernah wujud. Puas juga bertekak tetapi akhirnya beralah jua kerana sebagai anak jati Pahang tentunya mereka lebih arif mengenai tempat itu berbanding kami yang hanya pertama kali pernah melalui jalan itu.
Jika begitu, apakah gerangan sebenarnya yang telah berlaku? Apa yang telah kami makan di situ? Siapakah mereka yang dilihat turut sama di kedai itu? Sampai sekarang persoalan itu masih belum terjawab...
biarlah kisah tu terus berlalu BR.. x payah nak dikenang2.. hmmm...
ReplyDeletebiasalah jalan lama..tapi kadang kadang org pahang bukan semua tahu tempatpun...mungkin kedai betul cuma org yang saudara tanya tidak tahu lokasi sebenar.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemantap photo photonya bang
ReplyDeletehuhu
ReplyDeleteentry scary.... ~
em wah ade 4 mempelai..
penah dgr cite mcm ni..tp x tau kebenaran nya..mungkin BR singgah makan di tempat bunian..
ReplyDeleteBR to Rozita:
ReplyDeletememang tak kenang dah pun. cuma mahukan kepastian..
BR to bro alan:
rakan BR to memang orang temerloh jati. setiap hari dia lalu jalan itu. lokasi dia faham cuma katanya TIADA kedai makan di situ..huhu..
BR to zati embong:
mula2 tu meremang juga. tapi berlaku dah lama, taklah meremang lagi.
BR to Lutfie Tutorial Blog:
hahaha.. mantap ka?
BR to budakijaupendek:
4 mempelai, untungnya menerima 2 orang menantu serentak.
BR to bro Phat:
mungkin juga. mereka juga makhluk Allah, wallahualam..
Asyik ya...
ReplyDeletePengen kesana, tapi jauh!
Hehehe..
Lam kenal ya, BR!
haha amboi simanis je ke?tak sudi jmpa blogger kuantan lain?hahaha gurau je bro :D
ReplyDeleteBR to Kopiah Putih:
ReplyDeletesalam kenal juga buat kopiah putih. silalah ke sana, orangnya baik2.
BR to bro afzal:
hahaha.. semuanya berlaku secara kebetulan. insyaAllah jika ke sana lagi berjumpalah kita nanti.
bertuah BR terpilih dan dapat jumpa kedai tu,tu namanya rezeki.Mungkin ada sebab yang baik kenapa BR dipilih.
ReplyDeletehohohoho pengalaman yg bukan semua orang dapat tu....bestnyer dapat jalan2....
ReplyDeleteBR to bro nik:
ReplyDeletehaha.. tak nampak pula di mana tuahnya. mungkin satu dugaan..
BR to Cik Kasut:
jauh perjalanan luas pemandangan..
As salam BR,
ReplyDeleteKisah misteri yg berlaku pada BR tu bkn sesuatu yg pelik krn mmg ada penghuni alam lain bersama kita. Di Kelantan, ada juga kisah kedai misteri yg mcm ni. Ramai yg singgah mkn tp sebenarnya kedai itu tidak pernah wujud dn plg menyeramkn, kawasan tersebut adalah kubur lama.
dah lama tak jejak genting ni...
ReplyDeleteigtkan gambar atas pelamin yg tgh2 tu pengantin jugak...rupanya parent pengantin..
nak tanya apa yang BR makan ? sedap tak?
ReplyDeleteBR to Adry@Daun:
ReplyDeleteada kebenarannya. nisbah populasi makhluk: manusia 1%, jin 9% dan malaikat 90%.. wallahualam.
BR to ku-cit:
parent pengantin sedang mengimbau masa silam yang blues.. hehe..
BR to paksab:
pilihan makanan memang banyak tetapi macam kurang berselera, BR cuma ambil nasi putih, ikan kembung goreng dan ulam-ulaman, teh ais.. untuk dua orang RM18 (nilai 13 tahun lalu..).
mungkin lapar agaknya, habis juga..
misteri juga cerita macam ini, tak ada duit baki ke Bro?, tak apa, sekarang dah ada kamera dan handphone camera jadi kita boleh ambil gambar dimana saja tidak seperti dulu. Sekali sekala cerita pelik memang menarik. Iaryylr pun pernah lalui kisah-kisah pelik... .
ReplyDeleteWah! Kuat berjalan sampai ke kampung saya,kedai tepi jalan antara Maran dgn Tenerloh memang ada tapi mungkin bro tak cam sangat sebab jarang lalu,
ReplyDeletemisteri juga.
BR to bro ia:
ReplyDeleteduit baki rm2 memang ada, tapi sudah bercampur dgn duit2 lain. kalau tahu macam ini, memang simpan duit tu.. elok tu bro boleh buka blog kisah2 misteri pula.. hehe..
BR to bro thomas:
sebab itulah BR cuba menyelusuri semula jalan itu untuk mencari kepastian. rakan BR pun ada orang temerloh di kampung bunian, thomas orang temerloh?
BR to simanis yang manis:
terima kasih juga untuk simanis. kalau ada sumur di ladang...
bdr ayam kampung? baru ku tahu..
ReplyDelete*smart le pelamin tu. nak tiru.. ;)
BR to blog-tips-kurus:
ReplyDeletetemerloh dengan 'bandar ikan patin', maran dengan 'bandar ayam kampung', satu produk satu daerah.. hehe
nak tiru gaya pelamin itu, silakan..
kelassss ...
ReplyDeleteRosetta Stone Chinese
ReplyDeleteRosetta Stone French
Rosetta Stone German
Rosetta Stone Greek
Rosetta Stone Hindi
Rosetta Stone Hindi V3
Rosetta Stone Italian