Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (DBP) erti merdeka ialah bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54 dan Hari Malaysia 2011, marilah kita sama-sama mengenang jasa-jasa pahlawan yang telah terkorban demi mempertahan tanah air yang tercinta ini.
Datu Mohammad Salleh Datu Balu atau Mat Salleh dilahirkan di Inanam, Sabah. Pejuang berketurunan Bajau dan Suluk ini menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) pada 1895 yang memperkenalkan pelbagai peraturan menyusahkan penduduk tempatan seperti buruh paksa, lesen dan cukai beras.
Perjuangan beliau juga didorong semangat jihad orang Sulu melawan Sepanyol di Filipina. Beliau terkorban selepas SBUB melancarkan serangan besar-besaran pada Januari 1900 di Kampung Tebuh, Tambunan. Perjuangannya diteruskan dua pengikut, Mat Sator dan Kamunta, tetapi SBUB menghentikan kebangkitan pengaruh Mat Salleh pada Julai 1902.
Datuk Naning Abdul Said atau lebih dikenali sebagai Dol Said, pahlawan Naning menentang Undang-Undang British terutama cukai diperkenalkan pada 1800-an. British mengarahkan Naning mematuhi peraturan ditetapkan di Melaka, tetapi tidak dituruti Dol Said kerana menganggap Naning daerah berdaulat.
Berikutan itu, Inggeris mengisytiharkan Dol Said penderhaka dan menghantar 150 orang menyerang Naning tetapi ditewaskan taktik perang gerila bersama bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau serta dari Seri Menanti pada 15 Julai 1831. Pada Mac 1832, tentera Inggeris menawan Taboh serta membakar rumah penduduk di situ. Dol Said berundur ke Seri Menanti dan menyerah diri.
Mat Hassan Munas atau Tok Janggut, pahlawan Melayu tersohor menentang British di Kelantan. Dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir Puteh pada 1853 dan menetap di Kampung Nering, mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah, kemudian menjadi petani serta peniaga selain mahir ilmu persilatan, menentang Inggeris pada awal 1900-an antaranya kerana cukai membebankan.
Tok Janggut terkorban dalam serangan British ke kubu beliau di Kampung Dalam Pupuh, Saring pada 24 Mei, mayatnya diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu sebelum digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat hari serta dikebumikan di Pasir Puteh.
Pembesar Sarikei di Sarawak menentang Inggeris selepas kewibawaan beliau tergugat apabila wilayah itu diletakkan di bawah pentadbiran Brooke. Pada 1855, Sharif menyerang Mukah, mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James Brooke.
Beliau berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk menghalau Brooke dari Sarawak dengan menyerang Kanowit pada 1856 sebelum berpakat dengan Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong pada 1860 bagi menyerang Kuching, namun gagal. Abdul Ghapur ditahan dan dipenjarakan di Betawi, kapal dan perahu dinaiki Sharif yang bertempur dengan tentera Inggeris di Sungai Sadong ditenggelamkan, menyebabkan beliau berundur ke Mukah.
Dilantik Yamtuan Seri Menanti pada 1875, wilayah jajahan meliputi Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol. Penentangan bermula apabila baginda tidak bersetuju dengan Datuk Kelana Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan Inggeris. Pertikaian mengenai kawasan Terachi mencetuskan pertempuran.
Yamtuan Antah disokong Datuk Siamang Gagap, Tunku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol, menawan Paroi dan membina kubu pada Disember 1875, namun berjaya ditawan semula Inggeris. Baginda berundur ke Bukit Putus dan Johor dan pada Mei 1876, Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor William Jervois sebelum diiktiraf British sebagai Yamtuan Besar Seri menanti.
Menentang James Brooke pada abad ke-19. Atas alasan mahu menghapuskan lanun sekitar saribas dan Skrang, Brooke memusnahkan penempatan Iban di Sungai Skrang dan mendirikan kubu di Nanga Skrang. Pada 1853, Rentap menyerang kubu itu sebelum Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang pada 1854, membakar perkampungan pahlawan itu sehingga memaksa pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok.
Inggeris gagal menawan Bukit Sadok dalam serangan pada 1857 san 1858, menyebabkan Brooke sendiri mengetuai serangan pada 1863 dan menewaskan Rentap dalam pertempuran sengit selama sebulan. rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru, tapi meninggal dunia.
Datuk Maharaja Lela adalah Orang Besar Berlapan dan penghulu di Pasir Salak menentang British pada 1875, merancang membunuh Residen British Perak, James Wheller Woodfird Birch atau JWW Birch selepas ketuanan Melayu dicabar. Pada 2 November 1875, Birch tiba di Pasir Salak untuk menyiarkan surat pengisytiharan hak memungut cukai, tetapi mati dibunuh.
British menyerang Pasir Salak, namun ditewaskan pejuang Melayu, tetapi akhirnya menang dalam pertempuran setengah tahun dengan bantuan tentera dari India dan Hong Kong. Maharaja Lela, Datuk Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum digantung sampai mati pada 1877 manakala Sultan Abdullah dibuang negeri ke Seychelles.
Nama sebenarnya Abdul Rahman Iman Noh, pembesar Temerloh menentang British di Pahang. Dilahirkan di Rantau Panjang, Bentong namun banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali, ayahanda Sultan Ahmad. Karisma dimilikinya menyebabkan Datuk Bahaman disegani dan dihormati penduduk dan pemerintah Pahang sehingga dilantik mentadbir Semantan dan menjadi salah seorang daripada Orang Besar Delapan Pahang.
Selepas empat tahun menentang penjajah dari 1891 hingga 1894, Datuk Bahaman ditahan dan dibawa ke Bangkok pada November 1895.
Pejuang di Terengganu dipercayai antara peguam Melayu pertama negara pada 1921. Nama sebenarnya Haji Abdul Rahman Abdul Hamid, menjadi peguam untuk membela penduduk teraniaya serta menentang penjajah di mahkamah. Perjuangannya bermula awal 1920-an, antara puncanya apabila Inggeris melarang pemburuan haiwan liar pada 1923 dan memperkenalkan peraturan baru tanah pada 1924.
Inggeris menuduh Abdul Rahman menghasut rakyat sehingga tercetus pertempuran di Padang Kacong dan atas nasihat Datuk Seri Amar Diraja Ngah Muhammad, Abdul Rahman dihukum buang negeri ke Singapura seterusnya ke Makkah pada 1928 sebelum meninggal dunia akibat sakit pada 6 November 1929.
Pahlawan Murut ini hanya berusia 30 tahun ketika memimpin kaumnya menentang British di Sabah pada 1915. Dilahirkan di Masinpunon di Sungai Selarom pada 1885 dan berketurunan Murut Tagol. Antanom dibesarkan sebagai 'kalawon' atau pahlawan gagah berani.
Antara punca kebangkitannya apabila Syarikat Borneo Utara British (SBUB) mengenakan cukai membebankan penduduk, mewujudkan larangan peraturan membuka tanah baru, memaksa orang Murut menjadi buruh paksa dan menceroboh hutan untuk pembinaan jalan.
Pada Februari 1915, beliau menyerang bangunan kerajaan di Pensiangan dan membakarnya serta menyerang Rundum pada Mac tetapi terkorban.
Sumber: Berita Minggu 04.09.2011
***********************************************
Terlalu ramai pahlawan-pahlawan kita yang gugur di era penjajah yang hanya tercatat di lipatan masa tetapi bukan di lipatan sejarah untuk dikenang budi dan baktinya terhadap tanah air tidak kiralah yang berada di haluan kiri atau kanan.
Begitulah juga terlalu banyak kisah-kisah pejuang dan perjuangan di belakang tabir yang tidak dikisahkan untuk tatapan kita pada hari ini.
Masih ramai lagi nama-nama besar seperti Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh), Tok Kenali, Dato Moyang Salleh (Negeri Sembilan), Mohamad Salleh Perang (Johor), Tok Gajah (Pahang), Pengiran Shah Bandar Salleh (Sarawak), Mat Kilau (Pahang) serta ribuan lagi pahlawan yang berjuang untuk mempertahankan tanah air ini dari penjajahan.
Sama-sama kita hargai jasa pahlawan-pahlawan dahulu. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.
"Selamat Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2011"
nice sharing. thanks
ReplyDeletedlu bljr semua pasal tokoh2 pahlawan ni. best!
ReplyDeleteSejarah mengajar manusia. perkongsian yang sangat berfaedah.
ReplyDeleteMereka memang pahlawan menentang penjajah, dan sesiapa yang bekerja sama dengan penjajah menentang orang sendiri adalah mereka yang tiada diri apa lagi pertiwi, Kasihan Tuk Janggut dibelot bangsa sendiri, kasihan jasadnya di aib sedemikian rupa.
ReplyDeleteDalam sejarah secara universal mencakupi semua kategori walau ada kebenaran diperhalusi atau ditokok kokok, walau diputar belit, omong-omong kosong kelongsong 'sing & song' terpesong batu lesung atau ianya hanya dalam buku sejarah yang memusing amarah atau berdakwat darah mahupun atas arah dan kerah, tetapi bila ada fakta atau bukti terbaru sememangnya ia boleh diubah sebagaimana kita diajar dulu pluto itu planet. Namun kita disini masih pluto itu planet. Apa jadi penemuan sejarah di Kedah?, adakah 100 tahun lagi buku sejarah kita masih sama seperti 30~50 tahun yang lalu? entahlah... .
Pandangan disebalik langsir dengan rambut yang tidak tersisir dan pipi bagai berpasir....
masa sekolah dulu selalu je boring bila masa sejarah......
ReplyDeletemasa skolah dulu kena present pasal diorg ni la..hehe
ReplyDeleteSalam Blogwalking dari Terengganu blogger!! ^__^V
Latest Entry :
1.Layan Drama Korea Lama : My Girlfriend is a Gumiho
2.Ketupat Sotong, Makanan Pantai TImur
Pejuang2 bangsa. Al-fatihah buat mereka semua.
ReplyDeletebila baca entry saya refresh balik memori bab sejarah...thanks..
ReplyDeleteOwh..Tok janggut! Bangga berada sebumi dgnnya..... Blues Riders, Ninie ada sajak khas untuk Blues Riders n keluarga. Sajer tergerak hati..smbil2 berkarya. Link ni yer...
ReplyDeletehttp://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/poem-dedicated-to-blues-riders.html
Rasanya ramai lagi yang tertinggal... Patut ada kisah Temenggung Jugah, ini tokoh favorite saya, selain Datuk Maharaja Lela.
ReplyDeleteSaya masih tidak ketahui nama sebenar Datuk Maharaja Lela. Kalau tak silap, ini gelaran Orang Besar, bukan nama asalnya... bro tahu?
mereka semua pejung yg hebat..
ReplyDeletehaji abdul rahman limbong adalah guru pada atuk saya...
ReplyDeleteSlm kmrdekaan dan hr malaysia ya. :). Tq utk info2 kt ats neh.^^
ReplyDeleteSalam BR, maafla lama tak menjengah sejak mula sambung belaja. huhu. Terima kasih sudi menjengah walau berkarat2. Pasal en3 BR yg ni, Den musykil beberapa perkara. Perjuangan mereka bukan sahaja kerana cukai dan buruhpaksa, tp ada terbaca erjuangan mereka berpunca daripada semangat jihad melawan penjajah. itulah faktor terbesar yang membawa mereka berjuang. cukai dan sebagainya umpama menutup sebab utama mereka berjuang.
ReplyDeletepahlawan-pahlawan yang hebat
ReplyDeletehttp://advanshare.blogspot.com
sgt2 bangga...
ReplyDeletemerekalah pejuang kemerdekaan yg sejati... bukan komunis...huhu
teingat zaman skolah dl kena apal2 sejarah2 ni..huhu...seb bek pat A..amin...
ReplyDeletenice entry sharing:-)
kita berdiri bebas sekarang adalah kerana mereka
ReplyDeleteselamat hari merdeka dan selamat hari malaysia :)
ReplyDeletewah...teringt lak muka2 dorg ni la adew dalam buku sejarah..thank 4 refresh me back :D
ReplyDeleteselamat hari malaysia BR :)
bole la study kat sni psl sjrah..huhu
ReplyDelete