Satu haribulan Februari adalah Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 dan ditadbirkan secara langsung oleh Kerajaan Pusat.
Pemandangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kiri-kira 30 tahun yang lalu.
Sebuah kementerian yang diberi nama Kementerian Wilayah Persekutuan telah diwujudkan pada 28 Julai 1978 dengan Perdana Menteri sendiri menjadi Menteri yang bertanggungjawab.
Kementerian ini adalah bertujuan untuk merumus dasar, merancang strategi dan menentukan matlamat pembangunan Wilayah Persekutuan dari segi ekonomi, sosial, budaya dan agama terhadap pencapaian Dasar Ekonomi Baru.
SELAMAT HARI WILAYAH.
***************************************************
Kali pertama BR menjejakkan kaki di Kuala Lumpur ialah di sekitar tahun 1984 (tidak termasuk rombongan sekolah pada tahun 1979). Punyalah seronok dan berbangga kerana telah sampai ke ibu kota yang sering dimomokkan dengan cabaran hidup yang penuh dengan pancaroba.
Pada waktu itu Kompleks Daya Bumi, Central Market, Pudu Raya, Kota Raya, Kompleks Pertama merupakan tempat tumpuan utama untuk melepak di samping pengangkutan utama pada waktu itu iaitu bas panjang Sri Jaya, Len dan bas mini (dengan tambang 50 sen untuk sekali perjalanan).
Kalau hendak tahu bas mini yang beradio, lihat pada lampu LED nya, jika berkelip-kelip maknanya bas tersebut ada radio. Tetapi ada juga malangnya, silap-silap dipasangnya lagu Tamil.. hehe..
Berlaku bermacam-macam peristiwa juga di dalam bas mini ini, pencopet dan 'pergeseran' yang disengajakan memang sering berlaku kerana kesesakan yang melampau.
Tempat makan yang popular pula ialah di Benteng (Di belakang Mahkamah). Supermarket pula ialah Batu Road Supermarket di Chow Kit Road seiring dengan kemunculan Hankyu Jaya di hadapannya. Selain daripada itu di Kompleks Campbell juga menjadi tumpuan utama untuk membeli belah.
Panggung wayang pula ialah panggung Federal (pernah menayangkan filem Superman hampir sebulan), Odeon. Cineplex pun banyak juga tetapi kurang mendapat sambutan kerana 'cerah', tidak sesuai untuk pasangan.. hehe..
Panggung wayang pula ialah panggung Federal (pernah menayangkan filem Superman hampir sebulan), Odeon. Cineplex pun banyak juga tetapi kurang mendapat sambutan kerana 'cerah', tidak sesuai untuk pasangan.. hehe..
Sekarang semuanya itu telah tiada dan hilang ditelan arus pembangunan. Tiada lagi deruman bas mini, tiada lagi kesesakan dan bau asap bas-bas ekspress di Hentian Pudu Raya (tempat popular untuk mengadakan blind date pada waktu itu, U tunggu I kat platform berapa?.. hehe..).
Kompleks Daya Bumi semakin suram, Kompleks Pertama, Central Market hanya dimeriahkan oleh 'pelancong-pelancong' asing yang seolah-olah sudah tidak terkawal...
Kuala Lumpur senyumanmu
Di pagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang
Di lebuhraya
Di papan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya
Bila ku bisikan puisi cinta
Dan Tugu Peringatan Negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa
Berganding tangan
Kita berdua
Menyusuri jalan
Di tengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama
Bilaku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa
Terima kasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua
Moral Value: Time is not measured by a watch but by moments.
selamat hari wilayah. dan selamat bercuti :)
ReplyDeleteselamat hari wilayah persekutuan hari ni
ReplyDeleteAssalamualaikum BR
ReplyDeleteselamat bercuti
lama juga mike dah sampai ke KL ni yer..
BR to هانيم إرشاد :
ReplyDeleteselamat hari wilayah dan selamat bercuti juga..
BR to bro Razif:
selamat hari wilayah persekutuan juga..
BR to atuk:
waalaikumussalam atuk.
selamat bercuti juga. takda la lama, teringat zaman muda2 dulu.. hehe..
syoknya bole cuti. slamat bercuti . .
ReplyDeleteBR to (: cik najiha :):
ReplyDeletekat perak tak cuti.. huhu..
bnyak dah yg berubah Kuala Lumpur.. selamat bercuti kpd yg kerja di wilayah
ReplyDeleteBR to sue perbs..:
ReplyDeletememang banyak perubahan yg berlaku, tetapi kenangan disitu tak akan berubah.. hehe..
1st time sampai KL thn 1988 slps SRP. menginap di KIK...sebelum tu pi Klang n Melaka...pas tu ngaji di UM selama 6 thn dari 91-97...
ReplyDeleteKL! iaryylr datang!
ReplyDeleteSelamat hari Wilayah....
ReplyDeleteTak sempat plak nak buat entry pasal ni.
BR to Daddy Zuki:
ReplyDeletetentu banyak pengalaman yg ditimba. antara 88-94 BR masih di sana.
BR to bro ia:
yeaah! selamat datang!
BR to lunaticg:
selamat hari wilayah juga. sempat lagi ni.. hehe..
tahun 80 dan awal 90an hankyu jaya dan chow kit sangat popular..miss that time hehehe
ReplyDeleteBR to bro Alan:
ReplyDeleteAllahyarham sudirman pernah buat konsert di tengah2 chow kit, memang menakjubkan..
saya lahir tahun 80' juga, sempat la juga merasa naik bas mini, bawak laju, berhenti sesuka hati je, sempit dan sesak, tpi tu lah memories...
ReplyDeleteselepsa bas mini baru lah ade bas besar sikit Leng Seng... saya still lagi menggunakan bas lengseng until now...
Bagi yang sudah berdekad dekad hidup di KL pasti akan merasakan banyak keindahan yang perlahan lahan hilang luput dari pandangan mata dan cuma tinggal kenangan Stadium TPCA, Globe Silk Store, Mun Loong (dah lama hilang),Majid Satey, Stadium Merdeka,panggung wayang , orang jual ubat sambil menyanyi, bas mini, benteng selera, ..aduuh syahdunya ..apa lagi ya? tolong ingatkan
ReplyDeleteBR to Ejam:
ReplyDeletekenangan yg tak akan kembali bersama bas mini.. terima kasih kerana mengingatkan BR tentang bas lengseng..
BR to paksab:
betul tu paksab, lokasi dan kenangan yang kian luput dr pandangan mata. penjual ayaq nyok/mata kucing kt jln silang tu ada lg ka? memang blues.. huhu..
thanks for the info. sesungguhnya Kuala Lumpur masih gah berdiri.
ReplyDeleteBR to Sarah Syahira:
ReplyDeleteberdiri teguh sebagai ibu negara malaysia..
Selamat hari wilayah
ReplyDeleteBR to Neno:
ReplyDeleteselamat hari wilayah juga..
Selamat Menyambut Hari Wilayah kepada semua warga wilayah...
ReplyDeleteBR to Koding:
ReplyDeleteselamat hari wilayah juga..
best pengalaman BR first time pegi kl tu...:)
ReplyDeletecuti seminggu..hahah
ReplyDeleteDi KL cinta saya bersemi...
ReplyDeleteakak duk KL. nice info.
ReplyDeletejom follow blog akak lak
Nice! Minta BR tulis fasal sejarah ChowKit Road pula...
ReplyDelete