01 March, 2012

MAS Gunakan Jumbo Jet


Kembali bersiaran setelah sekian lama menyepikan diri. Terima kasih kepada rakan-rakan blog dan pembaca yang telah menghantar email atau mengeloi (kelui) di shoutbox bertanyakan khabar. Sayang juga mereka kat BR... hehe..

Sebenarnya ada, memang ada lagi..! sihat walafiat cuma kekangan tugas hakiki yang memaksa blog ini untuk berehat sebentar. InsyaAllah selepas ini ianya akan beroperasi seperti biasa untuk menghidangkan sajian kenangan yang tiada akhirnya untuk tatapan pembaca sekalian. Untuk bulan Mac ini kita mulakan dengan kisah jumbo jet..

Suatu hari yang hening di sekitar tahun 1982 iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu...


Inilah wajah sebenar Boeing 747 seperti yang diceritakan.


Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dengan syarikat penerbangan kebangsaan kita MAS yang telah berkembang dengan pesatnya. Kini MAS telah memasuki era jumbo jet yang besar dengan mempunyai dua buah boeing 747 yang telah mula digunakan sejak minggu kedua bulan April.


Perdana Menteri pada waktu itu, Dato' Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad sedang mencuba keempukan kerusi jumbo jet. Teringat ketika pertama kali BR menaiki kapal terbang dahulu, mesti mencuba dahulu keempukan kerusinya adakah sesuai dengan harga tambang yang dibayar.. hehe..


MAS merupakan syarikat penerbangan yang ke-67 di dunia yang menggunakan pesawat boeing 747 pada waktu itu. Sebenarnya MAS adalah di antara syarikat penerbangan yang terkecil sekali walaupun di kalangan negara-negara ASEAN dan MAS adalah yang terakhir menggunakan pesawat boeing 747 (pada waktu itu).


Penerbangan jet 747 ialah dari Kuala Lumpur ke Dubai-Amsterdam-London pada hari Sabtu dan dari Kuala Lumpur ke Kuwait-Frankfurt-London pada hari Rabu dan Ahad. hari Khamis penerbangan 747 bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Dubai-Paris-London. Penerbangan ke Sydney-Melbourne bertolak dari Kuala Lumpur pada hari Selasa, Jumaat dan Sabtu.

Satu majlis merenjis kapal terbang MAS Boeing 747 yang baharu itu telah diadakan pada 3 April 1982 di mana Perdana Menteri pada waktu itu, Dato' Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad telah melakukan upacara merenjis dan menepung tawarnya sambil meninjau keadaan sebelah dalam kapal terbang.


Moral Value:Follow your gut and your heart; you'll almost always make the right choice. - Leighton Meester.


8 comments:

  1. siap menepung tawar lagi Tun waktu tu. cuba kalau Najib suat sekarang, memang kena kutuk jelah dengan pembangkang

    ReplyDelete
  2. wah syok nya naik kapal terbang! memang best jika tentang kapal, cuma sayang sekali pengumuman kerugian mas baru baru ini :(

    ReplyDelete
  3. BR to bro alan:
    dulu2 memang ada budaya menepung tawar utk kenderaan kononnya utk menolak bala.. wallahualam.

    BR to bro ia:
    MAS catat kerugian RM1.28 billion (BH 1.3.2012). harga bahan api global, perbelanjaan tinggi menjadi punca..

    ReplyDelete
  4. pengurusan yg teruk @ faktor ekonomi buatkan MAS rugi berbilion ?

    ReplyDelete
  5. pengurusan yg teruk @ faktor ekonomi buatkan MAS rugi berbilion ?

    ReplyDelete
  6. pengurusan yg teruk @ faktor ekonomi buatkan MAS rugi berbilion ?

    ReplyDelete
  7. BR to B'art:
    terima kasih kawan..

    BR to Apai:
    agak susah nk jawab ni. tp secara rasionalnya adakah air asia menggunakan bahan api yg berbeza dgn mas? BR rasa mungkin pengurusan yg menjadi puncanya.. wallahualam.

    ReplyDelete