Kumpulan muzik yang dianggotai oleh tiga orang pemuzik keturunan India dan dua keturunan Cina. Merupakan kumpulan muzik pop paling lama bertahan dan terus kekal sehingga ke hari ini. Alleycats ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1968 iaitu 45 tahun yang lalu.
Pengasas kumpulan terkenal ini, David Arumugam, penyanyi utama dan pemimpin Alleycats merupakan penyanyi bukan Melayu yang paling diminati di negara ini. Popularitinya terus bertahan sehingga kini meskipun telah mula merakamkan album pertama pada tahun 1979.
45 tahun mereka bertahan, Alleycats kumpulan muzik bukan Melayu paling popular di negara ini. mereka sememangnya berbangga selain pencapaian cemerlang dalam muzik, juga satu-satunya kumpulan muzik paling lama bertahan.
Alleycats yang mengambil nama sempena nama sebuah tempat di Pulau Pinang iaitu Agar Road di mana terdapat banyaknya kucing buangan yang berkeliaran. Pada awal penubuhannya hanya bermain di kelab malam di sekitar Pulau Pinang. Sebelum mencipta nama di Malaysia, Alleycats terlebih dahulu telah mencipta nama bermain di beberapa kelab malam terkemuka di Denmark.
Pada awal penubuhannya kumpulan terdiri dari 7 orang pemuzik iaitu David Arumugam (vokal), Loganathan Arumugam (vokal & percussion), Shanmuganathan (gitar utama), Tan Chin Hock (drum), Chester Anthony Passerella (saxaphone), Khoo Fook Sin (keyboard), Frank Ong (gitar bass).
Banyak lagu dendangan Alleycats yang telah menjadi hit dan pernah menjuarai Lagu Pilihan Minggu ini. Antara lagu tersebut termasuklah yang paling diminati ramai, Hingga Akhir Nanti (1981), Sekuntum Mawar Merah (1982), Kerana Kau (1984), Andainya Aku Pergi Dulu (1982), Sampaikan Salam Cintaku (1987) di samping lagu-lagu hit yang lain. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan lagu-lagu mereka adalah bertemakan cinta dan kekecewaan.
Tidak seperti kumpulan-kumpulan muzik yang lain yang terus berpecah dan dibubarkan, Alleycats terus dapat bertahan dan mengekalkan populariti mereka kerana mengamalkan beberapa petua antaranya: saling menghormati, bertolak ansur, memahami perasaan dan berkongsi populariti.
Setakat ini Kumpulan Alleycats telah mendahalui kumpulan muzik tanah air kerana paling banyak menghasilkan album. Alleycats juga satu-satunya kumpulan muzik yang paling berjaya membuat jualan 50,000 unit kaset pada setiap album yang mereka hasilkan.
Tol Jalan Duta, Pintu masuk Kuala Lumpur dari arah utara seolah-olah menyambut kedatangan dengan lagu "Senyumlah Kuala Lumpur"...
Moral Value: Only those who have hurt and lost or have been sad and disappointed know how to truly comfort and forgive another in the same circumstances.
Sumber: Ghulam Jie M Khan, (1990). Rekod-rekod Dunia Di Malaysia (5), Kluang, Johor: Ainna's Publications.
Maklumat lanjut juga boleh diperoehi di: http://www.alleycatsmalaysia.com/index.html
Kumpulan favourite saya di zaman sekolah.
ReplyDeleteBR to Bro Thomas:
ReplyDeletekumpulan muzik sepanjang zaman. BR pun membesar dgn lagu2 mereka..
"Kuala Lumpur....senyumanmu di pagi ini...sungguh bererti.."
ReplyDeleteBanyak sungguh nostalgia saya tersandar pada lagu ini.
BR to cikgu paq:
ReplyDeletelove is the person you think about during the sad songs.. tak gitu? hehe
Selamat kembali, seperti Allycats yang sering kembali :)
ReplyDeleteBR to Batu Adventure:
ReplyDeletenice qoute..
BR to bro iaryylr:
"sekuntum mawar merah sebuah puisi".. hehe..
nostalgia sungguh bila baca entri ni... I just started my blog www.ladabenar.blogspot.com ada barang lama di situ
ReplyDeleteBR to Cekem Mirza:
ReplyDeleteselamat datang dan selamat berblog..
That health care is impartially and successfully furnished to all citizens. At the beginning of the twentieth century a new idea the concept of health merchandising began to take shape. It turned into found out that public fitness had not noted the citizen as an individual and that the nation had an instantaneous duty for the fitness of the individual. http://fb1-testabout.com
ReplyDelete