Sebuah lagu lama yang mempunyai melodi dan susunan lirik yang indah dengan maksud yang sungguh mendalam.
Cenderawasih
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Gelisah hamba si gagak hutan
Terpandang seri manis wajahmu tuan
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan hamparan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan
Aduhai cenderawasih
Suratan apa menimpa
Hamba tertawan dengan kasih
Tinggi letaknya
Tak sepadan baju di badan
Tak seiring terbang di awan
Tak sepantun biarpun dondang
Sama rentaknya
Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kaupinta dikalungkan untaian intan
Kumampu kalung daun yang kekeringan
Tak hamba terkelindan
Sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan
Lara hamba tak kesudahan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur kiranya cinta mimpi kesiangan
Nyanyian Kopratasa daripada album Balada Seorang Pejuang (1999)
Lagu & Senikata: Zaidy Nandir
Moral Value: The heart has its own language. The heart knows a hundred thousand ways to speak.
Salam En Shah,
ReplyDeleteSedap lagu ni, lyriknya lain sikit yer dengan lagu yang A. Halim nyanyi tu,
salam. lama x lawat blog abe. lagu tajuk yg sama ada gak dinyanyikan oleh p.ramlee..kan?
ReplyDeleteBR to Mak Long a.k.a Kunang-kunang:
ReplyDeletemmg sedap lagu ni ditambah dgn iringan flute nya yg mendayu. liriknya mmg berbeza dgn lagu a halim tp kedua2nya tetap menghiburkan.
BR to abe JUK DIN:
t kasih krn datang melawat. cenderawasih p ramlee tak pasti pula macamana sbb belum prnah dengar lg.
salam...
ReplyDeletemasa kecik2 ingin sangat nak tengok macamana rupanya burung cenderawasih ni.. kononnya burung kayangan yang hebat..he..he..
BR to Balqis Nazid:
ReplyDeletemcamana nak tengok sbb cenderawasih tak pernah turun ke bumi. kata orang makanannya pun awan. kalau hendak dibandingkan dgn gagak hutan, tentulah burung kayangan lebih hebat.. hehe..
burung pun ada lagu :)
ReplyDeleteBR to bro iaryylr:
ReplyDeletehahaha.. lagu burung.. bagaimana kalau cenderawasih diikat kakinya?
lagu lama
ReplyDeleteBR to bro Alan:
ReplyDeletelama xdengar khabar bro, mmg lagu lama tapi masih relevan...
Salam
ReplyDeleteIni versi asal. Sebelum ini merupakan lagu dikir barat. Salah seorang penyanyinya ialah Adeep (Fab Catz)
http://www.youtube.com/watch?v=uPUr1vKcI_g
BR to Dyan:
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian maklumat. BR amat hargai.
ohh ni lagu dikir barat
ReplyDeletelalu di nyanyi oleh 2 kugiran
berbeza lirik..satu nyanyi lirik asal
lagi satu lirik dikir barat rentak pun di ubah..walau bagaimana pun semua sedap..