09 October, 2010

Botol Nescafe Bertutup Kuning


Untuk pengetahuan, Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company dan telah membuka kilang pertamanya di Petaling Jaya pada tahun 1962. Walau apapun asal-usulnya, yang pasti botol Nescafe berpenutup kuning ini memang telah lama BR simpan kerana pada mulanya ianya dijadikan bekas menyimpan garam di kampung.


Berketinggian kira-kira 12 cm dan dipercayai botol ini adalah botol Nescafe bersaiz kecil pada waktu itu. Malang sekali apabila label kertas yang membaluti botol ini telah tiada untuk dijadikan bahan rujukan. Adalah menjadi kebiasaan apabila label kertas pada mana-mana botol akan ditanggalkan begitu sahaja terutamanya ketika proses mencucinya.


Cukup popular di kalangan ibu-ibu di kampung untuk menjadikan bekas Nescafe ini sebagai bekas menyimpan bahan masakan seperti garam, rempah-ratus, serbuk kunyit hatta tempoyak sekalipun memandangkan saiznya yang kecil, bertutup kemas dan cantik sekali apabila disusun sederet.


Mungkin juga penutupnya yang berwarna kuning ini adalah untuk membezakan Nescafe yang berperisa tertentu kerana pada kebiasaannya kita dapati bahawa kebanyakan penutup botol Nescafe adalah berwarna coklat.




Berbeza dengan produk Nescafe sekarang, pada penutup botol ini dicatatkan sebagai Nestle bukannya Nescafe. Untuk pengetahuan, Nestle adalah pengeluar utama produk seperti MILO, Nescafe, Maggi, Nespray dan Kit Kat yang dipercayai oleh isi rumah yang telah menikmatinya semenjak beberapa generasi.


Sejarah Nescafe:

Kisah asal-usul NESCAFE mengimbau semula ke tahun 1930, bila kerajaan Brazil mencabar Nestle untuk mencipta sejenis minuman berasaskan kopi yang dipermudahkan untuk orang ramai, sekadar ditambah air sahaja namun tetap mengekalkan perisa asli kopi berkenaan.

Setelah 7 tahun kajian oleh pakar kopi Max Morgenthaler dan sekumpulan pengkajinya berbangsa Swiss, muncullah NESCAFE dan kehebatannya diperkenalkan ke seluruh dunia dengan pelancaran rasmi di Switzerland pada 1 April, 1938.

Bagaimana nama NESCAFE muncul? Ianya adalah gabungan "Nestle" dan "cafe". Nestle adalah nama syarikat konglomerat makanan & minuman antara terbesar di dunia manakala NESCAFE pula salah satu hasil produk keluarannya.

Semasa Perang Dunia Ke-2, kopi segera ini menjadi minuman asasi bagi angkatan tentera Amerika Syarikat, dan sejak itu, popularitinya menjulang. Pada dekad 1950an, kopi menjadi minuman bergaya bagi generasi muda Rock & Roll yang memasuki kedai-kedai kopi yang semakin popular di US ketika itu.

Hari ini, NESCAFE adalah jenama kopi yang paling diminati di dunia. Di United Kingdom sahaja, mereka minum 15000 cawan NESCAFE setiap minit. (Sumber: IRI 52 w/e 24 Mac 2007).

Terdapat lebih kurang 60 spesis kopi tetapi Arabica dan Robusta merupakan dua spesis kopi istimewa yang ditanam untuk komersial. Robusta dengan ciri perisa yang kuat dan keasidan yang rendah, ditanam kebanyakannya di Vietnam, Brazil dan Indonesia. Manakala Arabica pula terkenal dengan aroma penaik selera dan keasidan sederhana, ditanam di Brazil, Columbia, Ethiopia, America Tengah, Mexico, India dan Africa Timur. Bagi memastikan kualiti perisa dan aroma unik yang konsisten, pakar-pakar Nescafe mencampurkan (blend) kopi Arabica dan Robusta dari ladang kopi terbaik di dunia.


12 Any comments?:

Rafi Harumin said...

Rasanya saya pernah nampak edisi penutup kuning ni zaman budak budak dulu... aduh.. kenangan lagi

Solihin Zubir said...

haha.. teringat masa dok kt kampung dulu..
tapi mak saya dulu salu boh garam lam botol Maxwell tudung merah.. penah dngar x? dia cam nescafe gak..

sarah-najwan said...

rumah my MIL ada bekas nih..buat letak garam..hehe..

hentian said...

betulke setengah orang tak boleh minum nescafe. pening...

mamawana said...

Salam....

Nostalgia masa kecik2 nengok penutup botol kuning tu. Now minum nescafe dlm paket 3 in 1. No more bottles. Kalu minum banyak sakit kepala gak. Now, minum kopimin kaya minerals produk Revell baru tak sakit kepala.

tsaicoutic tranmorphersys said...

fuhhh..barang rare nih..antik2

Oh Lady said...

menarik!!!

Sumandak Kinabalu said...

Tak pernah lah nampak tutup Nescafe kaler nie...
Dulu ada kot tapi tak ingat dah...
My family peminat no. 1 nescafe tapi entah kenapa sejak akhir-akhir nie, asal minum mesti pening...Nescafe tambah kandungan baru kot?
So terpaksa tukar kepada Indocafe :)

nur said...

nenek gune letak serbuk teh

ALL IN ONE

Hairil Rizal said...

Penah nampak botol Nescafe penutup kuning ni dulu.

BTW, sy tak bleh minum Nescafe.. pening kepala. Kalau minum kopi ok je.. bergelas-gelas pun takpe.

Rasli Jaafar said...

wah banyak info ni.. bagus la BR..

apek poyo said...

pehhh..susah nak cari tu..gua ingat zaman kecik dulu..ekekekekek

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'