30 November, 2010

The Tiger Balm Brand


Tiger Balm merupakan salah satu balm yang cukup popular suatu ketika dahulu untuk meredakan sakit kepala atau seumpamanya. Aromanya yang menyegarkan dan 'berangin' sungguh mujarab bagi melegakan kesakitan yang dialami. Botol kosong Tiger Balm ini sengaja BR simpan entah sejak bila lagi memandangkan keunikan yang terdapat pada botolnya.


Botolnya berketinggian kira-kira 1.5 inci dan amat sesuai untuk dibawa ke mana-mana dan digunakan pada saat-saat kita memerlukan. Botol ini juga memiliki kaca yang tebal dan tidak mudah pecah.


Meskipun saiz botol ini kecil sahaja, tetapi hampir keseluruhan bahagian pada botol ini dipenuhi dengan tanda perniagaan yang di emboss.


Pada penutupnya terdapat tanda perniagaan yang di emboss.


Pada bontot botol juga terdapat gambar harimau emboss. Bila melihat kepada gambar harimau ini, maka teringatlah pula pada lambang Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Filem Negara Malaysia suatu masa dahulu.

Filem yang paling popular keluaran Filem Negara Malaysia pada waktu ialah 'Gelombang' lakonan Rubiah Suparman. Ditayangkan di kampung-kampung oleh Jabatan Penerangan.


Sedikit maklumat mengenai Tiger Balm:

It has always been our belief that no one should be constrained from leading a full and active life because of aches and pains. That is why Tiger Balm ointment was created nearly 100 years ago from ancient Chinese sources and subsequently expanded over the years into different formats to give you the relief you desire for different areas of pain.

Tried, tested and trusted by generations of users, you can rely on Tiger Balm's unique and proven herbal formulation to ease your aches and pains and for your optimal well-being. Be it headaches, rheumatic or arthritic pains, muscle strains and sprains, Tiger Balm has just the pain relief remedy for you.

It doesn't matter whether you are young or old. Tiger Balm is committed to evolving alongside your lifestyle needs. As a pain relief specialist, Tiger Balm is focused on delivering innovative herbal-based products that come in a wide variety of convenient formats to use at home, at work, and at play.

So go on, live your life to the fullest and achieve your goals without being constrained by pain!

29 November, 2010

Nasib Si Basikal Raleigh


Pulang ke kampung baru-baru ini maka teringatlah pula pada basikal Raleigh peninggalan arwah ayah yang sudah lama tidak dipedulikan lagi dan hanya diletakkan di belakang rumah. Rasanya sudah hampir berpuluh tahun basikal ini dibiarkan begini.


Basikal ini telah dibeli di sekitar tahun 1953 ketika arwah ayah berkhidmat di Pahang. Pernah BR melihat gambar photo arwah ayah bersama basikal ini diambil di dalam studio gambar ketika ianya mula-mula dibeli. Memang cantik dan berkilat-kilat waktu itu. Kalau terjumpa lagi dengan photo tersebut akan BR uploadkan nanti.


Dikenali juga sebagai basikal 'jantan' kerana ada 'galang', kalau tiada galang dipanggil basikal 'betina'. Teringat di zaman kanak-kanak dahulu mengayuh basikal ini di bawah galang dengan sebelah tangan memegang handle bar manakala sebelah tangan lagi memegang galang... He.. he..


Sudah terlalu uzur kerana ditinggalkan terbiar berhujan dan berpanas sehingga berlumut serta mengalami tahap pengkaratan yang cukup kritikal dan sukar untuk dibaik pulih lagi.


Head badge Raleigh membuktikan bahawa basikal ini adalah sebuah basikal Raleigh yang cukup popular suatu ketika dahulu. Sesiapa yang memiliki basikal ini pada waktu itu bolehlah dikatakan seorang yang hebat.


80% barangannya masih asal tetapi mungkin sudah tidak boleh digunakan lagi.


'Buyung' atau hub hadapan.


Hub belakang kelihatan lebih besar. Kelebihan basikal ini ialah bunyi yang dihasilkan oleh hub ini cukup enak didengar, "tik.. tik.. tik.." dan mempunyai kabel seperti gear dan dikawal di handle bar basikal.


Mungkin akan memakan belanja yang besar jika hendak dibuat restoration. Begitu juga dengan alat ganti yang entah ada entah tiada. Ada sesiapa yang beminat untuk membeli besi buruk ini?


28 November, 2010

Acah Tunjuk Pistol


Kita ikuti kisah sadis Syed Fariduddin Syed Fakhri, 17, bersama rakannya, Subadrul Nizam Suid, 19, ketika pulang dari pasar malam Uptown, Jalan Stadium menuju ke rumahnya di Taman Wira Mergong:


DAKWA TERANIAYA... Syed Fariduddin (kanan) dan Subadrul Nizam menunjukkan kecederaan yang dialami selepas mendakwa dibelasah anggota polis.

"Ketika melalui jalan Gangsa, tiba-tiba seorang lelaki berpakaian biasa membaling topi keledar ke arah saya menyebabkan kami terjatuh ke dalam parit. Belum sempat saya dan rakan bangun, datang kira-kira 20 lelaki lalu membelasah kami. Mereka menumbuk muka, menendang, mengetuk kepala dengan cota besi dan memijak kepala saya di jalan raya."



Sumber: Harian Metro 18.11.2010.
(Sila klik untuk besarkan imej)


Menurutnya, selepas membelasah mereka, barulah penyerang memberitahu dan memperkenalkan diri masing-masing sebagai anggota polis Skuad 42 yang menjalankan operasi mencegah lumba haram di situ.


"Seorang daripada anggota polis terbabit cuba mengugut kami dengan menunjukkan pistol di pinggangnya dan bertanya sama ada kami terbabit dengan lumba haram."


"Anggota polis itu juga ugut nak tembak kami jika kami melarikan diri. Macam mana nak lari, belum sempat kami bangun mereka belasah lagi."


Abang mangsa Syed Fauzi Syed Fakhri, 30, berkata, "Sepatutnya pihak polis menyiasat terlebih dulu bukannya bertindak sesuka hati ke atas adik saya. Dia cukup syarat termasuk lesen memandu, cukai jalan dan insurans, bahkan motosikalnya juga lengkap seperti di tetapkan undang-undang."


Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Mohd Sham Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan pelajar berkenaan. (Ayat klise yang sering digunakan di mana akan berakhir dengan 'kesenyapan').

Tugas berat tentunya menanti Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Mohd Sham Abdullah kerana jika menafikan perbuatan ini adalah daripada anggotanya, siapakah pula gerangan "Skuad 42" yang memiliki pistol dan cota besi yang boleh bertindak sesuka hati itu? He.. he..

Masyarakat juga perlu dimaklumkan dengan Standard Operation Prosedure (SOP) polis yang baharu iaitu membaling topi keledar, membelasah, menumbuk muka, menendang, mengetuk kepala dengan cota besi, memijak kepala di jalan raya dan yang terbaru ialah melanggar kenderaan orang yang disyaki. He.. he..


Dalam Mingguan Malaysia hari ini (28.11.2010):

Ibu dakwa anak dilanggar polis.


(Sila klik untuk besarkan imej)


Memetik kata-kata Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, "Saya akan bekerja berpaksi kepada bidang kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang dan menentukan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik bagi kesejahteraan seluruh rakyat dan negara Malaysia." 13 September 2010.


Terkenang kisah Insan Marhaen.


Moral Value: Hargailah tugas polis.


27 November, 2010

Poskad Sydney Australia


Sydney, Australia's largest city and home of the 2000 Olympic Games, is situated around a magnificent harbour graced with sandy beaches and scenic coves.


Lihatlah pelabuhan Sydney yang cantik, gaya hidup luarnya yang menggoda dan keindahan semula jadinya yang menawan. Berkayak di bawah Sydney Harbour Bridge atau melambai ke arah Opera House semasa anda menaiki feri merentasi pelabuhan menuju ke Manly.

Belajar meluncur air di Bondi Beach atau berenang di dalam air tenang di Coogee. Lihatlah dengan penuh keasyikan jalan mati batu buntar di The Rocks atau pasar, butik, kafe dan pub di Paddington.

Selain pelabuhan yang terkenal di dunia dan lebih daripada 70 pantai yang indah, Sydney juga menawarkan makanan yang lazat, festival dan keseronokan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.



Untuk maklumat lanjut mengenai Australia, sila ke: http://www.australia.com/my/index.aspx


26 November, 2010

Klip Kertas Lucky Strike


Selain daripada mengeluarkan rokok, syarikat-syarikat rokok tempatan juga ada mengeluarkan klip kertas sebagai salah satu strategi untuk mempromosikan rokok-rokok mereka. Kita ikuti pula klip kertas keluaran daripada jenama rokok Lucky Strike ini.


Berukuran 7 x 5.5cm, klip kertas ini biasanya dihadiahkan oleh syarikat rokok kepada kedai-kedai runcit untuk meng'klip' Delivery Order (DO), invois atau bil-bil daripada syarikat mereka.


Tidak sesuai untuk digunakan di pejabat-pejabat kerajaan memandangkan penggunaan klip kertas ini secara tidak langsung akan mempromosikan jenama rokok. Umum sedia maklum bahawa jabatan-jabatan kerajaan adalah zon larangan merokok... He.. he..


Pemandangan di bahagian belakang klip. Untuk pengetahuan, klip kertas ini kelihatan sudah uzur memandangkan BR sendiripun tidak tahu berapakah usianya. Jenama rokok Lucky Strike ini juga merupakan rokok kegemaran seniman Allahyarham P Ramlee.


Moral Value: Merokok Membahayakan Kesihatan.


25 November, 2010

Pensel Percuma Daripada Milo


Cerita mengenai Pensel Warna Milo ini sebenarnya telahpun diceritakan oleh Bro iaryylr di Hobby & Collection - Hobi & Koleksi beberapa minggu yang lalu. Terdapat beberapa kemusykilan di sini kerana pensel warna milo beliau dan BR tidak sama walaupun daripada bekas yang sama!


Tidak pasti pula dari mana BR perolehi bekas pensel warna Milo ini tetapi yang pastinya terdapat tulisan kecil di bawah bekasnya iaitu "Sample Not For Sale".


Panjang pensel kira-kira 9 cm bukannya pensel warna tetapi pensel betul walaupun di luar bekasnya nyata ditulis "colour pencil set" dengan gambaran berbagai warna pensel.


Sepatutnya mengandungi 12 batang pensel, tetapi yang ini ada 10 batang sahaja, 2 batang lagi mungkin tercicir... he.. he..


Pensel pula jenama 'arco' bukannya Milo. Apa sudah jadi?

24 November, 2010

Carnation Instant Malted Milk


A 70-year heritage of consistency and high quality has earned NESTLE CARNATION Malted Milk the #1 market position in its category. The long-standing reputation of quality ensures customer satisfaction. Treat yourself or others to delicious milkshakes, smoothies and other specialty drinks made with the brand they know and love. - Nestle.


Kali ini marilah kita ikuti pula Carnation Instant Malted Milk yang pernah popular suatu ketika dahulu sebagai minuman tambahan seakan-akan Horlick ini. Kepada mereka yang pernah merasainya tentunya tidak dapat melupakan keenakannya.


Malted Whole Milk Richness.

Carnation instant is the wholesome, delicious way to get quick energy nourishment and the vitamins and minerals needed for growth, health and vitality. Makes milk more nutritious... more tempting to children, convalescents and nursing mothers.


Terdapat beberapa kaedah menyediakan minuman malts ini, antaranya ialah:

1. For tempting cold malts.
2. For delicious hot malts.
3. "Fountain Malts".
4. Fruit Malts.
5. Egg Nog Malts.
6. Bedtime Malts.


Pandangan dari atas penutup botol. Dikeluarkan oleh Carnation Company, Los Angeles, California. Entah bila ianya dikeluarkan tidak pula diketahui memandangkan tiada pula tercatat tarikh luputnya seperti kebanyakan produk makanan atau minuman yang lain. Juga tiada terdapat logo halal pada labelnya...


Carnation is a brand of food products. The brand was especially known for its evaporated milk product created in 1899, then called Carnation Sterilized Cream and later called Carnation Evaporated Milk. The brand has since been used for other related products including milk-flavoring mixes, flavored beverages, flavor syrups, hot cocoa mixes, instant breakfasts, corn flakes, and ice cream novelties. Nestle acquired the Carnation Company in 1985. - Wikipedia.

23 November, 2010

Glucolin Glucose-D


Sewaktu BR kanak-kanak dahulu sering juga dibawa emak untuk melawat orang sakit tidak kiralah sama ada saudara mara jauh atau dekat mahupun jiran-jiran bersebelahan.

Biasalah orang-orang dulu-dulu apabila sakit mana mahunya ke hospital, alasan yang biasa didengar ialah "takut" ataupun alasan yang lebih sadis lagi ialah "Biarlah.., kalau aku nak mati pun biarlah di rumah sendiri..." hu.. hu.. hu..

Biasanya pesakit akan terlantar di atas tilam bujang yang disediakan khas di satu sudut di dalam rumah lengkap dengan peralatan seperti termos air panas, gelas, ubat-ubatan, 'ketoq' (sejenis bekas ayan yang digunakan untuk meludah ataupun membuang air kecil) tuala dan sebagainya yang diletakkan di penjuru tilam. Tidak dilupakan juga tin Glucolin ini.


Pernah juga kehairanan dan tertanya-tanya apakah gunanya Glucolin ini dan bagaimanakah isinya dan rasanya? Mengapa ia selalu digunakan oleh orang sakit? Persoalan-persoalan tersebut terus tertinggal tanpa jawapan sehinggalah BR meningkat dewasa baharulah memahami apakah gunanya Glucolin ini...

High grade powdered medicinal glucose reinforced with "Ostelin" vitamin D and compounds of calcium and phosphorus. may be taken freely, in place of sugar, by children and adults. Glucolin supplies the most rapidly assimilable form of nourishment and energy. Under physician's instructions for feverish illnesses, acidosis, wasting illnesses, anorexia, cardiac disease, anaesthesia and surgical shock.


Glucolin supplies:

(a) Medicinal glucose, i.e., immediately available nourishment and energy.

(b) Calcium and phosphorus, i.e., nourishment and control for the nervous system.

(c) Vitamin D to ensure assimilation of these elements.


Glucolin may be taken in place of sugar or with any foods or drinks to which sugar is ordinarily added. Glucolin supplies the most rapidly assimilable form of nourishment and energy. It is a natural nutrient tonic.

Dosage: Debility and strain, malnutrition, anorexia, convalescence, one large dessert spoonful two or three times a day. Patients with acidosis, bilious attacks, febrile illness or cardiac disease may require larger quantities. Glucolin is not intended for injection.


Juga terdapat penerangan di dalam Bahasa Cina mengenai kegunaan Glucolin ini.


Pandangan dari atas, pada penutupnya tertulis nama pengeluarnya iaitu Glaxo.


For patients on a low fat ration, e.g., with acidosis, Glucolin makes good the components in which the diet is deficient.

Dibuat oleh Glaxo-Allenburys (Malaysia) Ltd., Petaling Jaya, Malaya. Entah tahun bila ianya dikeluarkan pun BR tak tahu...


Sedikit cerita mengenai gula:

Biasanya gula hanya dikaitkan dengan penyebab pelbagai jenis penyakit terutama diabetes. Namun tidak ramai yang mengetahui gula juga mempunyai manfaat tersendiri. Bukan dari segi penggunaan dalam makanan atau minuman, kerana jika terlebih kandungan, ia pasti memudaratkan.

Perlu diingat, gula tidak mengandungi vitamin, serat dan hanya mengandungi sejumlah kecil mineral.

Kandungan kalori pula cukup banyak, sekitar 394 kkal dalam 100 gram bahan. Boleh dikatakan gula langsung tiada nutrisi kerana semua bahan yang bernilai seperti vitamin, mineral dan sebagainya hilang selama proses penghasilan gula putih.

Dalam dunia kecantikan, penggunaan gula telah lama dipraktikkan masyarakat dahulu kala sebagai salah satu rawatan alami. Gula boleh diolah menjadi aneka produk kecantikan khususnya untuk melembutkan kulit. Dikatakan ia mengandungi zat pelembut yang mampu menghilangkan sel-sel kulit mati.

Masyarakat Romania misalnya menggunakan campuran madu, gula dan susu untuk merawat kulit. Caranya adalah dengan mencampurkan bahan tadi dan kemudian ia dilumur pada tubuh. Selepas kering ia disental lalu dibilas dengan air.

Wanita Mesir purba pula menggunakan campuran gula organik dan lemon untuk dijadikan penyental bagi mendapatkan kulit yang halus dan putih.

Dalam perubatan Cina pula, gula batu banyak dicampur dalam minuman herba yang baik untuk kesihatan. Ia dikatakan bermanfaat membantu membuang panas badan dan juga melegakan batuk serta kahak.

Cubalah sendiri, pasti anda menyedari manfaat gula dalam kehidupan sehari!

Sumber Artikel: Mingguan Malaysia 21.11.2010


22 November, 2010

Balang Tang Emboss


Seperti yang telah dijanjikan, hari ini BR akan mengumumkan jawapan dan pemenang bagi soalan teka-teki siri 5/2010 yang telah disiarkan pada 18.11.2010 yang lalu. (Sila rujuk: SINI).


Setelah ditutup jam 9.00 pagi ini, penyertaan yang diterima amatlah menggalakkan berdasarkan penambahan penyertaan berbanding dengan siri teka-teki yang dijalankan sebelumnya. Sebanyak 23 jawapan telah diterima dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah sudi mengambil bahagian.

Berikut ialah jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh para peserta:

1. Safinaz Hanum Ahmad Anuar - oren Tangs
2. SiNoMoSa - MILO
3. lan_ax - nescafe
4. Syazwana - nescafe
5. Nur Qistina - nescafe tutup kuning
6. ita cutevirus - oren sunquick
7. LayarLara - indocafe
8. Echam - Kopi tongkat ali
9. kaminobody - air sprite
10. kaminobody - horlick
11. kaminobody - milo
12. Noor Faezah Mazli - f&N
13. Ejen 010 - Sunquick
13. fairus - F & N
15. Nafisa81 - yogurt
16. Tengku Nizam - susu F & N
17. Insan Marhaen - Horlick
18. iza - penutup air minit F&N
19. ana ayesha - ovaltine
20. Solihin Zubir - vico
21. Ying Yi LR - coca-cola
22. ..:::purpleholet:::.. - This post has been removed by the author.
23. ..:::purpleholet:::.. - bekas susu f&n


Setelah diteliti oleh para juri dan juruodit bertauliah berdasarkan jawapan yang diberikan di atas, keputusan pemenangnya ialah: Safinaz Hanum Ahmad Anuar dengan jawapannya oren Tangs.

Meskipun ada penambahan huruf 's' pada jawapan sebenar iaitu Tang, namun para juri telah mengambil keputusan untuk menerima jawapan tersebut memandangkan jawapan tersebut adalah yang hampir tepat.

Kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dan yang tidak mengambil bahagian, cuba lagi di lain kali kerana ruangan teka-teki bersiri ini akan BR kemukakan dari semasa ke semasa. Untuk makluman, apalah sangat pada hadiah yang ditawarkan tetapi semuanya ini hanyalah untuk suka-suka dan untuk memeriahkan suasana berblog sahaja tanpa sebarang maksud yang tersurat mahupun tersirat...

Marilah sama-sama kita ikuti kisah balang oren TANG ini:


Setelah kita ikuti dengan jayanya kisah TANG, kali ini kita lihat pula balang TANG emboss yang BR perolehi ketika pulang ke kampung baru-baru ini. Kedua-dua balang TANG ini telah dijadikan pasu bunga dan diletakkan di luar rumah. Setelah dibelek-belek nyatalah ianya balang TANG yang entah tahun bila ianya dikeluarkan tetapi yang pastinya sudah tentu sebelum tahun 2002.


Memiliki rupa bentuk dan ketinggian (kira-kira 7 inci) yang seakan-akan sama antara kedua-duanya cuma yang membezakannya hanyalah tulisan TANG emboss yang terdapat pada setiap balang.


Tulisan TANG berlatar belakangkan kaca bergerutu lengkap dengan sukatan 1 liter.




Tulisan TANG berlatar belakangkan kaca licin.


Boleh juga dijadikan jag minuman yang tidak bertangkai seperti jag PYREX, cuma ianya tidak berpenutup. Tidak dapat dipastikan pula sama ada kehadiran balang-balang ini sememangnya berpenutup atau tidak.

Jenuh juga menyental untuk menghilangkan karat pada kedua-dua balang ini supaya nampak seperti baru, tetapi gagal kerana karat yang terhasil adalah terlalu degil untuk dihilangkan walaupun berbagai kaedah digunakan. Kepada pembaca yang mempunyai petua berguna untuk membersihkan bekas kaca seperti ini bolehlah memberi bantuan di sini.


Pandangan dari atas menunjukkan bentuknya yang cantik dan memiliki kualiti kaca yang tebal dan berkualiti.


21 November, 2010

Ramalanku Benar Belaka...


"Apa sudah jadi? Manakan isu halal dan haram ini boleh dibuat sorong-tarik... BR percaya bahawa tunggu dan bersabarlah di dalam masa yang terdekat ini maka akan adalah satu muka surat khas di akhbar-akhbar tempatan kenyataan daripada Syarikat pengeluar produk ini iaitu QBI Packaging Sdn. Bhd. yang akan menyatakan produk jenama QBB Pure Ghee akan kembali menjadi halal... He.. he.."


Itulah antara petikan yang pernah BR tulis pada posting yang lalu di bawah tajuk "Biskut Makmur Blues" bertarikh 08.09.2010. Hanya selepas 77 hari produk QBB ini dikatakan tidak halal, sekarang telah menjadi halal semula. Terima kasih JAKIM.


JAKIM: Minyak sapi QBB disahkan halal, tiada keraguan.

Produk Minyak Sapi QBB sekali lagi disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berikutan penyerahan Sijil Pengesahan Halal JAKIM di sini baru-baru ini.

Wakil QBB, Philip Cheng menerima Sijil Pengesahan Halal JAKIM daripada Saimah Mukhtar di Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Berlatar belakangkan pejabat JAKIM untuk lebih meyakinkan).


Sumber: Utusan Malaysia 12.11.2010.
(Sila klik untuk besarkan imej)


Pengarah Q.B.B. (Pte.) Ltd (Q.B.B.), Lim Peck Bin berkata: "Penyerahan Sijil JAKIM ini mengesahkan pendirian kami selama ini - produk Minyak Sapi QBB tidak mengandungi "unsur babi atau terbitannya" dan tidak perlu timbul sebarang keraguan tentang status Halal produk QBB ini."

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM, Saimah Mukhtar, pihaknya telah mendapat kerjasama pihak Q.B.B. untuk memeriksa semula status halalnya, produk minyak sapi ini dengan lebih terperinci.


Sumber: Berita Harian 04.09.2010.
(Sila klik untuk besarkan imej)


JAKIM telah menarik balik Sijil Pengesahan Halal (SPH) QBB pada 26 Ogos 2010, berikutan tuduhan bahawa produk berkenaan mengandungi unsur babi. Lanjutan itu, JAKIM telah melakukan penyiasatan sejak awal tahun 2010. Berdasarkan laporan analisis terbaharu Jabatan Kimia, JAKIM menerima pengesahan bahawa unsur babi atau terbitannya tidak dikesan di dalam produk berkenaan.

Menurut Lim, tuduhan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggung jawab, telah mengelirukan para pengguna dan memberi persepsi negatif terhadap produk QBB.


Tarik balik SPH bulan Ogos 2010, siasatan telah dilakukan sejak awal 2010, November 2010 halal semula.. He.. he..


Isu halal haram ini tidak boleh dipandang ringan dan secara logiknya mana mungkin sebuah syarikat yang telah tersohor dengan produknya boleh menghentikan pengeluarannya semata-mata kerana isu halal haram ini.

Sebelum ini pun memang telah banyak produk seperti ubat gigi, makanan segera, roti dan sebagainya yang telah ditarik balik dan diberikan semula status halalnya oleh JAKIM.

Apa komen Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang suatu ketika dahulu telah menggesa penarikan balik semua produk ini di pasaran serta meminta syarikat terbabit memberikan kerjasama dalam memastikan semua produk mereka ditarik balik dari pasaran...

Selepas ini wajarlah diminta supaya para pengguna agar jangan panik dan hanya menunggu dengan sedikit kesabaran kerana pengumuman halal semula pastinya akan diumumkan semula oleh JAKIM.


Moral Value:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)


*Terima kasih kepada sdr Rizal yang telah membuat pembetulan mengenai gambar yang telah disiarkan pada posting tersebut.


20 November, 2010

Postcard St. John's Town of Dalry


St John's Town of Dalry may hold the record for the Scottish place name containing the largest number of words. It is sometimes referred to as just Dalry for short, but this invites confusion with the town of Dalry in North Ayrshire.


St. John's Town of Dalry.





19 November, 2010

Botol Glucolin Koolers


"KOOLERS" adalah minuman glukosa buah-buahan Tropika yang enak. Ia mengandungi glukosa untuk tenaga dan jus buah-buahan campuran asli dengan Vitamin C tambahan. Keluaran GLUCOLIN Glucose dan merupakan bes minuman seperti Ribena tetapi tidaklah sepopular Ribena walaupun dengan meminumnya kita boleh mendapatkan tenaga yang 'cool'... He.. he..


"KOOLERS" perlu dicairkan sebelum diminum. Ia sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas dan juga orang dewasa.


Bahan-bahan:

Sukrosa, Sirap Berfruktosa Tinggi, campuran jus buah Oren, Markisah, Mangga dan Pic, Sirap Glukosa, perisa asli, perapi makanan, asid sitrik, bahan-bahan penstabil, pewarna asli, Vitamin C (30mg/100ml) dan pengawet yang dibenarkan. Pada labelnya juga jelas tertulis "No artificial colour or flavour."


Peraturan menggunakan:

Bagi setiap penyediaan 240ml - Campurkan 1 bahagian "KOOLERS" dengan lima bahagian air. Untuk mendapatkan tenaga tambahan, anda disyorkan meminum 240ml sebanyak 3 kali sehari (bersamaan 330 kkal).


Botol ini berketinggian kira-kira 27 cm, penutup atasnya telah diseal dengan lapisan kertas aluminium untuk menjamin kualitinya. Barangan ini mengandungi jus buah semulajadi dan kandungan semulajadinya mungkin mendap. Goncang sebelum guna. Sila simpan di tempat sejuk setelah dibuka. Sebaik-baiknya, gunakan dalam tempoh 30 hari.


Terdapat juga perkataan "GLUCOLIN" pada penutup botol serta anak panah sebagai panduan membuka botol.


Pada bontot botol juga terdapat perkataan "GLUCOLIN" emboss.


Dibuat untuk The Boots Company (F.E.) Pte. Ltd., Petaling Jaya, Selangor. Tarikh luput yang jelas kelihatan ialah pada 18 September 1997 iaitu kira-kira 13 tahun yang lalu. Tidak pastilah pula sama ada produk ini masih lagi berada di pasaran kerana telah lama jugalah kiranya tiada terlihat di pandangan mata...


Moral Value: Kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan makanan anda.