Jag yang akan ditunjukkan ini adalah jag biasa sahaja. Tetapi kewujudannya semenjak aku kecil lagi. Memang sudah tidak digunakan lagi tetapi keadaannya masih elok.
Ada gambar limau menghiasi sekeliling jag. Mungkin hanya sesuai untuk diisi dengan jus oren. Kalau diisi dengan jus epal tentu tidak bersesuaian dengan temanya. He.. he..
Tudungnya diperbuat daripada plastik dan semasa hendak menuang air, tudungnya terpaksa dibuka kerana tiada corong atau laluan untuk air keluar.
0 Any comments?:
Post a Comment