Biskut makmur atau lebih dikenali sebagai kuih Arab merupakan kuih kegemaran BR semenjak kecil lagi. Memang meleleh air liur dibuatnya jika sebut saja Biskut Makmur ini.

"Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan."


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan untuk kuih raya hari ini:
Resepi Biskut Makmur @ Kuih Arab
Bahan-bahannya:
1 kati tepung gandum
1 biji telur
½ tin minyak sapi (pastikan yang halal...)
½ kati kacang tanah
½ kati gula
½ cawan gula kastard
Cara Membuatnya:
Cairkan minyak sapi. Kemudian sejukkan. Ayak tepung gandum. Masukkan minyak sapi ke dalam tepung dan gaul rata.
Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan tepung, ulilah hingga sebati. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar campurkan dengan gula.
Adunan tepung tadi digelek dan diterap ikut suka hati bentuknya. Isikan kacang ke dalamnya, kemudian disepit atas dan tepinya lalu dibakar hingga kuning dan taburkan di atasnya dengan gula kastard.
Selamat mencuba!
4 Any comments?:
Huhu~ Memang sedap. tapi yang tak sedapnya bila menggele kuih tu menjadi bulat sorang2. hehe. Saya tak guna minyak sapi. Sebab tak suka baunya. JAdik ganti ama minyak masak~ hehee.
mama saya buat kuih ni gune planta..sbb die xmakan minyak sapi~ she makes it into green color..bentuk daun..sebijik macam daun la! n still sgt sedap! hehe
salam, blog yg menarik, mengembalikan nostalgia lama nih...
rasanya yg tin kat atas tu bukan QBB punye, tu Cow Brand, memang halal sebab dibuat daripada minyak sawit...
bakal nyobain bikin resep biskut makmur
Post a Comment