30 December, 2010

Porsche Boxster S


PORSCHE BOXSTER S

Niat di hati memang sudah lama ingin memiliki Porsche, tetapi apakan daya... tak mampu.


Diperolehi sebagai hadiah dengan membeli minyak enjin Mobil 1 suatu ketika dahulu.


Nampak garang seperti Porsche sebenar, sesuai untuk memandu petang-petang sambil makan angin.


Pintu dan bonet hadapan boleh dibuka.


Pandangan dari atas.


Pandangan hadapan.


Seolah-olah sedang berkata-kata (Macam filem 'Cars').


Agak-agaknya bila lah boleh memandu Porsche? Berangan saja boleh kot... He.. he..


Untuk maklumat lanjut silalah ke:

29 December, 2010

Ngangkung... Siapa Yang Kena?


Bertujuan hanya sebagai info, di sini BR paparkan sekeping tiket nombor ekor (Magnum 4D) di mana tarikh cabutannya ialah pada hari Khamis 17.04.1986 iaitu kira-kira 24 tahun yang lalu.

Tiket seperti ini memang tidak asing lagi kepada mereka yang 'kaki nombor' dan semoga ianya akan mengembalikan semula nostalgia kepada mereka sama ada yang telah insaf atau pun yang belum insaf... He.. he..


(Sila klik untuk besarkan imej)


4-D Numbers Forecast ini dikeluarkan oleh Magnum Corporation Berhad dan All prizes guaranteed in full.


Pada waktu itu penggunaan komputer masih belum meluas dan tulisan manual telah digunakan berbeza dengan sekarang di mana tiket nombor ekor adalah cetakan komputer sepenuhnya.

Nombor yang dipilih ialah 7491 bernilai RM5 (Kecil). Jelas kelihatan pada tiket tersebut ialah investment ialah RM4.75 manakala Gaming Tax (Dibayar kepada siapa Gaming Tax ini?) ialah RM0.25. Tiket ini adalah untuk siri cabutan yang ke-46 pada tahun tersebut.


Moral Value: Judi Adalah Haram Di Sisi Islam.


28 December, 2010

Gelas Sunkist Juice


Gelas Sunkist Juice ini memang cantik (pandangan peribadi) kerana memiliki kaca kelabu yang tebal dan berkualiti. Umum mengetahui bahawa Sunkist adalah cukup sinonim dengan buah oren tetapi di mana buah orennya?


Lebih menarik apabila buah orennya rupa-rupanya terletak di bahagian bontot gelas di mana akan jelas kelihatan sewaktu menunggang gelas untuk meminum airnya terutamanya pada titisan-titisan terakhir.


Untuk itu, gelas ini rasanya hanyalah sesuai digunakan untuk menikmati air oren sahaja kerana jika dibuat minum Milo, kopi atau teh, tentu sekali tidak besesuaian dengan temanya. He.. he..


Pandangan lebih dekat gambar buah orennya yang manis lagi bersari menambahkan lagi keinginan untuk menikmatinya airnya.


27 December, 2010

Tabung Affin Bank


Tabung Affin Bank ini adalah pemberian daripada seorang rakan yang bekerja di Affin Bank. Temanya yang menarik iaitu menabung untuk pelajaran amat sesuai untuk kanak-kanak sebagai langkah awal untuk melatih dan menggalakkan mereka menabung untuk masa depan.


Memang comel dengan bentuk globe yang sedang memakai topi ijazah sambil sebelah tangan memegang sekeping duit syiling manakala sebelah lagi sedang memegang segulung ijazah.

Berbagai tafsiran positif yang boleh dibuat berdasarkan bentuk tabung ini mengenai kepentingan menabung semenjak kecil.


Affin Tiny Tycoon Exclusively for the young tertulis pada kaki atau tapak tabung.


Globe yang menunjukkan beberapa negara yang terdapat di dunia amat sesuai sebagai pengetahuan asas untuk kanak-kanak mengenal dunia.


Nama-nama negara yang tertulis pada badan tabung.


Lubang untuk mengisi syiling terdapat di bahagian atas iaitu pada topi ijazahnya. Lubang ini mempunyai keluasan yang sesuai untuk memasukkan sebarang saiz syiling.


Seperti biasa, lubang 'kecemasan' atau lubang 'talian hayat' terletak di bahagian bawah tabung. He.. he..


Moral Value: Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...


26 December, 2010

Hari Tanpa Plastik 2011


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melaksanakan kempen Hari Tanpa Plastik di seluruh negara bermula Januari depan.


Sumber: Mingguan Malaysia 17.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, langkah itu bertujuan menyelaraskan kempen tersebut yang kini dilaksanakan di pasar raya besar dengan pilihan hari berlainan.

"Kami setakat ini belum menetapkan hari apa tetapi kalau boleh kempen tanpa beg plastik ini dibuat pada hari paling ramai orang keluar membeli-belah"

"Apabila rakyat di negara ini telah mempunyai kesedaran dengan baik, kementerian pasti akan menambah hari lain sebagai hari tanpa plastik sebagai usaha memelihara alam sekitar," katanya.


Marilah kita beramai-ramai kembali menggunakan beg ini: Maya Karin


Moral Value: Hargailah alam sekitar. Tutup sahaja kilang plastik. He.. he..


25 December, 2010

Poskad The Needles and Alum Bay Chair Lift


The Needles Park Chairlift continues to be a firm favourite with visitors and the best way to see the Isle of Wight’s most famous landmark.


The Needles and Alum Bay Chair Lift viewed from the Alum Bay Pleasure Park. Ride in one of the 50 chairs from the top of the cliff to Alum Bay Beach and back. The views are truly spectacular from the picturesque Needles Rocks and Lighthouse to the multi-coloured sand cliffs.

Also look out for the marvellous turquoise colour of the sea.

Maklumat lanjut mengenai Alum Bay Chair Lift: The Needles Park


24 December, 2010

Terrapin ...Ada lagi!


Terrapin yang comel ini BR perolehi di sebuah kedai di Butterworth kerana tertarik dengan ke'comel'an rekabentuknya. Harganya tidaklah mahal sangat tetapi yang menarik minat ialah pembuatannya yang agak detail menyerupai seekor terrapin.


Bolehlah menjadi teman TERRAPIN yang telah sekian lama BR pelihara itu.


Dibuat daripada bahan tembikar seperti tanah liat.


Rupa-rupanya ia adalah bekas abu rokok yang dibuat seperti seekor terrapin.


Sesuai untuk perokok kerana cengkerang terrapin ini boleh dijadikan penutup supaya abu rokok tidak berterabur ditiup angin di mana persekitaran tempat merokok akan lebih bersih?


Moral Value: Merokok Membahayakan Kesihatan.

23 December, 2010

Pemadam Pensel Bendera


Di zaman kanak-kanak dahulu kalau boleh semua benda BR hendak kumpul sebagai hobi, terutamanya benda-benda yang mempunyai kaitan dengan kegunaan harian. Salah satunya ialah pemadam pensel bendera ini.


Pemadam seperti ini pernah menjadi kegilaan kanak-kanak sebagai koleksi selain boleh dijadikan permainan 'golek-golek pemadam' He.. he..


Tidak banyak negara-negara yang sempat dikumpul, antara yang ada ialah Switzerland, Peru, Korea, United Nations, Mali, United States, Belgium, Jamaica, China, Spain, Denmark, Singapore, Netherlands, Nigeria, Bulgaria, Hungary, Jordan, Thailand, Italy, Australia dan sebagainya.

22 December, 2010

Deluxe Western Round Canteen


Bekas air cowboy Deluxe Western Round Canteen atau dipanggil juga OASIS Canteens ini selalu BR gunakan semasa pergi memancing. Sengaja dipaparkan di sini memandangkan bentuknya yang unik dan berbeza dari bekas air biasa.


Dibeli di sebuah kedai pancing sekitar tahun 2005 dan mungkin hendak dijadikan rezeki kerana hanya satu ini sahaja yang tinggal ketika itu.


Setakat digunakan selama ini sememangnya tidak pernah mendatangkan sebarang masalah berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan mengenai bekas air ini:

Extremely durable, injection molded, virgin polyethylene bottle will not break if dropped.

Small, smooth, clean neck for easy, safe drinking eliminates spilling.

Leakproof, chain-attached cap assures proper seal.

Non-toxic, it carries water and other beverages safely, keeping them hot or cold.

Can be placed in the refrigerator 1/3 to 3/4 full of water, frozen, then filled with tap water so the water remains cold most of the day.

Strong, polypropylene mildew-resistant carrying strap, with riveted ends, converts from a regular carrying strap to a strap that can be used backpack style.

Special galvanized steel band prevents cover from pulling out.

Steel D-RING web-loop to provide longer strap wear for greater strength.

Extra wide carrying strap for additional comfort.


Dan yang paling menariknya ialah "Guaranteed For Life Against Leakage Under Normal Use" He.. he..


Buatan U.S.A. tu Pak Long Din...

M.E. Shaw & Sons has been manufacturing OASIS canteens since 1915, earning a sterling reputation as pioneers in the design and engineering of exceptionally strong, completely reliable liquid-carrying equipment that can be depended upon to perform under all conditions and in any emergency.

As part of the OASIS line, this canteen has been tested to military standards, meets goverment and forestry specs and F.D.A. approved.


Isian 2qt dan dikeluarkan oleh M.E. Shaw & Sons, Los Angeles dan dibuat serta dijamin oleh E-Z sales & Mfg. Inc, Gardena, CA.


Bekas air ini memang istimewa kerana telah dibalut dengan 'Western Striped Blanket' sama seperti bekas-bekas air yang selalunya dibawa oleh cowboys seperti yang biasa kita saksikan di dalam TV atau filem.


Bekas air ini juga boleh diisikan dengan air panas atau air sejuk dan memang tahan lasak. Amat sesuai digunakan oleh 'Kembara Di Tanah Gersang'... He.. he..

21 December, 2010

Batu Perenggan


Posting kali ini agak simple sahaja tetapi BR rasa amat berguna sebagai info asas mengenai pemilikan tanah. Kisahnya ialah mengenai 'Batu Tanda', 'Batu Perenggan' atau dipanggil juga 'Batu Sempadan' yang telah dilihat secara tidak sengaja ketika berkunjung di rumah Abang Ngah di kampung Cherok To' Kun, Bukit Mertajam baru-baru ini.

Kepada anak-anak, adik-adik dan mungkin juga abang-abang yang tinggal di bandar, tentunya tidak pernah melihat atau mengenali batu ini kerana setakat ini belum pernah lagilah batu ini kelihatan di bandar... He.. he..


Fungsinya ialah sebagai penanda keluasan sempadan sesuatu hak milik tanah individu yang telah diukur seperti yang tercatat di dalam geran tanah.


Biasanya agak susah untuk bertemu dengan batu sempadan ini memandangkan kedudukannya selalu berada di dalam semak samun kerana tidak begitu dipedulikan kewujudannya. Batu ini juga boleh diperolehi dalam beberapa bentuk seperti bulat atau empat segi seperti yang dipaparkan ini.

Untuk maklumat lanjut bolehlah dirujuk kepada mana-mana Pejabat Tanah dan Galian berhampiran. He.. he..

20 December, 2010

Chuo Kian Aerated Water


Bagi memeriahkan lagi dunia koleksi botol-botol soda, BR paparkan sebiji botol aerated water Chuo Kian yang telah diperolehi di Ipoh tidak berapa lama dahulu.


Rasanya produk ini masih baru dan mungkin dikeluarkan di tahun 1990-an atau 2000-an untuk pasaran tempatan di Sarawak. Mungkin sama seperti jenama KEKO yang setakat ini hanya boleh ditemui di pasaran utara Semenanjung.


Begitu jauh botol ini 'merantau' iaitu dari Chuo Kian Aerated Water Co. Sdn. Bhd., Sibu, Sarawak, Malaysia untuk tiba di Semenanjung.


Jenama Chuo Kian yang ditulis cantik seperti ribbon Coca-Cola.


Tulisan Cina yang mungkin membawa maksud yang sama seperti di atas.


Botol berkaca jernih ini mempunyai isian 285ml iaitu isian standard bagi kebanyakan jenama minuman.

19 December, 2010

Kisah Seludup...


Segmen Pertama: Bukit Aman siasat heroin dalam pintu.

SHAH ALAM: Jabatan Narkotik Bukit Aman sudah menghubungi pihak berkuasa Australia dalam usaha menyiasat bagaimana dadah jenis heroin bernilai RM1.2 bilion yang dirampas pihak berkuasa negara itu, berjaya diseludup keluar dari negara ini.


Sumber: Berita Harian 2.11.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata beliau sudah mengarahkan jabatan itu berbuat demikian dan mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa Australia.

"Kita mahu mencari bagaimana benda ini (dadah berkenaan) boleh dibawa. Kita berhubung terus dengan polis Australia mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita ketika menghadiri sambutan Hari Deepavali di sini, semalam.

Pada 21 Oktober lalu, polis Australia merampas heroin seberat 168 kilogram (kg) yang disembunyikan dalam daun pintu dibawa di dalam sebuah kontena yang dihantar dari Malaysia ke Sydney.

Agensi berita AFP melaporkan percubaan menyeludup dadah berkenaan berjaya dipatahkan pihak berkuasa Australia pada 21 Oktober lalu, selepas pegawai Kastam Australia yang mengimbas 295 daun pintu menemui 230 bungkusan dadah disorokkan di sebalik papan lapis yang dipasang pada daun pintu berkenaan.



Segmen Kedua: 10 ditahan cuba seludup mercun, senjata ke stadium.

ALOR SETAR: Polis menahan 10 lelaki termasuk lima pelajar kerana membawa masuk pelbagai jenis mercun dan bunga api, air daun ketum dan senjata berbahaya ke Stadium Darulaman ketika perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara pasukan Kedah menentang Kelantan malam kelmarin.


Sumber: Berita Harian 22.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab, berkata seorang daripada lima yang ditahan adalah penuntut sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, manakala empat lagi adalah pelajar sekolah menengah di Kedah.

"Kita buat pemeriksaan badan termasuk beg yang dibawa penyokong dan hasilnya kita menemui pelbagai jenis barangan larangan yang menyalahi undang-undang, selain ia juga boleh mencetuskan kekacauan jika tidak dibendung lebih awal."

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan letupan 1957 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya pada sidang media di Stadium Darulaman, di sini, malam kelmarin.

Abd Ghafar berkata, polis menempatkan 1,000 anggota untuk mengawasi penyokong daripada melakukan tindakan menyalahi undang-undang.

Sementara itu, pengawasan dan pemeriksaan ketat polis tidak dapat mengawal sepenuhnya kemasukan bahan larangan itu ke stadium apabila lebih 10 letupan mercun dikesan daripada arah penyokong Kedah, dipercayai akibat kecewa dengan prestasi pasukan mereka yang hanya mampu seri tanpa jaringan di gelanggang sendiri.

Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi apabila perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri.



BR pun minat bola juga tetapi bukanlah sebagai kaki bola tegar. Saat yang paling menyeronokkan ialah apabila bola membolosi pintu gol, si penjaga golnya tentunya berkelakuan seperti orang yang kehairanan atau dalam bahasa mudahnya "Buat-buat hairan" lalu memarahi rakan-rakannya yang lain. He.. he..


18 December, 2010

Poskad The River Dochart at Killin, Scotland


Killin, often called the "Gateway to the Highlands", sits in the shadow of Ben Lawers (3,983 ft.), one of Scotland’s highest mountains.


Located at the western end of beautiful, 15-mile-long Loch Tay where the Rivers Dochart and Lochay enter the lake, Killin is blessed with a beautiful setting, straddling a waterfall and surrounded by the Highlands.


Killin is an easy day trip drive from Scotland’s east and west coasts (St. Andrews to the east, and the Inner Hebrides Islands to the west), as well as the cities of Glasgow and Edinburgh (each 66 miles by car). Even Inverness, the Isle of Skye, and all of the Highlands in between are within longer day-trip distance, making this tidy village an ideal center for travel in Scotland.

Maklumat lanjut mengenai The River Dochart: Home At First Vacations


17 December, 2010

Cadbury's Hazel Nuts


Kali ini kita ikuti pula kisah tin Cadbury's Hazel Nuts ini yang telah disimpan sejak sekian lama semenjak dari tahun 1981 iaitu kira-kira 29 tahun yang lalu. Sebenarnya coklat Cadbury's Hazel Nuts ini telah dihadiahkan oleh seorang kenalan sempena sambutan hari lahir. Sebagai mengenang pemberiannya itu maka tin ini BR simpan setelah isinya telah habis dimakan. He..he..


Pada waktu itu memang cukup berbangga sekiranya dapat menikmati coklat di dalam tin seperti ini...


Coklat susu berisi kacang hazel yang beratnya setengah kilo (500g), memang puas makan.


Keluaran Cadbury's, pengeluar coklat yang tersohor...


Plastik mengelembung pelapik coklatnya pun masih ada, cukup seronok jika dipicit-picit dan boleh mengeluarkan bunyi meletup.


Ramuan: Coklat Susu, Kacang Hazel, Sadur Makanan?

Coklat Susu: Pepejal Susu 20% Minima.


Tin ini agak buruk sedikit dimamah usia.


Amat sesuai untuk diisikan dengan barangan jahitan bagi suri-suri rumah.


Diperbuat di bawah kuasa dari Cadbury Limited, Bournville, England oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd., Jalan Perbadanan , Shah Alam, Malaysia.


Sekian, terima kasih... He.. he..