06 August, 2010

My Pet Terrapin


Setiap daripada kita tentunya pernah memiliki atau memelihara haiwan kesayangan. Binatang tradisional yang paling popular sekali sudah tentulah kucing, monyet atau burung. Bagi yang moden sedikit akan memelihara hamster atau iguana. BR pula lebih senang memilih terrapin sebagai haiwan peliharaan. Pada mulanya memang tiada masalah tetapi apabila ia sudah membesar barulah tahu yang memelihara terrapin ini memerlukan kerajinan yang tinggi terutama untuk membersihkan aquariumnya yang akan berbau jika tidak dicuci. Selera makan terrapin inipun semakin kuat.


Lubang hidungmu menjadi pujaan hatiku... Memang ada cadangan untuk membebaskannya sahaja tetapi hendak dilepaskan di mana? Bimbang juga ia tidak dapat menyesuaikan diri di alam baru memandangkan ia telah dipelihara dan diberi makan semenjak kecil.


Terapin dari jenis Red Eared Slider (RES) ini telah dipelihara sejak 7 tahun yang lalu dan masa mula dibeli besarnya hanyalah besar sedikit daripada sekeping syiling 50 sen. Dibeli sepasang (dua ekor) dengan harga RM7.50 seekor, tetapi malangnya pasangannya telah mati terbunuh semasa di dalam aquarium.


Sampai sekarang bila bertanyakan kepada anak-anak, tiada siapapun yang mengaku melakukannya... Mungkin 'si pembunuh' itu geram apabila melihatkan kepala terrapin ini yang boleh keluar-masuk ke dalam cengkerangnya.


Lihatlah saiznya yang semakin membesar sekarang, Buat sup pun sodap!!!



Inilah makanan kegemarannya iaitu pellet yang berharga RM30 sebalang. Sehari cuma diberi makan hanya sesudu supaya tumbesarannya dapat dikawal. Untuk pengetahuan, terrapin ini memang kuat makan. Semacam telah dirancang, apabila tiba sahaja waktu maghrib ia akan meronta-ronta di dalam aquariumnya menandakan waktu makannya telah tiba. Begitu juga jika BR pulang dari kerja, sebaik sahaja membuka pintu rumah, terrapin ini akan meronta-ronta sebagai tanda ucapan selamat pulang...


Terrapin ini juga telah dikenalpasti sebagai suku-sakat dinosour kerana menurut sejarah, ianya telah wujud sejak 215 juta tahun dahulu. Apabila ada kelapangan BR belek-belek juga kulitnya ini kalau-kalau terdapat tulisan, nombor atau figura-figura tertentu yang kononnya boleh membawa tuah... He.. he..


Kepalanya yang boleh dikeluar-masuk apabila berasa dirinya terancam. (Dilihat bukan dari sudut kelucahan he.. he..). Mengikut fakta, terrapin boleh hidup sehingga 30 tahun. Terrapin ini memang jenis yang pengotor apabila dewasa dan aquariumnya perlu dicuci selalu untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.


Terrapin ini memang garang dan selalu cuba menggigit dengan cara 'mematuk'. Walaupun ianya tiada gigi, tahap kesakitan akibat digigit terrapin belum pernah lagi BR ketahui kerana belum pernah lagi digigit olehnya. Kepada pembaca yang pernah digigit oleh kura-kura bolehlah berkongsi pengalamannya disini. Awas! kerana menurut kata orang tua-tua, apabila digigit kura-kura, gigitan itu tidak akan dilepaskan sehinggalah terdengarnya bunyi guruh di langit. Jadi jangan cuba bermain dengan kura-kura di musim kemarau...



Sebut tentang kura-kura, ada satu kisah di mana seorang pejalan kaki telah patah kakinya akibat terkena seekor kura-kura yang melantun dari jalanraya akibat dilanggar oleh sebuah kereta. Moral of the story: Kemalangan boleh berlaku dengan berbagai cara...


10 Any comments?:

eMMe said...

aa'ah me penah bela kenkura dari sebesar 50 sen hingga la sebesar pinggan makan (tapi kecik skit la..) lalu me n adik2 lepaskan kat Tasik Putrjaaya...taktau la, skrg ni dia dah besar mane, atau mati? tapi kenkura hayat dia panjang kan...wallahualam...

Mrs Kelly Walther said...

Salam
saya pun baru je beli kura2...tak tahu lah sama jenis ke tidak...tapi memang leceh nak menjaganya...lambat cuci aquarium je, mesti bau busuk...saya pun ada 1 pair tapi memang seronok tengok gelagat kura2 ni...kelakar pun ada...

sonata anak kancil said...

best jugak yer ade kura2 ni...saya banyak kucing !

Belantara Indonesia said...

jadi inget kiki kura-kuraku di kamar....sedang apa dia ya?..hehehhehehe

Pinky Pixie said...

saya pun bela spasang. mati seekor..
nak kawan dgn terrapin kamu.. hehe

sorensen said...

comel la.. geram plak tengok..

Hotcakes said...

i dont understand the writings. but i love the pictures of the turtle!: D <3

iaryylr said...

Bro, saya pun pernah bela dulu, tapi tidak pasti spesis mana tapi macam tuntung. Yang syoknya masa kadang kala beri makan, mangga , betik pun dia sapu,boleh kasi suap, dalam akuarium letak batu, kayu seperti pulau atas air, nanti dia lepak-lepak intai-intai orang, tetapi sudah terlepas entah bagaimana.

Rasli Jaafar said...

ha ha jaga2 nanti kena curi...ramai kaki Ekor kat luar tu...

azira amin said...

salam..saye baru jew bela kure2,hehe..nie pun kawan yag punye,die suruh jage..sbb diA mls nak bersihkan akuarium tuh,penat!!!HAHA..saye penah kene gigit dgn kure2 nie,perghhhh!!!xbole nak bayangkan saket die,haha..ingat xsaket bub tgk die xd gigitkan..berdarah tuh!!HUHU :(
kure2 gigit xla saket sgt mcm kene gigit semut jew..tapi nak hilang saket die tuh 2 3 hari jugak lah,haha..lepas nie xmo jage dah,haha..nak suruh mmbe ambik balek,huhu..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'