17 July, 2010

Beg Kertas Maya Karin


Kempen 'Anti Beg Plastik' yang dilakukan oleh Maya Karin perlu diberikan sokongan seandainya kita sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar dari tercemar oleh bahan-bahan plastik atau pollyethene ini. Umum mengetahui bahawa beg plastik memakan masa yang sangat lama untuk dilupuskan sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Banyak negara yang telah mengharamkan penggunaan beg plastik ini sebaliknya digantikan oleh karung kertas untuk mengisi barang belian.


Untuk pengetahuan, sebelum Maya Karin dilahirkan lagi (Maya Karin dilahirkan pada 29 Oktober 1979), penggunaan beg-beg kertas ini telahpun lama digunakan di negara ini sebelum datangnya beg-beg plastik seperti sekarang. Berikut ialah contoh beg-beg kertas bertangkai benang merah putih yang cukup popular suatu ketika dahulu.



Beg kertas daripada Alor Setar Supermarket Sdn. Bhd. beralamat di No. 68, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah. Supermarket ini adalah di antara supermarket yang paling popular di Alor Setar pada waktu itu di samping Lucky Supermarket dan Kedah Supermarket.


Beg kertas daripada Emporium Melaka yang beralamat di 1st, 2nd & 3rd floor, 124 Jalan Bunga Raya, Melaka. Nombor telefonnya pun masih lagi menggunakan empat angka. Kepada orang Melaka bolehlah memberikan info emporium ini masih wujud lagi atau tidak.



Cetakan di bahagian sebelah lagi beg kertas Emporium Melaka dalam tulisan Cina.


Ini pula beg kertas daripada kilang Hock Aun Confectionery & Coffee Powder Manufactory beralamat di Nos 88 - 90, Denison Road, Teluk Anson, Perak. Untuk makluman Teluk Anson adalah nama lama bagi Teluk Intan sekarang. Kilang ini juga menggunakan nombor telefon tiga angka sahaja pada waktu itu.


Cetakan pada sebelah beg adalah sama cuma warnanya sahaja yang ditukarkan kepada warna hijau. Beg kertas seperti ini juga boleh digunakan untuk mengaji quran pada waktu dulu.


Ini pula ialah beg kertas daripada Syarikat Tong Seng yang beralamat di Guan Fong Yen Restaurant, No. 112, Jalan Bunga Raya, Melaka. Sebuah syarikat yang popular di dalam pengeluaran produk manisan seperti gula melaka, dodol dan jem di Melaka pada waktu itu.


Di bahagian sebelah beg mengiklankan produk dodol melaka yang berharga $1.60 sebungkus pada waktu itu. Masih lagi menggunakan nombor telefon empat digit.


Kelemahan penggunaan beg kertas ini ialah ianya tidak tahan hujan atau basah. Kos pengeluarannya yang lebih tinggi daripada beg plastik menyebabkan penggunaannya telahpun dihentikan. Namun begitu, kepada mereka yang pernah menggunakan beg kertas ini pastinya akan bernostalgia apabila melihatnya kembali...


Kesimpulannya, penggunaan beg plastik dan beg kertas ini adalah sama sahaja jika kita mengkaji dari sudut kesannya kepada alam sekitar. Perkara yang paling penting sebagai manusia ialah kesedaran dan tanggung jawab menjaga alam sekitar kita sendiri. Jangan buang sampah seperti plastik dan kertas di merata-rata tempat.


9 Any comments?:

Skype Crew said...

wah...ak xpenah tau pn ade beg kertas camtu dulu. hu3...

dah ler no tepon 4 digit...nostalgia btlla...

iaryylr said...

Blues Riders, Beg kertas yang cun-cun ... menarik , sesuai dijadikan contoh era itu atau rujukan.

khalidahmacambaguss~O_o said...

menarik...bab yg emporium melaka tu rasanya dah lama tak wujud dah....nti saye cek balik eh...tp memang x da la....;p

amira said...

sokong~~ cintailah alam sekitar!

kakrose said...

cayala BR..
acik sokong..kena cintai alam sekitar.
zaman acik kecik2 dulu..kalau belanja kt kedai runcit,guna kertas surat khabar cina..di bentuk jadi kon.pastu di ikat dgn tali pisang..

Che Armster said...

daripada post ini.. cuma satu je aku boleh kaitkan dengan hidup aku - perkataan emporium (kecik2 dulu xkira the store ke fajar ke parkson ke suma aku bantai emporium hahaha) yang lain sumer aku tak penah nampak.. thx for sharing

Cheqna said...

dulu2 lagi canggih..hehe..

sokong tp kadang tak ada pilihan :-(

Qaseh said...

semalam x perasan yg ni....
sbb kalau beg kertas ni en aim wat bungkos dian hehehhe...
pasal emporium ni...saya x berapa pasti le tok...tapi ade tanye kawan mungkin Emporium Melaka ni sekarang dah jadi pasaraya Khelass...
kat Kg Jawa...kira area Bunga Raya le tu...

http://belguzar anne.blogspot.com said...

merhaba sevg─▒ler

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'