14 May, 2011

Buku Sejarah Malaysia Darjah Enam


Entri ini sebenarnya telahpun dipaparkan pada 12.05.2011 yang lalu tetapi oleh kerana entah apa yang telah berlaku kepada Blogger baru-baru ini, kesannya ialah posting ini termasuklah dengan komen-komen yang dikemukakan oleh pembaca telah 'hilang' daripada blog ini secara tiba-tiba. Hairan memanglah hairan tetapi tidaklah menghairankan sangat kerana biasalah apabila menggunakan perkhidmatan yang percuma ini.

Tetapi mujurlah cuma satu post sahaja yang hilang, kalau semuanya hilang, memang nak kena terminate dah blog ni. Walau bagaimanapun mujur lagi sekali di mana BR sempat membuat backup bagi setiap post, cuma yang tidak boleh diselamatkan ialah komen-komen pembaca yang telah hilang.

Kepada pembaca yang ingin membuat komen semula dan komen daripada pembaca baharu amatlah dialu-alukan. Oleh itu marilah kita ikuti semula ulang tayang kisah Buku Sejarah Malaysia Darjah Enam ini. Sebarang kesulitan amatlah dikesali...

Setelah kita mengikuti kisah buku teks Sejarah Malaysia Darjah Empat, kali ini marilah sama-sama kita ikuti pula kisah buku teks Sejarah Malaysia Darjah Enam yang pernah kita gunakan semasa di darjah 6 suatu masa dahulu. (Sila klik untuk besarkan setiap imej).


Kulit hadapan buku yang menunjukkan gambaran pelukis mengenai sebuah bangunan hospital atau sekolah yang memiliki ciri-ciri reka bentuk moden.


Pada kulit belakang buku pula yang membawa gambaran pelukis mengenai permodenan sistem jalan raya dengan gambaran seperti sebuah lebuh raya seperti yang dapat kita lihat sekarang. Jelas sekali bilangan kenderaan di atas jalan raya tidaklah sesibuk pada hari ini.


Diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka 1984. Hakcipta oleh Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim dan Muhd. Yusof bin Ibrahim 1979. (Penulis-penulis ini merupakan sejarawan negara yang terkenal sehingga ke hari ini).

Buku teks ini boleh dikatakan baharu juga kerana sebelum ini pelajaran Sejarah adalah dikenali sebagai pelajaran Tawarikh. Cetakan pertama ialah pada tahun 1979 dan cetakan kedua (dengan pembetulan) pada tahun 1980. Sejarah pun boleh buat pembetulan juga? Buku ini telah diulang cetak sebanyak enam kali sehingga tahun 1984 dan dicetak oleh Penerbitan Adabi Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya buku ini mengandungi berbagai aspek sejarah yang diharap akan menambah pengetahuan murid-murid tentang Sejarah Malaysia dan negara-negara lain. Sejarah tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang Malaysia serta tokoh-tokoh daripada negara lain dikemukakan supaya murid boleh melihat dan mencontohi perkara-perkara baik yang telah dilakukan oleh mereka.

Murid akan dapat mengetahui bagaimana beraninya Dol Said dan Rentap, bagaimana rajin dan pandainya Za'ba, Joseph Lister, Alexander Graham Bell dan lain-lain lagi.


Isi Kandung terdiri daripada 16 topik pelajaran yang dipersembahkan melalui gaya penulisan yang mudah difahami beserta dengan ilustrasi-ilustrasi yang menarik sesuai dengan tahap penerimaan murid-murid pada waktu itu. Sungguhpun demikian, tajuk-tajuk pelajarannya bolehlah dikatakan agak berat juga memandangkan murid perlu mengingati beberapa nama tokoh dan tarikh-tarikh penting yang berlaku.


Isi Kandungnya:

1. Kemunculan Kuasa Portugis dan Kedatangan mereka ke Melaka.
2. Jatuhnya Melaka dan Kesan-kesan Portugis.
3. Empayar Johor-Riau.
4. Empayar Johor-Riau dan Orang Bugis.
5. Belanda di Tanah Melayu.
6. Pemecahan Empayar Johor-Riau.
7. British di Tanah Melayu.
8. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu.
9. Penentangan Tokoh-tokoh Tempatan terhadap British.
10. Sarawak, Sabah dan Kedatangan British.
11. Penentangan terhadap British di Sarawak dan Sabah.
12. Perkembangan Ekonomi.
13. Sistem Pendidikan.
14. Perkembangan Sistem Pendidikan.
15. Perkembangan Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan.
16. Pengangkutan dan Perhubungan.

Terdapat juga soalan-soalan latihan lisan dan objektif yang dikemukakan di akhir tajuk pelajaran sebagai langkah pengukuhan. Kita ikuti cabutan beberapa tajuk pelajaran yang sempat dipaparkan.


Tajuk Pelajaran 1: Kemunculan Kuasa Portugis dan Kedatangan mereka ke Melaka.

Topik ini berkisar mengenai sejarah kemunculan kuasa Portugis dan kedatangan mereka ke Melaka. Beberapa tokoh pelayaran seperti Putera Henry Ahli Pelayaran, Christopher Columbus, Vasco da Gama, Alfonso de Albuquerque (Cikgu Mat Isa menyebut sebagai Alfonso di ibu kaki) turut diperkenalkan.

Topik ini juga menceritakan mengenai kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada 24 Ogos 1511 dan penentangan rakyat Melaka terhadap Portugis. Kisah Sultan Ahmad Syah, Tun Fatimah, Laksamana Khoja Hassan dan beberapa tokoh penentang yang lain turut diceritakan. Sedih apabila membaca kisah ini dan mulalah teringatkan lagu nyanyian Kumpulan Bumiputra Rockers "1511" yang mengisahkan mengenai pejuang-pejuang yang mempertahankan Melaka ini.


Tajuk Pelajaran 4: Empayar Johor-Riau dan Orang Bugis.

Topik ini ialah mengenai kewujudan kuasa-kuasa Melayu bermula daripada zaman Aceh, Johor-Riau, Peperangan Jambi dan asal-usul orang Bugis di Tanah Melayu. Salasilah Raja-Raja Selangor juga turut dipaparkan bersama dengan kisah Raja Haji seorang pahlawan Bugis yang terbilang pada waktu itu.


Tajuk Pelajaran 7: British di Tanah Melayu.

Berkisar kepada kedatangan British di Tanah Melayu. Murid didedahkan dengan apakah tujuan Inggeris menubuhkan Syarikat Hindia Timur, penentangan terhadap Inggeris di Pulau Balambangan, kegiatan ekonomi British di kawasan Selat Melaka, Negeri-negeri Selat, Sistem Residen dan sebagainya.

Beberapa orang tokoh British seperti Francis Drake, Francis Light, Alexander Dalrymple dan Sir Andrew Clarke juga turut diperkenalkan selain daripada tokoh-tokoh tempatan seperti Sultan Abdullah dan beberapa orang Pembesar Negeri Perak.

Secara peribadi, memang cukup hebat isi kandungannya dan tidak hairanlah jika murid-murid hari ini dikatakan buta sejarah kerana mereka tidak pernah mempelajari sejarah sebagaimana yang telah kita pelajari pada waktu dahulu...


Tajuk Pelajaran 9: Penentangan Tokoh-tokoh Tempatan terhadap British.

Tajuk ini berkisar mengenai penentangan tokoh-tokoh tempatan terhadap British di mana Cikgu Mat Isa begitu bijak menyampaikan pengajarannya bagi membangkitkan semangat patriotisme
dikalangan murid-muridnya pada waktu itu.

Dimulakan dengan penentangan terhadap British oleh Sultan Kedah, Dol Said, Datuk Kelana Sungai Ujung, Datuk Maharaja Lela, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Sultan Ahmad Pahang, Haji Abdul Rahman Limbung dan beberapa orang tokoh pejuang yang lain yang sanggup menggadai nyawa demi mempertahan tanah air daripada penjajahan...


Tajuk Pelajaran 13: Sistem Pendidikan.

Mengenalkan murid kepada sistem pendidikan negara bermula daripada Zaman Kerajaan Melayu Melaka, Zaman Portugis dan Belanda serta di zaman Inggeris dan Negeri-negeri Selat. Disentuh juga mengenai kemasukan buruh Cina dan India yang telah mempengaruhi sistem pendidikan pada waktu itu. Turut disentuh ialah mengenai perkembangan Sekolah Melayu sehingga Perang Dunia yang Pertama dan sehingga selepas Perang Dunia yang Pertama.

Beberapa orang tokoh pendidikan seperti Buyong bin Adil, Ibrahim bin Yaakob, Za'ba (Zainal Abidin bin Ahmad), Abdul Hadi bin Haji Hassan, Nordin Haji Harun, Muhammad Isa bin Mahmud, Hassan Manan, Abdul Karim Rashid dan sebagainya turut juga diberi perhatian terhadap sumbangan mereka terhadap perkembangan sistem pendidikan negara dan politik pada waktu itu.


Demikianlah serba sedikit imbauan mengenai apa yang telah dipelajari oleh murid-murid pada waktu itu bagi subjek Sejarah ini. Jika pada hari ini ramai murid sekolah rendah yang tidak mengenali siapakah itu Datuk Dol Said, Datuk Kelana Sungai Ujung, Datuk Maharaja Lela, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Sultan Ahmad Pahang, Haji Abdul Rahman Limbung dan beberapa nama lain pejuang negara, janganlah disalahkan mereka kerana mereka tidak pernah mempelajari perkara itu dan memang layaklah murid-murid hari ini dikatakan buta sejarah...


"Bagai padang jarak padang terkukur,
Yang mengkebumi ratusan perwira,
Mengalir darah masih hangat,
Menuntut pembela Bangsa,
Negara, Agama di kemudian hari..."


Moral Value: Teringat kata-kata mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohamad, "Melayu mudah lupa..."


21 Any comments?:

cik aisha said...

dah lama tak baca buku sejarah....:)

Salmiza S. said...

miza dh lepas zaman buku nie... =)

Nens Collection said...

sy x suke sejarah..x th nape..huhu..tp terpaksa suke..sbb nk amek periksa..huhu

alan said...

sy minat gila sejarah..syok woo..betul ke tu gambau mat kilau masa muda?

Azariah Kamis said...

rindunya...
zaman skolah dulu..tp btl2 xska sej

hyazz said...

ha a...dulu lain...sekarang dah lain...dulu kena ingat...sekarang kena hafal jer...pastu terus hilang di bawa arus moden...

masih simpan yer buku teks tu..

aeda said...

rindu lak time skolah dulu2..tp sejarah ni sy kureng skit..xtaula napa..dlu time blajar sllu kena denda xdpt jwb soalan..hihihi..

iaryylr said...

dulu minat nak jadi ahli kaji sejarah tetapi tak menjadi pula, he he he!, sejarah memang banyak perlu diperbetulkan, kerana banyak bukti-bukti baru muncul, sayang kini bagai tiada umum balas, he he he...

Muzaffar said...

dulu subjek sejarah masuk periksa penilaian darjah lima...sekarang di sekolah rendah sejarah cuma diselit-selit dalam matapelajaran kajian Tempatan

MEKAR said...

Salam. teringat zaman sekolah dulu2. Tapi time mekar dulu tak de pula belajar sejarah masa darjah 6. Tak tau la ni buku era bila

pRiNCe said...

nice entry...lme prince tak blogwalking ni...:)
lepas ni boleh la prince singgah blog ni selalu..:)

Daris Firzan said...

wah, keren bukunya, bisa menambah ilmu sejarah ni... :)

i will follow you :)

SitiSafiyyah said...

eh dulu punye buku macam ni jugak ke? oh lupe. dulu darjah 6 mana ada sejarah. hehe.

ani said...

as salam...saya sempat guna dan memang belajar guna buku ni dulu.teringat kenangan lama

Tokan said...

Assalamualaikum....Sejarah adalah cerminan ketamadunan sesebuah bangsa, "Melayu yang mudah lupa" adalah mereka yg tidak mengetahui dan lupa sejarah. Kesusasteraan pula nilai dan budi sesebuah bangsa, mereka yang buta sastera kerapkali menjadi golongan yang "kurang ajar"....Jom Menjoran.

Bawang Goreng said...

Salam ziarah,

Blogger memang pelik... BG tak perasan kalau ada entry lain yang hilang, tapi confirm yang satu tu tak dapat diretrieve... Sedih betul..

BG pun sempat belajar dengan buku ini. Cuma buku tiada dalam simpanan kerana mendapat skim bantuan buku teks.

zmah said...

Buku zaman dulu...terutamanya buku teks...yang berwarna hanya tokh atau objek utama isu,berbeza buku teks sekarang cantik...

EZAN IDMA said...

betol. komen sy pon hilang, hihi. nice entry

zafira othman. said...

kami belajar sejarah masa sekolah menengah. patut org dulu2 bijak .
kecik2 dah kenal sejarah

Koding said...

Aku dah hilang ingatan tentang tajuk2 sejarah yang aku belajar di darjah enam...

Tapi tajuk2 tu kebanyakannya dipelajari semula di tingkatan 1...

HEMA said...

sy baca buku ni, kakak punya.masa sy darjah 6 tak guna buku ni lagi.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'