22 September, 2011

Kereta Polis Hari Raya...


Oleh kerana kita masih lagi di dalam suasana berhari raya, elok benarlah kiranya BR membawa pembaca sekalian kembali mengenangkan zaman berhari raya di zaman kanak-kanak dahulu.

Bagi kanak-kanak lelaki tiada lain yang difikirkan dengan duit raya yang diperolehi selain daripada enjoy dengan membeli permainan, tengok wayang, beli mercun dan main judi tikam-tikam. Itulah sahaja saatnya untuk bergembira memandangkan kuasa membeli yang tinggi hanya setahun sekali...


Salah satu permainan yang masih lagi disimpan sebagai kenangan ialah kereta polis tin toy berkunci ini. Cukup mengimbau kenangan apabila melihatnya. Pusing satu kampung kutip duit raya baru boleh dapat membelinya.. hehe..


Kebanyakan permainan kanak-kanak dahulu menggunakan teknologi berkunci berbanding sekarang yang lebih menggunakan bateri bagi permainan yang boleh bergerak dan berbunyi. Tahap ketahanan permainan dahulupun adalah di tahap terbaik berbanding dengan permainan sekarang yang mudah rosak.


Ada machine gun di hadapan untuk memudahkan anggota polis bertugas menembak penjenayah yang melarikan diri.. Sekali pandang macam water gun pun ada, mungkin sesuai digunakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.. hehe.. Di belakangnya pula ada bendera bertuliskan "Play Land".


Masih elok dan boleh dimainkan lagi tetapi jalannya hanya lurus ke hadapan tiada belok-belok. Dari dahulu sehinggalah sekarang kebanyakan permainan kanak-kanak made ini China. Keseluruhan badan kereta polis ini diperbuat daripada tin manakala patungnya dibuat daripada getah, hanya di bahagian bawahnya sahaja plastik.


Kereta polis dari Skuad 176 ini sedia untuk beraksi menjaga keamanan negara. "Tegas, Adil dan Berhemah" hehe..

28 Any comments?:

Aien Not Alien said...

masih elok lagi permainan ni...cermat menjaganya..hihi..

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Benar tu..mainan dulu hampir 100% dibuat daripada tin,untuk pegerakan sesuatu mainan pulak semuanya sistem spring berkunci.amat tahan lasak.

Unknown said...

nak jugak ! cm best jer..hehe

Hanif said...

teringat kisah lalu..jadi kanak2..
pusing bende tu sampai jammed atau terlerai..ehehhe

Shaidatul Aireen said...

dah lah kereta tu comelll !

Blues Riders said...

BR to AIEN NOT ALIEN:
emak yang tolong simpankan..

yusuflaili:
betul tu, memang tahan lasak sampai puas main..

BR to Mimi Marilyn:
ambil ler..

BR to Hanif:
untuk kanak2 dahulu sahaja, sekarang sudah tak ada..

BR to Shaidatul Aireen:
memang comel. patungnya entah polis lelaki atau perempuan?

Alan said...

dulu masa kecil ada juga permainan daripada tin ni huhuhu.

http://sukns.blogspot.com/2011/09/koleksi-syiling-pusaka-part-2.html

ada maklumat tak berkaitan duit syiling lama ni?

Blues Riders said...

BR to simanis yang manis:
eloklah tu, nanti terkunci pulak hehe..

BR to bro Alan:
dulu2 memang kebanyakannya tin toys dan tahan lasak, sekarang semuanya plastik..

LadyBird said...

masih kukuh.. banyak betul koleksi en blues..

nadbaptist said...

wow!agak2 berapa tahun dah simpan mainan nih? baguslah..masih baru
pusing satu kampung baru dpt beli..mmg patut dihargai..titik peluh sendiri..hehe

Unknown said...

woww...memang kalsik gile ni BR...mungkin ni satu2nya koleksi permainan ni yg masih wujud sehingga sekarang...

Anonymous said...

wah....old skool.....

Blues Riders said...

BR to LadyBird:
koleksi mengimbau kenangan. sampaikan ke bekas keropok pun BR simpan..

BR to anitaare:
mungkin sudah melebihi 30 tahun, hasil titik peluh sendiri.. hehe..

BR to Yastro:
tak tahulah pula masih dijual lagi atau tidak. kalau adapun mungkin mahal.

BR to soooooour:
memang old skool..

Shaidatul Aireen said...

saya tengok macam lelaki je tuu . :D

Blues Riders said...

BR to Shaidatul Aireen:
uniformnya memang lelaki tapi bulu matanya lentik sangat.. hehe..

MulutPayau said...

walaupun dah lama tapi keta masih elok lagi..pandai jugak BR mnjaganya...memori zaman kanak2 yg tak mngkin dilupakan...

ABOTFAIRUZ said...

rindu sangat-sangat nak main permainan macam ni....

Iaryylr said...

Bro, polis dah ada, penjenayahnya mana? he he he he!

Iaryylr said...

Bro, polis dah ada, penjenayahnya mana? he he he he!

GRace a.k.a Me,Myself n I said...

eh..ade lagi permainan nih..masih elok lagi lak tu...teringat pulak zaman kanak2 saya dulu..dulu saya ade mainan mcm ni..saya punya anak itik tpi sygnye dh rosak tpi saya masih simpan foto saya masih kecil dengan mainan sya tue..mmg x pnah tinggal..pegi mana2 bwk gak mainan tu..hehehe..anyway,nice entry...=)

Renjer Sungai said...

hahaha tringat kngan mase budak2 dulu ^_^

HAFIZAL said...

hebat tuh...

ciNdhaDahniEa said...

comel ! =)

Blues Riders said...

BR to MulutPayau:
memang tidak boleh lupa, zaman kanak2 lah zaman yang paling seronok..

BR to nor fairuz:
kalau nak pinjam main, ambil ler.. hehe..

BR to bro ia:
penjenayahnya semua dah masuk penjara.. hehe..

BR to Me,MySeLF & I:
itulah yang dinamakan mengimbau kenangan.. kalau masih disimpan lagi mainan itik tu kan bagus..

BR to bro renjer:
terasa hendak kembali ke zaman kanak2..

BR to HAFIZAL:
tidaklah hebat sangat, mainan yang murah saja.. hehe..

BR to ciNdhaDahniEa:
comel.. terutama pada mata patung tu..

Unknown said...

perghhh classic ni bro...

Blues Riders said...

BR to ekmal:
barang lama bro, classic dan nostalgic..

puhu said...

Rosetta Stone German
Rosetta Stone Greek
Rosetta Stone Hindi

Sweet And Simple said...

seronoknya masih ada permainan yg disimpan...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'