28 March, 2012

Lily Patra


Kira-kira 22 tahun yang lalu... Lily Patra adalah nama yang tidak asing lagi kepada peminat drama swasta dan filem tanahair kita kini menjadi rebutan pengarah-pengarah dan penerbit-penerbit filem dan drama swasta.

Kebolehannya membawa berbagai watak inilah yang membuat dia dikenali ramai. Lily mula diperkenalkan melalui filem "Mr. Os" meletakkannya setanding dengan pelakon-pelakon terkenal.


Lily mendapat bimbingan dalam lakonan dari pengarah Azmi Othman dan Johari Yusoff. Anak sulung dari dua orang adik-beradik ini telahpun diberi peluang berlakon dalam empat buah filem, antaranya ialah "Perawan Malam", "Ujang" dan "Taktik" yang disiarkan oleh seorang pengarah dari Hong Kong.

Dalam filem ini Lily berlakon di samping pelakon Melissa, Alice Voon dan penyanyi Man Bai (Kumpulan Gersang) yang diterbitkan oleh Solid Gold Studio.


Lily adalah antara pelakon terlaris, setakat ini sebanyak sebelas buah drama swasta telah dilakonkannya. Antaranya ialah "Main-main Hantu", "Tuan Guru Mat Silat", "Driving School" arahan Othman Hafsham dan banyak lagi.


Secara peribadi, Lily adalah seorang gadis manis, manja dan peramah. Lily dilahirkan pada 6 November 1968 di Kuala Lumpur.


*************************************

Kepada pembaca seangkatan tentunya masih ingat lagi kepada pelakon Lily Patra ini. Namanya yang unik seakan bunyi Cleopatra ini memang cukup top di awal 1990-an. Sengaja BR paparkan kisahnya sebagai imbauan kenangan kepada peminat-peminat beliau sewaktu remaja dahulu. Pada waktu ini usia beliau telahpun mencecah 44 tahun tetapi terus menyepi tanpa khabar berita hatta berlakon sebagai emak-emak atau makcik-makcik dalam drama mahupun filem tempatan.

Di manakah beliau sekarang?


19 Any comments?:

Lina said...

a'ah ms zaman tu mmg dialah tgh popular...ingat lg dia ada berlakon satu drama tu jd org gaji ckp loghat utara and at last kahwin dgn majikan dia...sgt best lakonan dia

eMMe said...

Assalam Bro! aa'ah ek manakah dia skrg? sihat kah? bagaimana kehidupan Aunty Lily Patra skrg? rindu la nak tgk dia belakon balik...

iaryylr said...

Ramai peminat dia nie dulu.

Blues Riders said...

BR to Lina:
drama apa tu?

BR tu eMMe:
waalaikumussalam, tak tau di kat mana skrg.. terus diam membisu.. hehe..

BR to bro ia:
bro ia pun minat dia juga? hehe..

Minah Gedeban said...

Lama x dgr psl dia lg...

yusuflaili(Goku) said...

salam;
mungkin dia menumpukan perhatian 100% pada keluaga atau perniagaan.

Blues Riders said...

BR to Minah Gedeban:
memang lama..

BR to yusuflaili(Goku):
mungkin juga..

Scarlett O'Hara said...

Betullah.Rindu nak tengok lily Patra sekarang.

Kalamhati said...

betul tu..suka dgn lakonan dia dulu2..mmg menyepi trus dia

fiqas said...

salah seorang pelakon kegemaran saya..

apa khabar agaknya dia sekarang...

shoutvoc said...

ingt gak dier ni bile tuan blog ni post cite pasal dier..

ain dzaya said...

mungkin dia dah pencen kot..dan menjadi nenek yg lebih mithali :)

Encik Zaharin said...

Lawo lili patra ni dulu..seksi

Anonymous said...

Ade je dua pupu saya ni. Cer g dewan dato' razali klang skang. Sepupu die kawin.

Anonymous said...

dia dok busy jadi full hse wife
ada gak jumpa dia kt subang jaya
masih macam dulu

Umaira Umar said...

hari ni jumpa lily patra kat tmn impian ehsan , balakong.tgh mkn kt restorant yusof...

Anonymous said...

Baru jap jumpa dia tgh makan di Alissara puchong dgn hubby dia kot.. masih seksi lg cm dulu..muka pun sama..x berubah langsung..


Shahril Halim said...

drama tu tajuk dia Alien Ellen Sufiah nah, piah dgn cik zaed. cik zaed tu Zulkifli Ismail - dsp dlm gerak khas bos ins aleza

engku puteriz said...

A ah yg dia jadi org gaji...satu mlm tu anak majikan dia suruh masakkan yg sedap2 pasal nk jamu kwn2 nya.masa anak majikannya anto dia balik tu...si lily ni tido terlentok kat bahu si mamat ni. ..lakunan zulkifli ismail...sampai ngencesssss....tu yg scene paling best...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'