Bedak sejuk ataupun bedak yang diperbuat daripada beras merupakan sebagai alat solekan asli. Ianya selalu dipakai oleh golongan tua dan juga muda. Bedak asli ini bukan sahaja menyerikan wajah seseorang apabila memakainya, malah ianya mempunyai khasiat yang tertentu iaitu sebagai penawar bagi mereka yang mengidap masalah penyakit kulit.
Namun begitu, tidak semua, daripada kita yang tahu akan cara serta rumusan yang disediakan untuk membuat bedak sejuk yang tulen tanpa sebarang campuran bahan-bahan asing seperti yang terdapat dalam bedak-bedak moden.
Caranya ialah:
Beras Jawi direndam selama dua atau tiga bulan. Lebih lama beras ini direndam lebih baik kerana bedak yang akan dibuat akan menjadi sebagai penawar dan sejuk apabila memakainya.
Apabila beras yang direndam selama tiga bulan tadi kelihatan hampir hancur dan luluh, ramaskan dan tapis dengan kain jarang yang bersih, sebaik-baiknya dengan kain putih. Perlu diingatkan bahawa pada peringkat ini, bau busuk dan masam beras amatlah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. hehe..
Kemudian ramuan ini disimpan di dalam bekas yang sesuai dan ditutup rapi. Air di dalam ramuan ini patut diganti setiap hari sehingga hilang bau busuk dan masam.
Kemudian ramuan ini dikepal-kepal dan dijemur sehingga kering. Selepas itu bahan ini dicampurkan dengan air. Janganlah terlalu cair sangat sebab sukar bagi kita untuk 'menitik' bedak itu nanti.
Untuk 'menitik' bedak, buatlah satu kelongsong dari daun pisang (bentuknya seperti kelongsong kacang putih). kemudian tepung tadi dimasukkan ke dalam kelongsong tadi dan titikkan setitik demi setitik di atas sebidang kain putih. Saiz bedak yang akan dihasilkan adalah bergantung kepada saiz pada lubang kelongsong, jika besar, besarlah ia dan jika kecil pula, maka kecillah ia.
Biasanya proses ini dikaitkan juga dengan tahap 'kerajinan' si pembuat bedak, jika saiz bedak itu kecil-kecil dan comel lote maka terbayanglah akan kerajinan si pembuat bedak dan begitulah juga sebaliknya.. hehe..
Bintil-bintil bedak ini kemudiannya akan dijemur di tempat yang teduh supaya bedak ini tidak menjadi terlalu keras. Biasanya sehelai lagi kain yang jarang akan digunakan sebagai penutup kepada bedak-bedak tadi supaya tahap kepanasan jemurannya dapat dikawal.
Untuk mengelakkan bedak ini dari menjadi masam, masukkanlah bunga-bungaan yang wangi seperti bunga melur, cempaka, bunga mawar dan daun pandan yang dihiris halus. Bedak anda pasti akan menjadi harum dan semerbak. Bedak ini boleh disimpan di dalam botol ataupun bekas tembikar supaya bedak ini boleh tahan lama.
Khasiat bedak sejuk ialah ia dapat digunakan sebagai 'tepung tawar' untuk mengubati orang sakit. Selain daripada itu, bedak ini juga dapat digunakan untuk menghilangkan penyakit ruam, jerawat, badan panas, gatal-gatal badan, kayap dan lain-lain penyakit kulit.
Pemakaian bedak sejuk ialah dengan mengambil beberapa butir bedak, mengikut agak sendiri dan dicampurkan dengan sedikit air, kemudian disebatikan biasanya di tapak tangan. Bedak yang lembab itu kemudian bolehlah disapukan pada wajah dan leher atau di mana-mana tempat yang berkenaan.
*************************************************
Resepi hari ini:
KEK KACANG HIJAU
Bahan-bahannya:
1 cawan mentega
2 cawan tepung
1 cawan gula caster
3 biji telur ayam
sedikit garam
esen vanilla
1/2 cawan kacang hijau
Cara membuatnya:
Kacang hijau direndam semalaman dan rebus hingga empuk.
Tapis untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
Pukul telur yang dicampurkan dengan sedikit garam dan esen vanilla.
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan kacang hijau. Gaul hingga rata.
Masukkan dalam acuan dan bakar hingga masak.
SELAMAT MENCUBA!
aishh...xpenah try pakai bedak sejuk. takut nengok sape yg pakai...huhuhu
ReplyDeletesalam,,,entry yg bgus,,,nk tnya gmbr sape tue,,,time keccik2 dlu pernah ar tngok,,skrg dh xde,,
ReplyDeletecikpija suka pakai bedak sejuk tebal2. hahahaha
ReplyDeletebau beras dlm proses nk jdkn bedak tu mmg busuk n masam...tp dah jd brdak sejuk oke je...hehee.mak sy rajin wat sendiri bdk sjk...:)
ReplyDeletesy penah pakai bedak nyonya tuh...best gak..licin je muka..heheh
ReplyDeleteyg ada muka cina tu mmg klasik punya..
ReplyDeletemasa kecik dulu salu pakai..sekarang ni tak dah..lepas mandi terus pakai kain baju..tak bubuh bedak dah hehe.
ReplyDeletebedak sejuk sekarang dalam botol dalam bentuk cecair.
teringat bedak nyonya tuuuu
ReplyDeletemasa kecik mmg suka sgt mnolong mak tok (nenek) mnitik bedak sejuk atas kain putih.Bila dh kering, boleh kikis dan masukkan dlm balang campur dgn daun pandan kering
ReplyDeleteAs salam BR, bedak2 dlm foto tu lama dh x tgk.. Bedak brand cuticura mgkin dh pupus skrg ni..hehe.. Bedak sejuk arwah nenek saya selalu buat dulu..
ReplyDeleteooo baru tau.dulu2 suke pkai.tp bila bgn pg sume bedak lekat kt bantal,tu mls nk pkai dah..huhuh
ReplyDeletewah sangat best pakai bedak nyonya tu compare ngan bedak compak yg len...muka pun xde nyer nak tumbuh jerawat...tp dak secuj nie jer cam bercinta skit nak pakai...kang penuh 1 bantai...
ReplyDeletedulu mase time sekolah menengah suke pakai bedak batunangsila ke ape ke namanya... seketul bulat tu... :)
ReplyDeleteBedak amoi tu ada yg tak original.bau busuk!Sekarang tetap setia dgn Baby Johnson sebab tu kulit macam baby.
ReplyDeleteatok cik tikah selalu buatkan bedak sejuk tepung utk cik tikah. skrg pun pakai gak tpi beli kat kedai jer. :)
ReplyDeletesuka pakai bedak sejuk!!!rs lembut je muka pas pakai..
ReplyDeletesecara teorinya bedak sejuk tu boleh dimakan lah ye??
ReplyDeleteSebab dibuat dari beras?
Bro! bedak panas tiada ke? he he he!
ReplyDeletebedak sejuk??huhuhu...dlu pnh pkai
ReplyDeleteBanyak info kat sini..., kalau ada selitkan gambar kuih tentu lebih gempak.
ReplyDeleteBR to [k]o{q}i[n]:
ReplyDeletesilap2 pakai macam hantu mak limah balik rumah pun ada.. hehe..
BR to simanis yang manis:
lepas tu kena marah dengan makcik.. kan.. kan? resepi kek kacang hijau tu tidak digalakkan untuk penghidap gout.. hehe..
BR to nurul asyikin(kak chik):
gambar apa cik nurul? gambar bedak ka?
BR to ::Cik Pija::
kalau pakai tebal2 susah nak tanggal.. macam hantu.. hehe..
cik aisha:
sebab itulah ia di campur dengan bunga2an (potpourri) supaya menjadi wangi. buat sendiri? rajinnya..
BR to ~Sya~:
bedak nyonya itu adalah di antara bedak yang terbaik di zamannya (1970-an). masih digunakan lagi sehingga sekarang. dan terbukti berkesan..
BR to yui92:
bedak yang itu dipanggil bedak nyonya.. nyonya itu mungkin seorang primadona pada zamannya..
BR to bro alan:
eloknya diamalkan sampai sekarang. kulit jadi cantik berseri.. hehe.. bedak sejuk yang dijual sekarang
masih ada yang butir dan cecair, tetapi telah dilengkapi dengan ramuan2 perubatannya..
BR to zuwaidah:
mungkin ada kisah di sebalik bedak nyonya itu..?
BR to Suhana Shahril:
kerja menitik itu memerlukan kesabaran. hanya orang2 yang sabar sahaja boleh melakukannya... hehe..
BR to Adry@Daun:
sebenarnya gambar bedak2 itu adalah daripada entri2 BR yang terdahulu. boleh rujuk pada link di bawah setiap gambar.
BR to cik asam jeruk:
cik asam jeruk pakai tebal sangat kot..? orang pakai nipis2 sahaja, baru tak melekat di bantal.. hehe..
BR to Cik Kasut:
bedak nyonya tu memang terbaik dipakai. menjadi kegemaran remaja2 sekolah suatu ketika dahulu. bedak sejuk memang leceh sikit sebab nampak bertepek2.. hehe..
BR to Fila Lane:
'batunangsila', pernah dengar juga nama bedak itu.. bedak berubat kalau tak silap..
BR to Scarlett O'Hara:
bila dah famous mulalah ada yang tiruan. sekarangpun dah susah nak jumpa dengan bedak amoi tu. baby johnson memang bagus untuk kulit tetapi ramai juga yang menyukai cara tradisional.
BR to Cik tikah:
sayangnya atok kat cik tikah.. seeloknya buat sendiri, itupun kalau rajin la..
BR to -iXxOrE-:
mesti wajah cik iXxOrE gebu.. hehe..
BR to asrul rae x:
kalau berani makan apa salahnya.. rasanya tidak beracun.
BR to bro ia:
hahaha.. tak pernah dengar pula bedak panas. mungkin tidak sesuai untuk kulit muka, nanti habis menggelupas..
BR to ?UsaGi NaNa?:
bedak tradisional, boleh dikatakan hampir semua orang pernah memakainya. BR pun pernah pakai dulu.. hehe..
BR to Nieda:
cik nieda cubalah membuatnya.. kalau menjadi nanti bolehlah hantarkan gambarnya ke sini, kita kongsi2.. hehe..
Dulu selalu tengok mak sy pakai bedak sejuk, skrg tak lagi...malas dah nak tumbuk beras tu kot haha!
ReplyDeletewah..sya ska bdak sjuk yg nenek sya wat!! ilang jrawat n licin je mka. tp nenek da xde. bdak sjuk dia pon xde..:(
ReplyDeleteBR to Elih Japahar:
ReplyDeletesekarang orang dah jarang buat sendiri. lebih mudah beli. mungkin kerana kekangan masa..
BR to MissViVio:
satu nostalgia bersama nenek yang tak dapat dilupakan..
bedak sejuk?
ReplyDeletehmm, ade beli n ade pakai.
tapi tak kena dengan kulit lah. haih~
lama tak pakai bedak sejuk
ReplyDeleteduli sebelom tido mesti pakai . hhehe
:)
sangat klasik...masa kecik2 dulu, guna bedak sejuk buku gambar nyonya untuk cabut uban nenek...lepas tu dapat upah..hehehehe
ReplyDeleteteringat bedak cuticura tu
ReplyDeleteBR to simanis yang manis:
ReplyDeletebiasanya kalau kecik2 dah nakal, besar2 lagi lah nakal.. hehe..
BR to Nurul Iman Rosman:
bedak sejuk, bedak tradisional yang baik untuk kulit..
BR to ::ini belog saya . cinta hati saya::
beduk sejuk memang dipakai sebelum tidur, bertepek2.. hehe..
BR to kalaulah:
andai dapat diundurkan putaran masa, mahukah kita kembali ke zaman itu?
BR to khairul:
yang itu bedak cuticura lama bro. klik link di bawah gambar.
Salam sahabat
ReplyDeleteWah telat banget maaf ya
mak kat kg still oakai bedak nyonya hijau tu :)
ReplyDeletecuticura tu bedak saya!!
ReplyDelete*banyak nostalgia le sini.. :-)
pakai bedak sujuk memalam..g tempat gelap..suluh muka tue ngan torchlight ...sumpah seram :) cucu dh try..
ReplyDeleteBR to simanis yang manis:
ReplyDeletenakal sikit sikit jer.. hahaha..
BR to Dhana/戴安娜:
salam sahabat juga. memang telat banget.. huhu..
BR to syiela:
bedak nyonya tu memang ok, dari dulu, kini dan selamanya.. hehe..
BR to blog-tips-kurus:
bukan, saya punya! sama2lah kita bernostalgia di sini..
BR to :: Cucu Niena:
macam hantu mak limah.. hehe.. opah cucu nama niena?
dulu masa kecik2 selalu rembat mak punya. pakai tebal2 pastu main hantu2.. hahaha ;p mmg blues la!
ReplyDeleteBR to INFOzi:
ReplyDeleteboleh dikatakan semua kanak2 pada zaman itu memiliki pengalaman yang sama.. pakai bedak sejuk main hantu2.. hehe..
bedak batu yg kotak 4 segi tu, memang pernah guna dulu
ReplyDelete