06 October, 2010

Bedak Samfong... Ada Lagi!


Kali BR hendak tunjukkan satu lagi bedak Samfong Hoi Tong yang cukup popular suatu ketika dahulu. Jika sebelum ini kita dikenalkan dengan bedak Samfong kompak, tetapi kali ini pembaca dihidangkan pula dengan bedak talkum Samfong. Bau bedak talkum ini tidaklah harum sangat kerana ianya lebih kepada bau bedak berubat.


Dikenali juga sebagai 'Bedak Cina' atau 'Bedak Nyonya' mungkin berdasarkan kepada gambar seorang nyonya yang sungguh anggun (pada waktu itu) yang menghiasi bekas bedak ini sebagai trademarknya sejak turun-temurun. Walau apapun nama yang diberikan kepada bedak ini, keberkesanan kepada penggunanya adalah sungguh mengagumkan berdasarkan komen-komen yang telah diberikan terhadap posting mengenainya sebelum ini. (Rujuk: SINI).


Mungkin pembaca merasa hairan mengapakah bedak talkum ini diisi di dalam bekas tin sebegini, bukan seperti di dalam bekas bedak talkum yang biasa kita lihat iaitu mempunyai lubang-lubang di atasnya untuk mengeluarkan bedak di dalamnya. Sebenarnya cara menggunakan bedak ini ialah dengan mengisikannya semula ke dalam bekas puff (bekas bedak seperti yang digunakan untuk bayi atau di kedai gunting rambut).


Penggunaan puff ini (seperti gambar pada penutupnya) sebenarnya ada kelemahannya iaitu akan banyak berlaku pembaziran bedak dan jika tidak kena gaya, wajah kita akan menjadi seperti 'tikus terjun tepung' he.. he..

Oleh sebab itulah kebanyakan bedak-bedak talkum sekarang ini diisikan ke dalam bekas yang mempunyai lubang-lubang kecil untuk mengeluarkan bedak sekadar yang kita perlukan sahaja.


Sebenarnya bedak Samfong Hoi Tong ini adalah buatan Malaysia oleh Sam Fong (Malaysia) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor. Di antara kegunaan yang tertulis yang tertulis pada bekas ini ialah:

"Bedak talkum yang sungguh halus dengan bahan-bahan yang paling bersih untuk membuatkan anda merasa segar dan selesa, walaupun dengan keadaan cuaca tropika yang berlengas. Bedak talkum Hoi Tong mengawal kulit anda dari terkelupas dan ruam panas, melegakan gatal-gatal kulit dan menjadikan kulit bertambah lembut. Penggunaan setiap hari selepas mandi adalah disyurkan supaya menjadikan anda merasa sejuk dan segar."


Untuk pengetahuan, selain dari mengeluarkan produk berbentuk bedak kompak dan bedak talkum, Samfong Hoi Tong ini juga mengeluarkan produk sabun. Mungkin sabun tersebut mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk penjagaan kulit dan pembersihan tubuh badan. Setakat ini belum pernah lagilah BR menjumpai produk sabun ini dan sekiranya ada pembaca yang pernah menggunakan sabun keluaran Samfong Hong Toi ini bolehlah bersama-sama berkongsi pengalamannya di sini.


12 Any comments?:

hazman aka species1980 said...

whoaaa... nie bedak muka yang amat klasik nie...

kisahsensasi said...

bekas nie kira barang antik nie... sure value tinggi kalau jual kat orang yg suka collectable item

Ckin Kembaq said...

WAh!memang suka smpan bnda2 lma kan?...

Ejen 010 said...

bedak ni kalo pakai mmg muka jadi putih melepak

Mama JnJ said...

dulu mak saya ada bedak ni...:-)

AngahSayang2314 said...

hehehe dulu2 famous bedak nie kan????

Robot | Sakti said...

barang RARE der.
mana nak dapat dah sekarang.
kira vintage dah ni.
hahaha


Merapu tapi bukan Mengampu

tia said...

seronoknya!!!! ada banyak benda lama!!!

Black_roses92 said...

ini bedak cam bedak sejuk gak ke ek?? haha..tetibe teringat bedak cina dalam bekas 4 segi..tuh. bau pun sedap je..

2ury said...

rasa-rasanya bedak ni lah antara penyebab ayah aku tergoda dgn mak... mmmm...andaian sajee...

Tomato Gurl's Life said...

dulu bedak ni fames giler kot..kalau ade kira hebat sebab mahal masa tue..hihi

ART said...

aku mmg suka page nie.hahha...
barang motor lama xda ka?wakakakak..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'