Kumpulan pertama 37 graduan yang menerima Ijazah Doktor Perubatan di Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari Sabtu, 7 Julai 1979 telah menempa sejarah dalam sistem pelajaran kebangsaan kita. Mereka bukan sahaja merupakan doktor sulung yang dikeluarkan oleh UKM malah mereka menjadi bukti sejarah tentang kemampuan Bahasa Malaysia digunakan dalam jurusan perubatan di sebuah universiti di tanah air kita.
37 doktor baru itu adalah bekas pelajar aliran Bahasa Kebangsaan. Mereka telah membuktikan kepada masyarakat dan negara bahawa dengan Bahasa Malaysia mereka juga mampu memburu ijazah dalam jurusan yang banyak sekali menggunakan istilah teknik iaitu perubatan. Selama ini Bahasa Malaysia dianggap sebagai sesuatu yang rendah!
Hasil pencapaian mereka juga setanding dengan apa yang dicapai oleh institusi perubatan lain sama ada di dalam negeri mahupun di luar negeri. Pengakuan ini diberikan oleh lima orang pakar perubatan dari luar negeri yang menjadi pemeriksa luar yang menjalankan pengawasan dan penelitian dalam peperiksaan akhir pelajar-pelajar Perubatan UKM tersebut.
Mereka ialah Prof J.A. Strong (Professor perubatan dari Sekolah Perubatan Universiti Edinburgh), Prof O.P. Gray (Professor kesihatan kanak-kanak dari Sekolah Perubatan Universiti Wales), Prof M.H. Irving (Professor bedah dari Sekolah Perubatan Universiti Manchester), Prof M.G. Elder (Professor perbidanan dan sakit puan di Sekolah Siswazah Lanjutan Diraja, London) dan Prof J.E. Rohde.
Mereka semuanya sependapat bahawa mutu calon-calon doktor UKM adalah setanding dengan mereka yang menuntut di sekolah-sekolah perubatan lain yang mereka juga menjadi pemeriksanya. Mereka terutama sekali mengulas tentang mutu yang tinggi dalam peperiksaan klinikal yang ditunjukkan oleh calon-calon doktor itu.
Dan satu lagi perkara yang membanggakan ialah di antara doktor-doktor baru itu terdapat juga beberapa orang bukan Bumiputera yang tidak mengalami apa-apa kesulitan mengikuti kuliah dalam Bahasa Malaysia.
Universiti Kebangsaan Malaysia, malah seluruh rakyat dan negara seharusnya merasa bangga dengan kejayaan siswazah perubatan sulung dari UKM itu yang akan berkhidmat untuk negara Malaysia.

Dr. Abu Salim juga berkata, kejayaannya itu adalah juga bermakna kejayaan bagi Dasar Pelajaran Kebangsaan negara kita. "Kejayaan 37 orang doktor baru itu dengan sendirinya menyangkal anggapan orang-orang yang meragukan tentang kemampuan Bahasa Malaysia di bidang pengajian tinggi dan profesional", katanya lagi.



Dr. Leow yang berasal dari Seremban berkata, beliau tidak mengalami apa-apa masalah sepanjang masa beliau mengikuti pengajian dalam bidang perubatan tersebut. Tidak ada bezanya bagi seseorang yang mengikuti kursus ini baik dalam Bahasa Malaysia ataupun Inggeris. Yang penting ialah ketekunan keyakinan dan usaha gigih untuk mencapai kejayaan dalam mata pelajaran yang diikuti.

Dr. M. Veeramuthu berasal dari Pulau Pinang telah memasuki sekolah Melayu sejak dari Darjah Satu lagi iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Abdullah Munshi sebelum mengikuti kursus profesional perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973.
Kesemua doktor muda (sekarang ini mungkin telah berusia dalam lingkungan lewat 50-an) lulusan pertama dari UKM ini telah menerima ijazah kedoktoran masing-masing daripada Canselor UKM, DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 7 Julai 1979 iaitu kira-kira 32 tahun yang lalu..
13 Any comments?:
hebat2 dorang ni..
:)
dr dulu rambut panjang hehehehe
ukm dihatiku;)
bangga dengan kemampuan mereka
dan Bahasa Malaysia terbukti mampu melahirkan pelajar yang cemerlang :)
Hanya bangsa yang tidak mempunyai jati diri yang sering mencari-cari kelemahan dan mempertikaikan keupayaan bahasa sendiri dan memberi pelbagai alasan....saya bangga berbahasa ibunda dan suka semua bahasa
wowwwwww speechless
Guna apa saja bahasa,selagi seseorang itu berminat menuntut ilmu mereka pasti berjaya.
sgt hebat mereka2 ini :)
MashaALLAH baru jumpa Blog ini, terima kasih kpd yg menulis blog ini
Memang dulu boys rambut panjang, spect besar2 hampir cover 1/3 muka.
Selamat datang kepada Prof Dr Kamsiah Jaarin.
Salam, bolehkah buat follow up dan cerita ttg mereka yg terkini. Ingin nak tahu
BR to yes:
prof dr. kamsiah jaarin ada melawat ke blog ini. menurut beliau dr mohamed sabirin abdul rahman dan dr leow eng lee telahpun meninggal dunia.
Post a Comment