Mulai 1 Januari 1982, seluruh Malaysia menggunakan waktu yang sama.
Pada masa yang lepas Malaysia mengikuti dua waktu rasmi yang berbeza sebanyak setengah jam (30 minit). Semenanjung menentukan waktu rasminya 7 1/2 jam ke hadapan Greenwich Mean Time (GMT) sementara Sabah dan Sarawak pula menentukan waktu rasminya 8 jam ke hadapan GMT. Kedudukan seperti ini bukan sahaja tidak kemas tetapi juga mengekalkan terus perbezaan-perbezaan yang wujud di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Langkah menyeragamkan waktu rasmi bagi seluruh negara akan dapat mengikis perbezaan-perbezaan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak sambil mengeratkan perhubungan dan memperkukuhkan lagi ikatan kesatuan di antara kedua wilayah yang terpisah oleh laut China Selatan.
Waktu rasmi Sabah dan Sarawak iaitu 8 jam ke hadapan GMT telah dipilih sebagai waktu rasmi bagi seluruh negara kerana waktu ini didapati yang paling sesuai dari segi penjimatan ke atas waktu siang atau daylight saving serta gangguan yang minima ke atas keselesaan dan kebiasaan kehidupan rakyat Malaysia pada keseluruhannya.
Sungguhpun mengikut waktu ini Semenanjung perlu mempercepatkan waktunya sebanyak 1/2 jam (30 minit), namun perubahan ini akan dirasai pada permulaannya sahaja. Adalah dijangkakan penyesuaian dan pembiasaan kepada waktu ini tidak akan mengambil masa yang lama atau menimbulkan masalah besar.
Waktu rasmi Semenanjung sekarang ini telah juga ditimbangkan tetapi didapati tidak sesuai. Ini kerana walaupun Semenanjung tidak perlu mengubah waktu, namun bagi Sabah dan Sarawak pula akan mengalami kerugian waktu siang di sebelah petang. Tambahan lagi dengan memilih waktu ini seluruh Malaysia akan terkeluar daripada sistem zon waktu antarabangsa yang berdasarkan prinsip perbezaan waktu seluruh jam di antara satu zon waktu dengan zon waktu berikutnya.
26 Any comments?:
kes macam ni pun ade ek? rare betul
Assalamualaikum BR
saya masih ingat menukar waktu pd jam tangan
mula2 rasa kekok
Wassalam
tak berapa faham maksud entry ni..boleh jelaskan lagi tak.
alan:
maksud entri ni dahulu jam semenanjung dengan sarawak tak sama. Kalau di Sarawak pukul 5 petang, di semenanjung baru pukul 4.30 petang. Jadi kerajaan samakan waktu. Semenanjung naikkan setengah jam kepada pukul 5 supaya sama waktu dengan pukul 5 dengan sabah sarawak tu..
teringat arwah atuk pernah mengamuk dengan bapa sedara disebabkan meng'adjust'kan jarum jamnya ke masa yg seragam tu.Saya dan sepupu2 ada masa tu.Habis bertempiaran lari masa atuk mengamuk.Nyaris tak kena betis bapa sedara kapak yang dibaling,terpacak kat umbi jambu air.Garang betul!
BR to Encik Amman:
ini betul2 en amman, malaysia pernah mengamalkan waktu yg berbeza suatu waktu dahulu antara semenanjung dengan sabah & sarawak. perbezaannya ialah 30 minit (sabah & sarawak lebih cepat).
BR to Rozali:
memang terasa kekok dan 'pelik' pada mulanya. lama kelamaan sudah biasa dan sekarang ini kita telahpun hampir melupakan tentang keseragaman waktu ini..
BR to bro Alan:
penjelasan en yusri adalah jawapan kpd persoalan bro alan itu. kalau dulu2 sebelum berita TV akan dipaparkan 2 buah muka jam. 1 muka jam menunjukkan waktu di semenanjung manakala 1 lagi muka jam menunjukkan waktu disabah & sarawak.
mulai 1 jan 1982, waktu tersebut telah diseragamkan menjadi 1 waktu sahaja seperti yg kita gunakan sekarang. keputusan ini telah diumumkan oleh PM pada waktu itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
BR to yusri:
t kasih di atas penjelasan yang telah diberikan. lebih mudah difahami.
BR to bro nikths:
rasa kelakar tetapi penuh sadis cerita bro nikhts itu kerana ia hampir2 melibatkan kematian hanya kerana perubahan waktu standard ini. cukup untuk mengimbau kenangan kerana memang ada pro dan kontra pada mulanya...
ya, jika anda hendak merasai bingung akan perubahan waktu itu berkunjunglah ke sabah, bangun pagi pagi, pasti agak janggal permulaannya walau anda tidak mengubah jarum jam....
Sejarah masa kita.
BR to bro ia:
memang betul tu. di sarawak pun sama, bangun awal pagi tapi hari dah cerah..
BR to cikgu zmah
sejarah yang hampir dilupakan..
Assalamualaikum , akak pun masih ingat masa kita menukar waktu ni. Tapi kalau ada kat Sabah akak tak suka, sebab cepat siang dan cepat malam!
kalau nak tahu waktu semenanjung yang sebenarnya boleh kita lihat wajtu negara Thailand...betul tak?..
hurm....BR... mane bro dpt jam2 ni semua...adik saya ckp rare rare! hahaha...
woot~woot~
walk,stalk n talk kat n3 ni sat .
huhu , nice entri ..
nway actually..
reyn tgh cnfuse ni ..
leh tlg reyn pilihkn tak
yg mane satu dlm link ni
http://akmeyruleyna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html
btul2 taktaw yg mane satu ..
sbb sume nye tak cantik ..
penin2!!
tengss taw sbb sudi komen n3 tuh .
tengss sbb tlg reyn jgk !
uhhu :)
baru tau tarikh bile waktu ni diseragamkan
tak pernah tahu pun pasal kes ni.. ada rupanya ye..
ooowwwhh~~~
=___="
ha'ah... baru sedar~
xtahu gakkk.....mcm tu ka sejarah nyer :)
Perkongsian menarik la. :)
Sungguh antik dan berharga sekali...
Blog Baru >> http://savebudget.net
bile semenanjung da dicepatkan setgh jam, singapore pon ikot kt jugak ker??? sbb masa semenanjung dgn singapore skrg ni sama je kan??
waktu diseragamkan lagi bagus hehe :)
tak susahla bila dtg ke semenanjung n sawk..kan hehe..
tak payah nak adjust jam lagi :)
laa..baru sy taw
entry ni direct translation from english ke? macam berterabur ayat. mungkin kalau kemaskan ayat lagi bagus kot :)
Ya. Kalau ikut GMT, waktu thailand GMT +7 dan sabah +8 adalah paling tepat
Waktu semenanjung malaysia yg sebenar ialah=thailand.
Senang nak paham mcm ni la...
Sesuatu zon tu jika siang/mlm bertukar pada jam 6am/pm... maka ia sgt tepat mengikut GMT
dulu waktu sebelum 82..saya pi sekolah tak rasa kelam kabut....bila jam diubah kita kejar waktu..
semua diawalkan...kehidupan pagi dimulai dengan meningkatnya stress...
lihat dithai sekolah bermula lebih lewat..danibu sempat sediakan sarapan pagi untuk anak2..kita kebanyakannya bagi duit untuk anak belanja disekolah, secara tak langsung beban perbelanjaan keluarga sentiasa meningkat seiring dengan bertambahnya anak sekolah dan peningkatan kos sara hidup....
Post a Comment