Setelah kita mengikuti kisah wanita awam Melayu pertama menjadi penerjun di negara ini, marilah kita ikuti pula kisah tujuh orang anggota polis wanita yang telah menunjukkan kemampuan sebagai kumpulan pertama ahli payung terjun wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira 23 tahun yang lalu.
Semangat, ketabahan dan keberanian mereka inilah yang membawa kejayaan sehingga mereka layak menerima sayap payung terjun dari isteri Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Datin Paduka Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali, dalam satu upacara khas yang diadakan di Taman Tasik Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 17 Julai 1988.
Ketujuh-tujuh anggota polis wanita itu terdiri dari:
1. Inspektor Ng Guat Choo (Kontijen Melaka).
2. Koperal Wanita 59037 Jamilah binti Dahlan.
3. Konstabel Wanita 105779 Hasmawati binti Mohamad (Kontijen Pahang).
4. Konstabel Wanita 106347 Nurmala binti Rashid.
5. Konstabel Wanita 105820 Rohani Koran Khan (PULAPOL, Kuala Lumpur).
6. Konstabel Wanita 90033 Harjinder Kaur a/p Hazara Singh.
7. Konstabel Wanita 106231 Zalilah binti Abu Yahya (Kontijen Pulau Pinang).
Mereka mula menjalani latihan darat dari 5 Februari 1988 selama dua minggu dan mereka telah berjaya diterjunkan dari pesawat Bilatus Porter PC6 Polis Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Ipoh, Perak sebanyak 6 kali bagi payung bulat dan 9 kali bagi payung jenis empat segi.
Bagi latihan peringkat kedua, mereka telah mendalami termasuk penerjunan bebas yang diadakan di Kompleks Latihan Para PPH, Ulu Kinta, Perak dan diterjunkan secara bebas dari ketinggian 4 000 kaki dari paras laut. Ketujuh-tujuh penerjun wanita yang menunjukkan semangat dan keberanian yang luar biasa sehingga berjaya membuat penerjunan bebas walaupun melalui saat-saat kecemasan.
Dengan kesungguhan dan kegigihan, mereka telah berjaya mencapai kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi saat kecemasan di udara.
Ketujuh-tujuh anggota payung terjun wanita itu dengan tunjuk ajar jurulatih-jurulatih yang berpengalaman, berjaya membuat purata lompatan sebanyak 60 kali bagi setiap orang dari ketinggian 4 000 kaki hingga 10 000 kaki dengan terbang bebas selama 45 saat sebelum mengembangkan payung mereka dan mampu mendarat tepat di sasaran.
Hanya enam orang sahaja penerjun wanita PDRM akan menunjukkan keupayaan mereka terjun pada paras ketinggian 3 048 meter dari paras laut dalam satu upacara khas pada tarikh itu.
Seorang anggota unit itu, Konstabel Ruhani Koran Khan tidak turut serta kerana mengalami kecederaan di kaki ketika mengadakan lompatan ke-61.
Dalam satu pertemuan dengan ketujuh-tujuh anggota payung terjun itu, mereka merasa bangga di atas kemampuan mereka dan berjaya menjalani latihan yang mencabar itu sehingga hari itu mereka berjaya menerima sayap payung terjun PDRM.
Bagi Inspektor Ng Guat Choo, 34 tahun yang menyertai pasukan polis dalam tahun 1975 sebagai seorang konstabel wanita. Beliau pernah bertugas dalam cawangan tugas am, trafik, mahkamah, cawangan khas dan cawangan komputer.
Dalam tahun 1976 beliau telah dilantik sebagai Inspektor Percubaan dan selepas menjalani latihan ditukarkan ke Pulau Pinang sebagai Pegawai Penyiasat JSJ. Pada tahun 1979 sekali beliau telah ditukarkan ke Cawangan Komputer di Bukit Aman dan dalam bulan April 1987 ditukarkan ke Kontijen Melaka sebagai pegawai penyiasat.
Menurut Inspektor Ng Guat Choo, dalam bulan Januari 1988 beliau dengan cara sukarela memohon untuk menyertai Unit Payung Terjun PDRM. Beliau dipanggil untuk menyertai latihan payung terjun di PPH 69 di Ulu Kinta, Perak. kerana menerima sebagai satu cabaran dan dengan galakan yang diberikan oleh keluarganya itu maka beliau menyertai unit itu.
Beliau sudahpun melakukan 60 kali penerjunan termasuk penerjunan di waktu malam dengan ketinggian 10 000 kaki. Bercita-cita untuk menjadi seorang jurulatih payung terjun yang baik dan akan menyertai pertandingan payung terjun bersama anggota-anggota payung terjun PDRM di pertandingan-pertandingan payung yang diadakan di dalam negeri atau luar negeri.
Koperal Wanita Jamilah binti Dahlan, 34 tahun, yang sudahpun berkhidmat dengan pasukan polis selama 14 tahun dan pernah bertugas dalam Cawangan Pasukan Simpanan Persekutuan dan pernah menjadi pengawal peribadi kepada Almarhumah Tengku Ampuan Pahang.
Jamilah, ibu kepada empat orang anak menyertai Unit Payung Terjun ini setelah mendapat galakan dari suaminya.
Koperal Jamilah berjaya membuat 60 penerjunan dari ketinggian 10 000 kaki termasuk penerjunan malam yang telah dilakukan di pertunjukan Tatu PDRM di Johor Bahru sempena menyambut Ulang Tahun Penganugerahan Gelaran Diraja ke-30 kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Konstabel Wanita Rohani Koran Khan, 28 tahun, dari PULAPOL yang telah berkhidmat dengan pasukan polis sejak 6 tahun yang lalu merupakan seorang ahli sukan polis yang aktif dalam bidang sukan olehraga, bola jaring dan hoki.
Beliau menyertai Unit Payung Terjun PDRM dengan sukarela menyahut cabaran dan membuktikan keupayaan kaum wanita menyertai Unit Payung Terjun yang selama ini di monopoli oleh kaum lelaki.
Rohani merupakan anak keempat dari enam orang adik beradik. Sebelum menyertai unit ini beliau pernah bertugas di Komplek Sukan PULAPOL. Beliau telahpun melakukan 60 penerjunan dari ketinggian 10 000 kaki termasuk penerjunan di waktu malam.
Menurut Konstabel Rohani, beliau meras terkilan kerana tidak dapat membuat penerjunan pada majlis itu kerana mengalami kecederaan di kaki kanannya semasa menjalani latihan. Tetapi beliau merasa bangga dapat menghadirkan diri di upacara menerima sayap.
Bagi Konstabel Wanita Harjinder Kaur a/p Hazara Singh, 32 tahun, dari Kontijen Pulau Pinang telah berkhidmat dengan pasukan polis 7 tahun yang lalu. Sebelum menyertai Unit Payung Terjun PDRM, beliau bertugas di Cawangan Tugas Am di IPD balik Pulau, Pulau Pinang.
Beliau yang memohon secara sukarela untuk menyertai unit payung terjun ini telah menjalani latihan intensif di PPH 69, Ulu Kinta, Perak sejak bulan Januari 1988.
Harjinder Kaur, yang sangat berminat di dalam penerjunan bebas ingin membuktikan bahawa kaum wanita juga boleh menceburi lapangan yang mencabar ini dan ingin maju sehingga mencapai taraf profesional dan boleh mewakili Malaysia dalam sebarang pertandingan payung terjun.
Beliau merupakan seorang ahli sukan yang pernah beberapa kali menjadi johan dalam sukan jalan kaki di kejohanan-kejohanan yang diadakan.
Konstabel Wanita Nurmala binti Rashid, 25 tahun, anak ke-4 dari 8 orang adik beradik ini mulai menyertai pasukan polis 5 tahun yang lalu.
Beliau merupakan seorang anggota yang aktif dalam bidang sukan olahraga, hoki dan badminton dan beberapa kali mewakili PDRM dalam kejohanan-kejohanan yang diadakan.
Selepas tamat latihan rekrut, beliau ditugaskan di Komplek Sukan di PULAPOL sebelum menyertai Unit Payung Terjun PDRM.
Nurmala yang masih belum berumahtangga, begitu cenderung dan berminat dalam bidang yang diceburi ini. Pada kali pertama melakukan penerjunan, Nurmala merasa gayat dan juga takut payung tidak terbuka, dengan tabah hati beliau berjaya melakukan penerjunan pertamanya dan rasa ketagih pula, katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang penerjun yang baik di samping mewakili negara dan pasukan di dalam pertandingan payung terjun.
Konstabel Wanita Zalilah binti Abu Yahya, 27 tahun, dilahirkan di Kuala Kedah dan berkhidmat dengan pasukan polis sejak 6 tahun yang lalu, sebelum menyertai Unit Payung Terjun PDRM pernah bertugas di IPD Georgetown, Pulai Pinang di Cawangan Kereta Peronda.
Anak kedua dari dua orang adik beradik ini masih belum berumah tangga. Zalilah begitu berminat dengan sukan payung terjun dan setelah ada peluang menyertai unit ini maka cita-citanya akan tercapai.
Beliau sudahpun melakukan penerjunan sebanyak 55 kali dari ketinggian 8 000 kaki dari paras laut dari lompatan para bebas termasuk beberapa penerjunan waktu malam.
Ketua Polis Negara pada waktu itu, Tan Sri Mohd Haniff Omar dengan caranya tersendiri melihat anak buahnya bergayut di awan biru.
Ketujuh-tujuh anggota Unit Payung Terjun PDRM ini telah dilatih oleh Sarjan Jamil bin Othman dari PPH 69, Ulu Kinta, Perak.
Mengikut perkiraan biasa mungkin ada di antara mereka yang telahpun bersara atau masih lagi berkhidmat bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga kini, tetapi dimanakah mereka?
25 Any comments?:
Salam;
Syabas wirawati pertama negara.!!
Assalamualaikum BR
tak dengar berita apa2 lagi mereka...
sepatut diberi anugrah yg sepatutnya
Wassalam
wahh.. teringin nk naik ^^
salam BR..
maaf rasta dtg tanpa di undang..
salam kenal dari rasta...
Rasta tumpang promote blog rasta yang baru.....post terbaru tentang brest cancer sudilah kiranya singgah..
Post terbaru tentang Breast cancer.
info yang bagus ni...memang hanya di Blog BluesRiders sahaja...tahniah...
wah..sejarah yg patut kena tau..mungkin ada yg xtaw..so, kita x dpt nak hargai..now dah tau..hihi..
BR to yusuflaili:
syabas untuk mereka. memang wirawati yang berani..
BR to atuk:
waalaikumussalam. memang mereka sepi tanpa khabar berita, entahkan dapat sebarang anugerah atau tidak. mungkin juga mereka terus dilupakan..
BR to ishiko:
apa salahnya mencuba. BR tak berani lol, gayat!!.. huhu..
BR to rasta;
salam kenal juga. tidak perlu diundang, datanglah selalu. silakan promote, bersama kita berkongsi info.
BR to Khairil:
hahaha.. tak adalah sampai macam tu, sekadar mengimbau kembali kisah2 lama tetapi menjadi baharu kpd generasi kini..
BR to ❤ eyeme ❤:
memang patut kena tahu sejarah, tiada dahulu tiadalah sekarang..
BR to simanis yang manis:
ada hikmahnya tu, dari tentera ke cikgu? mesti cikgu penuh berdisiplin ni.. hehe..
Info yg sangat berguna..tak tahu sebelum ni, dtg blog ni baru tau hehe
hebat...sgt berinfo..time tacih tuan tanah..
wanita yang mempunyai semangat yg tinggi :)
BR to simanis yang manis:
betul, masa itu berlian! hehe..
BR to Elih Japahar:
info lama cuma dipaparkan semula sebagai kenangan..
BR to sweetbelly gurlz:
sama2..
BR to Aida Omar:
tidak ramai wanita yg mempunyai semangat seperti itu, syabas untuk mereka.
Hai!...bestnya jadik wirawati negara....Blog nie...udah lama cik rose cute follow...
Mereka2 ni skrg sudah pun berusia 50 tahun sekarang. Ada yang telah bersara dan ada yg masih berkhidmat. Sy kenal yang bernama Hasmawati Mohamad sbb dia sama kerja/satu balai dengan emak sy semasa kami di Daerah Temerloh Pahang sekitar tahun 90an. Masa tu sy baru berusia 8 tahun. Makcik Hasmawati ni juga pernah membuat eskot Mona Fendi semasa kes pembunuhan itu berjalan di Mahkamah Tinggi Temerloh.
BR to Cik Rose Cute:
memang best jadi wirawati tetapi mereka ini seolah-olah wirawati yang tidak didendang.. huhu..
terima kasih krn follow blog BR.
BR to Cerita Aku:
terima kasih atas maklumat yang diberi serta perkongsian info itu. mungkin ibu sdri mempunyai maklumat yg lebih lanjut mengenai hasmawati serta rakan2 beliau yang lain.
hebatnya merekan...
Rosetta Stone
Rosetta Stone Outlet
Rosetta Stone V3
Rosetta Stone V3
waaahh....
sangat awesome !
BR to Faieza Maddaru:
memang hebat!!
BR to puhu:
apa2 jer lah puhu ooi.. hehe..
BR to AwieKashi:
sangat awesome!!
hebat la BR ni , boleh cari fakta2 cmni :)
anyway depa ni sume mmg awsome dan great sgt2 ^_^
waaa! they all are awesome. bangga dengan mereka :)
hebat..artkl yang bersejarah,,nice gan..maju terus pantang mundur
BR to Messy Girl:
untuk tatapan generasi sekarang.
memang depa awesome dan great! BR pun tak berani macam depa.. hehe..
BR to Rara:
tumpang bangga juga..
BR to DESA CILEMBU:
terima kasih gan..
Kons Normala (kemudian Sjn) meninggal dalam kemalangan jalan raya di Bahau pada tahun 2000.
Rindu arwah mama,
Terjumpa artikal ini.
Sy anak almarhum kopral jamilah Dahalan.. Beliau pencen pada usia 60 tahun 2014 sebagai Ketua Balai berpangkat Sup. Insp. Dan meninggal pada tahun 2019. Al fatihah utk mama.
Post a Comment