14 May, 2012

Adam Ahmad


Pada tahun 1983 lahirlah album "Untukmu Sayang" di bawah label Omry Records, sebuah syarikat piring hitam kepunyaan bumiputera di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur telah membuktikan bahawa kaum bumiputera juga berkemampuan dalam bidang ini.

Secara tidak langsung ini akan menambah dan memberi peluang yang banyak kepada bakat-bakat baru untuk menonjolkan bakat-bakat terpendam mereka di bidang seni suara. Album "Untukmu Sayang" terbitan Omar Taib dan nyanyian pendatang baru Adam Ahmad merupakan tapak permulaan bagi Omry Records menceburi dan mencari pengalaman dalam bidang ini.


Adam Ahmad, 19 tahun, berasal dari Johor Baharu merupakan rekording artis PERTAMA diberi peluang merakamkan album pertama Omry Records.

Sebenarnya Adam bukanlah orang baru dalam bidang seni suara, beliau pernah mencipta lagu-lagu untuk penyanyi Syarikat Polygram seperti "Di Hari Persandinganmu" nyanyian Yunizar Hoessein dan "Di Pantai Cinta Berahi".


Penyanyi muda ini mula berjinak-jinak di bidang nyanyian sejak di bangku sekolah lagi. Di samping boleh menyanyi, Adam juga boleh bermain alat muzik seperti gitar dan piano. Adam yang pendiam orangnya meminati lagu-lagu berirama sentimental.

Di sebalik rakaman album pertama Adam Ahmad ini, ramai yang tidak mengetahui kisah di sebaliknya. Ketika di bilik rakaman, Adam tidak menghadapi masalah tetapi beliau terpaksa menghadapi satu pengalaman pahit dan menyayat hati kerana ibu kesayangan telah meyahut panggilan Illahi. Adam dengan perasaan sedih tapi tabah hati meneruskan rakaman dengan hati yang sayu.


Omar Taib selaku penerbit album sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada Adam sepanjang rakaman dijalankan. Atas galakan ini, Adam merasakan hatinya tenteram dan dapat meneruskan rakaman dengan sempurna.

Pada keseluruhannya album sulung Adam ini telah berjaya diterbitkan dengan sepuluh buah lagu:

MUKA SATU:

Untukmu Sayang
Othman Mohamed / Adam Ahmad

Mahu Kutemu Tapi Malu
Omar Taib / Aliah Ahmad

Baru Kini Ku Mengerti Makna Cinta
Adam Ahmad

Mawar Idaman
Omar Taib / Aliah Ahmad

Pertemuan Di Malam Hari Lahir Mu
Othman Mohamed / Adam Ahmad


MUKA DUA:

Di Mana Cahaya
Othman Mohamed / Adam Ahmad / Raja Kobat

Ku Ingin Kembali
Omar Taib / Aliah Ahmad

Bersamamu
Raja Kobat

Pergimu Ku Rela
Omar Taib / Aliah Ahmad

Lagu Si Anak Tani
Othman Mohamed / Adam Ahmad


********************************************


Adam Ahmad merupakan seorang penyanyi yang pernah popular di awal 1990-an. Banyak lagu popular beliau seperti "Rindu Yang Menghempas Hati", "Bersamamu", "Kau Pergi Jua", "Agar Dia Kembali" dan banyak lagi lagu yang membuai perasaan para remaja pada waktu itu.

Berbagai kisah suka dan duka yang kita dengar mengenai beliau, namun begitu, kehadirannya suatu ketika dahulu dalam industri hiburan tanah air sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan dan kenangan melalui lagu-lagu beliau yang sungguh mengesankan.

Di manakah beliau sekarang?


Moral Value:"Memories are what warm you up from the inside. But they're also what tear you apart".

24 Any comments?:

Andai itu takdirnya... said...

There are songs that make you sad when you hear them but it is not the songs that make you sad. It is the people behind the memories. .

Blues Riders said...

BR to Andai itu takdirnya...
the worst part of holding the memories is not the pain. it's the loneliness of it. memories need to be shared..

iaryylr said...

Apa pula agaknya info terkini beliau...

loveheaven07 said...

nice share, like the poem

Blues Riders said...

BR to bro ia:
kita tunggu maklumat selanjutnya daripada pembaca..

BR to loveheaven07:
very nice..

Hanif said...

Pernah dengar nama beliau..tapi kejap ajer popularkan...

yusuflaili(Goku) said...

yap..memang beliau popular masa tu.

Karisma Merah said...

suara dia mmg sedap..n power

WangsaBlogger.Com said...

wow.. banyak sejarah artis kat sini.

Dalam banyak lagu2 daripada Allahyarham, saya paling suka lagu "Kau pergi jua".

Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku.

Mmg feeling kalau dengar lagu ni.

|shuhadaothman|TM said...

best2 lagu dia plus sedih :)

Bawang Goreng said...

Suara dia best! Ingat masa tu sekolah rendah lagi dah sibuk nyanyi lagu dia...

Karisma Merah said...

muka dia pun ensem kan..

Info said...

Mantap Kawan,,,,Sekalian Follow Back yah,,,,follow 7577...sukses aja nih buat blog nya

Karisma Merah said...

klik klik...

paksab said...

teringat dulu wartawan komen "penyanyi yang mirip amitab bacha"
he he he

Karisma Merah said...

lama tak update..sibuk ker..apa2 pun good luck to everything..

outbound malang said...

kunjungan gan .,.
Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

Aida Omar said...

orangnya smart.. aida suka adam ahmad, semua lagu dia aida suka.. best2. kalau tak mana mungkin lagu dia boleh bertahan hingga ke hari nie kan.. hehe.. :)

Cikgu Jaja™ said...

byk penghibur zaman datuk nenek jaja yg jaja kurang kenal malah x kenal langsung..

Miss Etown said...

Nice Blog,Feel Free To Visit N Follow My Blog.. :)

SyedPutra said...

Jangan main-main dengan Adam Ahmad, beliau merupakan komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak 2 kali iaitu melalui Janji Manismu (Aishah) pada tahun 1990 dan Teratai Layu Di Tasik Madu (Fauziah Latiff) pada tahun 1993. Sungguh HEBAT.

MalaOmak said...

cam Amitabhacan...huhuh...sdei tgk die nyanyi mase Kilauan Emas.die sakit ker?

Blues Riders said...

BR to MalaOmak:
sedih dan terkejut juga tengok dia nyanyi masa kilauan emas tu. hanya dia saja yang tahu..

Anonymous said...

ada maklumat terkini beliau?

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'