13 June, 2012

Sudirman Melaka


Kira-kira 24 tahun yang lalu tentunya anda masih ingat dengan penyanyi atau bakat baru yang menerima jolokan Sudirman Melaka yang merupakan salah seorang anggota dari Kumpulan Muhibah Madu Lebah iaitu Kenny Lee.


Satu keistimewaan Kenny atau Sudirman Melaka ini ialah meniru suara dan gaya Allahyarham Sudirman. Malah wajah dan gayanya juga lebih mirip dengan rupa Allahyarham Sudirman. Untuk pengetahuan pembaca, beliau juga telah dengan rasminya menjadi keluarga New Southern Records (NSR) setelah menandatangani kontrak selama tiga tahun.


Kenny mula dikenali ramai apabila beliau menyertai rancangan JUARA terbitan TV Malaysia bersama Kumpulan Muhibah Madu Lebah. Kumpulan ini telah menjadi juara selama dua rancangan iaitu rancangan yang keenam dan ketujuh.

Sebelum menyertai JUARA, Kenny pernah mengambil bahagian dalam rancangan terbitan Radio Malaysia Melaka dan telah berjaya menjadi juara dalam Pertandingan Bakat Nyanyian Hari RTM Ke-40 di Melaka pada tahun 1986. Di samping itu, beliau juga pernah diundang mengambil bahagian dalam rancangan khas sempena Gerakan Cintai Bahasa Kita iaitu Konsert Emas Gemaria.


Kenny yang sekarang berusia 50 tahun pernah menjadi pengusaha kebun dan perusahaan pokok bonsai di Melaka. Beliau meminati Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah dan Allahyarham P. Ramlee.

Album pertama Kenny yang berjudul Anak Desa Melaka turut memuatkan empat lagu dendangan Allahyarham Sudirman iaitu Merisik Khabar, Anak Gembala, Basikal Tua dan Milik Siapakah Gadis Ini serta lagu baru Joget Melaka.


Moral Value:"Yesterday is history, tomorrow is a mystery. Today? Today is a gift. That is why we call it the present." - Master Wugui from Kung Fu Panda.

13 Any comments?:

eMMe said...

Salam Bro BR, good effort teruskan... saya sentiasa sokong blog BR ni..best!

Atie Zieya said...

lgu arwah best2

Iaryylr said...

Bagaimana En.kenny sekarang ya?

Blues Riders said...

BR to eMMe:
t kasih kepada emme. kesibukan tugas membuatkan BR tak boleh seaktif dulu.. huhu..

BR to ~MiZz Atie ZieYa~:
memang best. BR suka lagu "pelangi petang"..

BR to bro ia:
masih aktif menyanyi lagi di samping menjalankan business pakaian. -google.

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Betu tu...lama tak dengar berita penyanyi mirip sudirman ni.

outbound malang said...

kunjungan gan .,.
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

Blues Riders said...

BR to yusuflaili(Goku):
mungkin sudah kurang aktif atas faktor usia..

BR to outbound malang:
amin..

Unknown said...

takkan sama dengan yg ori kan??

outbound malang said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih keberhasilan
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

Anonymous said...

2019 konsert larian merdeka 1-8-2019 dia ada nyanyi lagu sudirman..sihat je..mmg sebijik sudirman..igtkan atai anak sedara arwah..haha

Unknown said...

Baru tgk kenny lee kt tv1 ulangan istimewa bersama ramlah ram...mmg sebijik abg sudir..

Unknown said...

HMI 1988

atok_rock said...

Last jmpa dia konsert merdeka 2019 kat dataran pahlawan Melaka sblum kobit celaka mari..dr jauh igtkn Atai dtg, rupanya Kenny..hehe

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'