04 June, 2013

Cenderawasih


Sebuah lagu lama yang mempunyai melodi dan susunan lirik yang indah dengan maksud yang sungguh mendalam.



 


Cenderawasih

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Gelisah hamba si gagak hutan
Terpandang seri manis wajahmu tuan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan hamparan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Aduhai cenderawasih
Suratan apa menimpa
Hamba tertawan dengan kasih
Tinggi letaknya

Tak sepadan baju di badan
Tak seiring terbang di awan
Tak sepantun biarpun dondang
Sama rentaknya

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kaupinta dikalungkan untaian intan
Kumampu kalung daun yang kekeringan

Tak hamba terkelindan
Sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan
Lara hamba tak kesudahan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur kiranya cinta mimpi kesiangan


Nyanyian Kopratasa daripada album Balada Seorang Pejuang (1999)
Lagu & Senikata: Zaidy Nandir


Moral Value: The heart has its own language. The heart knows a hundred thousand ways to speak.


11 Any comments?:

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam En Shah,

Sedap lagu ni, lyriknya lain sikit yer dengan lagu yang A. Halim nyanyi tu,

JUK DIN said...

salam. lama x lawat blog abe. lagu tajuk yg sama ada gak dinyanyikan oleh p.ramlee..kan?

Blues Riders said...

BR to Mak Long a.k.a Kunang-kunang:
mmg sedap lagu ni ditambah dgn iringan flute nya yg mendayu. liriknya mmg berbeza dgn lagu a halim tp kedua2nya tetap menghiburkan.

BR to abe JUK DIN:
t kasih krn datang melawat. cenderawasih p ramlee tak pasti pula macamana sbb belum prnah dengar lg.

Balqis Nazid said...

salam...
masa kecik2 ingin sangat nak tengok macamana rupanya burung cenderawasih ni.. kononnya burung kayangan yang hebat..he..he..

Blues Riders said...

BR to Balqis Nazid:
mcamana nak tengok sbb cenderawasih tak pernah turun ke bumi. kata orang makanannya pun awan. kalau hendak dibandingkan dgn gagak hutan, tentulah burung kayangan lebih hebat.. hehe..

iaryylr said...

burung pun ada lagu :)

Blues Riders said...

BR to bro iaryylr:
hahaha.. lagu burung.. bagaimana kalau cenderawasih diikat kakinya?

Alan said...

lagu lama

Blues Riders said...

BR to bro Alan:
lama xdengar khabar bro, mmg lagu lama tapi masih relevan...

Dyan said...

Salam

Ini versi asal. Sebelum ini merupakan lagu dikir barat. Salah seorang penyanyinya ialah Adeep (Fab Catz)

http://www.youtube.com/watch?v=uPUr1vKcI_g

Blues Riders said...

BR to Dyan:
terima kasih atas perkongsian maklumat. BR amat hargai.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'