22 August, 2013

Surat Panggilan PLKN Untuk Luqman


Alhamdulillah, pada 24 Ogos ini genaplah umur Luqman 18 tahun. Tidaklah menghairankan jika pada bulan Julai yang lalu BR telah menerima surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara yang memaklumkan bahawa Luqman telah terpilih untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 3 Siri 10/2013 bertempat di Kem Teluk Rubiah, Lumut, Perak.



Pada mulanya rasa lucu pun ada, rasa kejanggalan sistem pun ada. Tetapi BR tidak menyalahkan JLKN kerana mungkin cabutan nama Luqman adalah secara rawak melalui sistem daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Terpaksalah pula BR menghubungi ke Pusat Panggilan PLKN memaklumkan duduk perkara yang sebenar.

Dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas untuk mengisikan beberapa borang disamping perlu disertakan salinan Kad OKU serta laporan perubatan dan dihantar ke JLKN untuk tindakan selanjutnya.

Selaras dengan Subseksyen 4(1) Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628), (d) Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal yang menyebabkan dia tidak berupaya menjalani Latihan Khidmat Negara adalah layak untuk memohon pengecualian. Alhamdulillah semuanya telah BR uruskan.




Teringat kembali mengenai apa yang telah berlaku terhadap Mohamad Sukri (Sila rujuk SINI) seorang remaja cacat fizikal yang pernah BR postkan kisahnya suatu ketika dahulu. Jawapan yang akan BR berikan mungkin sama seperti jawapan daripada ibu Mohamad Sukri "Beliau sedia menyerahkan anaknya mengikuti PLKN selama tiga bulan jika pihak kem mampu menguruskan anaknya yang memerlukan penjagaan rapi, termasuk memakai lampin pakai buang".




Luqman sepatutnya menaiki bas untuk ke Kem Teluk Rubiah, Lumut di Padang Majlis Daerah Tapah pada 17 Ogos yang lalu. Seandainya Luqman sihat dan normal seperti insan biasa, mungkin di masa ini beliau sedang sibuk berkenalan dengan rakan-rakan baharu dan tidak sabar untuk mengendalikan senjata M16...


Moral Value: Wordless..

20 Any comments?:

Mazatul Azura Muhamad said...

Terasa sedih baca entry nie... Tak tahu kenapa... :(

atuk said...

Salam Syawal BR

moga dipermudahkan BR sekeluarga

Yunus Badawi said...

Salam kenal kpd BR dan selamat hari raya.

Ramai lagi remaja yg sihat di luar sana yg tak dipanggil utk PLKN. Nama Luqman pula yg naik. Ada yg tak buat homework ke ni? ... huhu

Blues Riders said...

BR to Mazatul Azura Muhamad:
jangan bersedih mazatul, inilah kehidupan..

BR atuk:
salam syawal dan terima kasih atuk. lama tak dengar khabar..

BR Yunus Badawi:
salam kenal juga dari BR. susah nak cakap en yunus, hanya mereka sahaja yg lebih arif.. hehe

iaryylr said...

Apa yang terjadi pada Adik Mohd Sukri pada 2010, atas kegagalan melaporkan diri pada plkn 2008, masa terus berlalu dan kini masih terjadi.

Beberapa minggu lepas saya ada terbaca berita peserta plkn akan ditapis terlebih dahulu bagi mengelak pekara seperti ini dan lain berulang, dan pada minggu ini juga ada berita bahawa pemeriksaan kehamilan akan dilaksanakan .
Saya tak pasti berita tersebut cadangan atau perlaksanaan memandang kan seperti berita berulang.

Kadangkala terfikir pula sampai bila sistem maklumat individu asas di Msia aakan lebih sistematik. Rasanya dengan kecanggihan k/p pintar kita yang Terbaik di dunia serta baru di upgrade sebelum pru baru baru ini. ya Bro BR, hanya mereka sahaja yg lebih arif.

Blues Riders said...

BR to iaryylr:
setuju dgn eddy. itulah yg dimaksudkan dgn kejanggalan sistem. perlu ada link yg dikemaskini antara jabatan2 yg terlibat selaras dgn dasar ke arah begara maju.
hanya mereka sahaja yg lebih arif...

Kem Mirza said...

kesian luqman.

tenku butang said...

Follower no. 7630

Done follow sini.. do follow me back yea..
salam kenal.. hope kita leh follow memfollow yea.. salam blogger..l heeee...

http://tengkubutang.blogspot.com/

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

vina devina said...

kasian juga kalo baca kisah nya

OKB said...

siang gan..
ijin nyimak nih..

almadi said...

nice share ghan :)

selvi rahmayanti said...

kunjungan siang,,,,,
terimakasih atas semua informasinya yang sangat bermanfaat,,,,

ramdani rahman said...

nice share nih,
keep posting sob

aditya_arif said...

good post brother..
ditunggu artikel selanjutnya..

septiandi said...

Nice blog,
ane tunggu postingan lainnya

Syahirah Redzwan said...

Sy nk tnya, surat drp jlkn tu dihtr dkat mna yea? Dekt rumh kita or kt sekolah?

Syahirah Redzwan said...

Sy nk tnya, surat drp jlkn tu dihtr dkat mna yea? Dekt rumh kita or kt sekolah?

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

chelsea rizky said...

Prediksi Zenit vs Benfica | Situs Bola Terbesar
Prediksi Bayer Leverkusen vs Monaco | Taruhan Bola
Prediksi Anderlecht vs Galatasaray | Agen Bola Terbaik
Prediksi Arsenal vs Borussia Dortmund | Agen Bola
Prediksi Dinamo Moscow vs Panathinaikos | Bandar Bola
Prediksi Atletico Madrid vs Olympiakos | Agen Bola Terbaik

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'