10 February, 2010

Suci Dalam Debu

SUCI DALAM DEBU

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biarlah perbezaan terlihat
Antara kita

Ku harapkan kau
Kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan
Yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta
Lautan berapi
Pasti akan ku renang jua


Penyanyi : Iklim
Karya Cipta : Wan Zul
Senikata : S. Amin Shahab


Download song:

Iklim_Suci Dalam Debu





ASAL KEJADIAN

Apa erti manusia?
Makhluk yang berkata-kata.

Apa erti makhluk itu?
Jasad atau badan yang bertubuh yang bergerak dengan iradat.

Daripada apakah asal diciptakan manusia itu?
Manusia itu diciptakan daripada dua benda:
i) Roh.
ii) Jasad.

Apakah roh itu?
Roh itu adalah seperti firman Allah SWT:

“Dan bertanya mereka akan mu ya Muhammad daripada hal roh itu. Katakanlah roh itu daripada pekerjaan Tuhanku dan tidak didatangkan kamu daripada pengetahuan itu melainkan sedikit sahaja”

Dari mana asal jasad manusia itu?
Asal manusia daripada tiga bahagian:
i) Asal manusia itu Adam.
- Asal jasad Adam dijadikan Allah daripada tanah dari benua di dalam dunia,
- Kepalanya daripada tanah Al Kaabah,
- Dadanya dari tanah potongan bumi,
- Perutnya daripada tanah Hindi,
- Dua tangan daripada tanah Masyrik dan;
- Dua kaki dari tanah Maghrib.

Firman Allah SWT:

“Dan sesungguhnya kami jadikan manusia itu daripada tanah liat yang kering dan daripada tanah yang hitam yang berubah bau yang boleh dibentukkan”
(Al Hijir: 26)

ii) Hawa.
- Jasad Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam.

Sabda Nabi SAW:

“Berpesanlah kamu dengan orang perempuan itu perkara-perkara kebajikan maka bahawa perempuan itu dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok dan bahawa yang lebih bengkok sesuatu pada rusuk itu ialah tulang diatasnya maka jika engkau pergi kehendaki membetulkan akan dia (dengan serentak) nescaya engkau mematahkan dia dan jika engkau membiarkan dia (dengan tidak menasihati) nescaya sentiasa bengkok. Maka berpesanlah kamu dengan segala perempuan itu perkara-perkara kebajikan”

iii) Anak cucu keduanya.
- Jasad-jasad zuriat anak cucunya daripada natepah (air mani) yang bercampur yang setengah daripada tumbuhan bumi.

Firman Allah SWT:

“Bahawa kami telah menjadi akan manusia itu daripada natepah yang bercampur (dari lelaki dan perempuan) yang kami ciptakan dia maka kami jadikan dia seseorang yang mendengar lagi melihat”
(Al Insan: 2)

“Maha Suci Tuhan yang telah menjadikan dia akan pasangan-pasangan sekaliannya setengah daripada barang-barang menumbuh oleh bumi itu dan daripada diri-diri mereka itu dan daripada barang yang tiada mengetahui mereka itu”
(Yasin : 36)

Maksudnya Adam dijadikan daripada tanah dan Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam dan anak cucunya daripada keduanya dijadikan daripada natepah (air mani).
Dan bermula roh itu daripada pekerjaan Allah.

1 Any comments?:

Lelaki Ini said...

subhanallah!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'