19 March, 2011

Kelapa Matag


"Awat yang hari ni hang pi cerita pasai pokok nyoq pulak dah? Mokalau hari Sabtu selalu hang dok penaik cerita pasai poskad?" Sebelum soalan yang lebih kurang berbunyi demikian dikemukakan, sukacita dimaklumkan bahawa entri khas majlis penanaman pokok kelapa Matag ini terpaksa juga diadakan kerana adalah diharapkan semoga suatu hari nanti ianya akan menjadi satu entri yang paling blues untuk dikenang...


Menurut cerita nenek moyang dahulu kala tatkala di zaman sebelum wujudnya lagi surat beranak atau sijil lahir pada waktu itu, salah satu cara untuk mengetahui umur seseorang itu ialah dengan menanam pokok kelapa. Bilangan tahun kelahiran seseorang itu akan dikira berdasarkan bilangan takuk yang terdapat pada pokok kelapa tersebut yang ditanam oleh bapa bayi berkenaan pada hari kelahirannya.

Bagi menyambung tradisi tersebut (tetapi bukan kerana kelahiran anak), sebaliknya sebagai satu simbolik bagi memperingati satu peristiwa penting yang telah berlaku dalam hidup BR pada 17.03.2011 yang lalu, maka tertanamlah pokok kelapa Matag ini sebagai kenang-kenangannya.

Pokok kelapa juga telah dipilih memandangkan ianya merupakan pokok serba guna dari hujung daunnya hinggalah ke umbut akarnya dan insyaAllah hasilnya akan dapat dinikmati dalam tempoh masa lebih kurang empat tahun dari sekarang...

Sama-samalah kita ikuti kronologi penanaman pokok kelapa Matag ini:


1. Mencari lokasi atau tapak penanaman yang sesuai. Berair atau kering sangatpun tak bagus juga.

Mungkin tidak ramai di antara kita yang mengenali pokok kelapa Matag ini. Ia sebenarnya merupakan sejenis pokok kelapa baka baharu yang telah dihasilkan selain daripada baka pokok-pokok kelapa terdahulu seperti kelapa Mawa, kelapa Pandan, kelapa Gading, kelapa sawit? dan sebagainya lagi.

Kelapa Matag atau nama saintifiknya Cocos nucifera L adalah jenis kacukan kelapa tempatan Kelapa Malaya Rendah (Malayan Dwarf) dengan Kelapa Tagnanan Tinggi dari Filipina. Ia boleh menghasilkan kira-kira 30,000 biji buah setiap hektar setahun.


2. Seteleh menemui lokasi yang sesuai, kerja-kerja memecah dan mengorek tanahpun dilakukan.

Pokoknya lebih rendah, kira-kira 5.06.0 meter tinggi, dan mula berbuah empat hingga lima tahun selepas ditanam. Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, santan dan juga berisi tebal dan lebih berat apabila menghasilkan kelapa kering (kopra).

Kelapa Matag juga bersaiz lebih besar daripada kelapa jenis Mawa dan turut mampu memberi pulangan yang baik kepada penanam kerana isinya lebih tebal, rasanya yang enak dan 'banyak santan'... He.. he..


3. Memasukkan benih kelapa Matag ini ke dalam lubang.

Tugas ini perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati, lemah lembut dan penuh kasih sayang. Tangan serta jari jemari yang 'sejuk' diperlukan di sini kerana menurut kata orang tua-tua, kalau tangan 'panas' tidak boleh menanam pokok, nanti pokok tidak mahu hidup ataupun tidak menjadi.

Kelapa Matag boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga hingga empat tahun selepas berada di tapak pertanian dan setiap tandan mampu menghasilkan 15 biji pada peringkat awal berbuah dengan jangka hayatnya antara 25 hingga 30 tahun. Pokok ini juga akan mula berbuah walaupun ianya masih rendah.


4. Mengambus kembali tanah.

Baka ini mempunyai ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang cepat dan tidak cerewet untuk dijaga Ia mula berbunga pada tahun ke-3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke-4. Empat tahun mungkin terlalu lama bagi seseorang tetapi dalam sedar tak sedar masa itu akan terus berlalu dan lambat laun empat tahun itu akan tetap tiba jua tanpa disedari.


5. Menyiram. Menurut kata orang tua-tua juga, selepas menanam sesuatu pokok, wajib ianya disiram.

Untuk pengetahuan, benih kelapa matag ini dijual pada harga yang agak tinggi iaitu di antara RM25 hingga RM40 sepokok. Kepada pembaca yang telah melawat MAHA baru-baru ini tentunya lebih arif mengenai harganya ini.


Pemandangan lokasi di hadapan halaman rumah selepas pokok kelapa Matag ini ditanam. Setiap hari bolehlah selalu memerhati dan membelainya...


Ini adalah satu contoh imej carian Googles sebatang pokok kelapa Matag yang telah mengeluarkan hasilnya. Tu dia.. nala punya la 'merendoh' buah dia Encik Mat.

Adalah diharapkan agar pokok kelapa Matag yang ditanam oleh BR inipun akan berbuah seperti ini dalam tempoh empat tahun lagi dan perkembangan tumbesarannya akan dipantau dan akan dipaparkan dari semasa ke semasa.

Kepada pembaca yang ingin merasai hasilnya, dijemputlah datang ke rumah BR empat tahun lagi... he.. he..


Untuk maklumat lanjut mengenai kelapa Matag ini, pembaca bolehlah ke: MOA/Kelapa Matag


Moral Value: “Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. - Tafsir surah al-Asr.


21 Any comments?:

AHMAD TAHIR said...

ate...hari ini saudara BR udah nanam pokok nyor pulak...semoga lebat buahnya...

Blues Riders said...

ate.. gitulah rupanya yop, mengah jugak teman nyangkoi tadi..

Bawang Goreng said...

Waaa... gambar buah kelapa mude tu terlior dibuatnya...

Tokan said...

tu dia dah tanam dah....moga2 beroleh hasil yang memuaskan. Pokok yang kita beli sama-sama tu kan?

Blues Riders said...

BR to BG:
empat tahun lagi datanglah merasa air kelapa muda ni.. hehe..

BR to Tokan:
tanam dah bro, pokok yg kita beli sama2 tu la..

Fiqas said...

salam BR, moga success la hendaknya pokok kelapa ni, lagi 4 tahun boleh rasa hasilnya ye..

bainun said...

ohhhh , nyumm , nyumm , sedapnye air kelapaa ! huhuhuuuu T.T

Coffee Girl said...

Cepatnya kelapa tu membesar! hahaha... :-) Tanam buah epal boleh tak?

anne jasmine said...

umah anne ade~!!! ngee.. best.. ari2 dpt mnum air kelape.. jual lg.. haha..

tetibe rindu umah.. sob2

Alan said...

hehe sekarang ni dah tak ada orang tanam pokok kelapa untuk mengingati tarikh lahir

mommylavender said...

sekarang orang tanam kelapa tu jer kan cepat dapat hasil...tak payah guna galah o monyet untuk ambil buah kelapa...area bagan datuk byk kan.

Nurhafizah p i j a said...

bila bleh mnum air klapa nih ?

Scarlett O'Hara said...

Bayangkan bila pokok tu dah tinggi, camana nak panjat kia takuk untuk tau umur.

Norhafiza said...

rasa2 No la, sesuai ni kalo tanam dalam kawasan perumahan sebab dia tak tinggi..dah berbuoh nak petik pun senang..dan No rasa kat Labuan ni takde kot benihnya atau No yang terlepas pandang..

ina said...

aduh... tak sabar nak tunggu 4 tahun lagi jika begitulah hasilnya...

fLy_AwAy said...

nanti buat entry pasal tanam orang plak ye, lagi cool ! hehehe :P

zaitun @ kak tun said...

ayaq nyok muda satu :D !!

MamaEma said...

saya tk reti tanam menanam ni..kalau menanam konpem mati...tangan panas agaknya...hehehe

zmah said...

Boleh tahan juga banyak buahnya...bila dah berbuah banyak jangan lupa ajak kawan ni minum sama...
Wah! nak pi Sarawak??? jangan lupa ambil seberapa banyak gambar.

Nurul Afifah said...

tanam kelapa..xpenah lg tgok org tanam kelapa..ni detail lagi bg..hope pokok tu memebesar dgn baik..

Mawar segar said...

Mana nak beli dulu beli kat maha sebiji je nak tambah lagi le yeop

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'