15 March, 2011

Ilmu Kesihatan Untuk Sekolah Rendah Malaysia Darjah Enam


Setelah kita mengikuti kisah buku teks Ilmu Kesihatan Untuk Sekolah Rendah Malaysia Darjah Empat, untuk entri kali ini marilah sama-sama kita ikuti pula kisah buku teks Ilmu Kesihatan Untuk Sekolah Rendah Malaysia Darjah Enam yang pastinya akan mengimbau kembali kenangan semasa bersekolah rendah di suatu masa dahulu.


Kulit hadapan buku menggambarkan serba sedikit mengenai isi kandung buku iaitu mengenai penjagaan kesihatan, sistem pernafasan dan sistem pendengaran. Semester pertama ijazah kedoktoran mesti belajar mengenai semua ini... He.. he..


Pada kulit belakang buku juga membawa maksud yang sama iaitu mengenai sistem pencernaan, gigi dan mata.


Penerbitan Kerajaan Malaysia (Kementerian Pelajaran) dan hakcipta Dewan Bahasa dan Pustaka 1974. Cetakan pertama ialah pada tahun 1974 dan diulang cetak sebanyak sebelas kali sehingga tahun 1984. Buku ini dicetak oleh Percetakan Harian, Setapak Garden, Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya buku ini mencakupi berbagai aspek penjagaan kesihatan rohani dan jasmani supaya akan menghasilkan murid-murid yang benar-benar berilmu dan berguna kepada masyarakat dan negara keseluruhannya sebagai bekalan untuk mereka menempuhi alam remaja.

Isi Kandungan terdiri daripada 30 Pelajaran yang dipersembahkan melalui gaya penulisan yang mudah difahami beserta dengan ilustrasi-ilustrasi yang mudah yang dikira amat sesuai dengan peringkat umur murid-murid Darjah Enam pada waktu itu. Ilustrasi-ilustrasi mudah itu juga boleh menarik minat dan daya ingatan murid terhadap sesuatu tajuk pelajaran.

Isi Kandungnya:

1. Kebersihan Diri.
2. Kelaziman Kesihatan.
3. Mata, Telinga, Hidung dan Kerongkong.
4. Gigi Kita.
5. Bentuk Gigi.
6. Kesihatan Gigi.
7. Makanan yang Memberi Tenaga, Membina Badan dan Mencegah Penyakit.
8. Air.
9. Bekalan Air untuk Orang Ramai.
10. Memilih, Menyedia, Menyimpan dan Menjaga Makanan.
11. Pencernaan Makanan.
12. Tumbesaran.
13. Senaman dan Hiburan.
14. Berehat.
15. Tidur.
16. Persikapan.
17. Hormat-menghormati antara Keluarga.
18. Menjadi Orang yang Berguna.
19. Persahabatan.
20.Mengawal Rasa Hati.
21. Kesihatan dan Keselamatan Di Rumah.
22. Kesihatan dan Keselamatan Di Sekolah.
23. Sampah dan Kotoran Rumah.
24. Mencegah Penyakit yang Berjangkit.
25. Kesan-kesan Buruk daripada Minuman.
26. Kegunaan dan Salah Guna Ubat-ubatan.
27. Masa Kecemasan.
28. Kesihatan Masyarakat.
29. Kerajaan dan Kesihatan.
30. Peranan Seseorang warganegara yang Baik.

Terdapat juga soalan-soalan latihan yang dikemukakan di akhir tajuk pelajaran yang telah dipelajari sebagai pengukuhan.

Marilah sama-sama kita ikuti beberapa tajuk pelajaran yang telah BR pilih secara rawak untuk tatapan kita. Pembaca juga boleh klik pada imej untuk membesarkannya.


Tajuk Pelajaran 1: Kebersihan Diri.

Berkisar kepada penjagaan dan kebersihan diri iaitu cara penjagaan rambut, badan, tangan, kaki dan pakaian. Dihuraikan satu persatu sebab dan akibat kepentingan penjagaan kebersihan diri ini.

Satu tajuk pelajaran yang dikira amat penting bagi murid-murid mempraktikannya. Semasa BR bersekolah dahulu, uji kaji mengenai kebersihan kuku juga dilakukan oleh Cikgu Saidin di mana satu sampel kotoran kuku telah diambil lalu diletakkan di atas sekeping roti. Hasilnya selepas beberapa hari kita boleh melihat roti tersebut telah menjadi berkulat dan diandaikan begitulah rupanya makanan yang kita makan dengan menggunakan tangan yang berkuku kotor.


Tajuk Pelajaran 4: Gigi Kita.

Mengenalkan murid kepada struktur gigi, jenis-jenis gigi serta tugas gigi masing-masing. Contohnya gigi kacip, gigi taring, gigi geraham besar dan gigi geraham kecil. Penjelasan yang ringkas tetapi cukup berinfo mengenai gigi. Untuk pengetahuan, semasa di zaman persekolahan dahulu memang terdapat ramai rakan-rakan BR yang bergigi 'rongak' termasuklah BR sendiri... He.. he..


Tajuk Pelajaran 7: Makanan yang Memberi Tenaga, Membina Badan dan Mencegah Penyakit.

Tajuk ini berkisar mengenai kepentingan pemakan untuk tubuh badan. Dinyatakan mengenai jenis-jenis makanan yang mempunyai kanji, gula, lemak, makanan pembina badan dan makanan pencegah penyakit.

Disebut juga mengenai kepentingan protein dan vitamin serta kepentingan memakan buah-buahan tempatan seperti betik, jambu, rambutan, cempedak dan sebagainya. Tidak hairanlah jika diperhatikan penduduk Malaysia di sekitar tahun 1960-1970-an mempunyai tubuh badan yang menarik dan tidak ramai yang obesiti.


Tajuk Pelajaran 9: Bekalan Air untuk Orang Ramai.

Topik ini ialah mengenai kepentingan air dalam kehidupan manusia. Di antaranya ialah air pili (air paip), air hujan, air tasik atau kolam, air perigi dan air sungai. Di kampung BR dahulu memang terdapat air pili seperti di dalam gambar yang diletakkan di tepi-tepi jalan bagi kemudahan penduduk kampung menggunakan air bersih.

Pada waktu itu kemudahan air paip dari rumah ke rumah adalah belum meluas dan penduduk kampung cuma disediakan sebuah pili awam seperti itu untuk kegunaan ramai. Adalah menjadi perkara biasa jika dilihat orang mandi dan membasuh pakaian di tepi jalan pada waktu itu. Kebanyakan penduduk kampung pada waktu itu juga lebih banyak menggunakan perigi sebagai sumber air mereka.


Tajuk Pelajaran 14: Berehat.

Topik ini berkisar mengenai kepentingan berehat di dalam kehidupan. Walaupun dilihat mudah, tetapi berehat merupakan satu keperluan yang mesti diberi perhatian yang kebanyakannya diabaikan oleh masyarakat hari ini. Sengaja BR paparkan tajuk ini kerana ilustrasi funfair dan sekeluarga sedang berehat sambil mendengar radio merupakan ilustrasi yang cukup mengingatkan BR kepada suasana di sekolah rendah dahulu.


Tajuk Pelajaran 18: Menjadi Orang yang Berguna.

Tajuk ini ialah mengenai keperluan supaya murid menjadi orang yang berguna dan boleh hidup berdikari.

"Kita mesti belajar bagaimana hendak menjaga dan menolong diri sendiri. Kita mesti juga belajar bagaimana hendak hidup sihat dan cara hendak menjaga perasaan hati orang lain. Kita juga patut tahu bagaimana hendak membuat pertimbangan pada satu-satu perkara yang terjadi."


Tajuk Pelajaran 23: Sampah dan Kotoran Rumah.

Satu tajuk yang dikira amat penting untuk murid dan masyarakat menghasilkan persekitaran yang bersih dan sihat. Di antara topik yang dihurai di sini ialah mengenai pembuangan sampah-sarap, pembuangan najis, tandas moden, tangki septik atau limbahan, tandas angkat dan sebagainya. Kaedah pembinaan sesebuah tandas juga diterangkan di dalam topik ini.

Untuk pengetahuan, sebelum adanya tandas moden seperti hari ini, terdapat beberapa bentuk tandas pada zaman dahulu seperti tandas kolam, tandas korek, tandas angkut dan tandas 'baling'. Tidak dapat dihuraikan satu persatu kaedah-kaedah tandas yang telah disebutkan itu memadai hanya mereka yang pernah merasainya sahaja yang mengetahui...


Demikianlah serba sedikit imbauan mengenai apa yang telah dipelajari oleh murid-murid dahulu bagi subjek Ilmu Kesihatan Darjah Enam ini. Kepada pembaca yang pernah menggunakan buku teks ini sudah tentu mempunyai cerita yang tersendiri untuk dikongsikan. Berdasarkan kepada isi kandung buku teks ini serta kesungguhan guru-guru yang mengajar pada waktu itu, ramai di antara kita yang patut bersyukur kerana telah menjadi apa yang telah kita jadi sekarang...


24 Any comments?:

whitecappuccino said...

Bagusnya buku ni..lengkap dengan informasi..akak sempat guna buku ni dulu..

iaryylr said...

Sekarang, buku teks dan pembelajaran apa yang boleh mendidik remaja agar menjadi belia berguna? entahlah....

Syed Fairus said...

Waa..walaupun buku ini digunakan bukan pada zaman saya, tapi saya selalu baca. Bab yg paling saya suka tentang bab tandas tu. Siap ada gambarajah jenis-jenis tandas.

Blues Riders, bole tak nak pinjam (copy) gambar mukasurat yg bab tandas tu? Saya nak guna untuk entry blog saya nanti?

Blues Riders said...

BR to whitecappuccino:
memang bagus buku teks dulu2.. banyak perkara yg dipelajari.

BR to bro ia:
yang itu kena tanya cikgu2. mereka tentu lebih arif.. hehe..

BR to Syed Fairus:
silakan... semoga "kita dapat mengingati kembali asal-usul kita tanpa mengira di tahap mana kita berada sekarang..."

Farhana Sahri said...

wow...gmbr sume bwarne

Nora Shahaira said...

hee..macam masuk sekolah balik aaa..tapi masa akak nora sekolah tak de buku ni..alam dan manusia ada lah..

Adzriel AB said...

wahhh.... mari belajar kesihatan. zaman saya gak ni rasanya.

Cik Muda Nurul:) said...

buku ni sgt bagus! ni baru betul2 pendidikan jasmani dan rohani! pendidikan jasmani+sivik gitu! :D

sha said...

Pernah baca buku ni. Ambik kat sekolah masa ada kemaskan stor buku sekolah.

Rasanya buku tu untuk tahun 60-an. Tapi saya baca pada tahun 1990-an.
Tapi, best buku ni. Tak sama sukatan pelajaran dengan yang saya belajar. Namun, ia tetap lengkap.

Blues Riders said...

BR to Farhana Sahri:
ilustrasi berwarna salah satu faktor utk menarik minat murid selain drp kandungannya yg mudah difahami.

BR to Nora Shahaira:
kalau zaman alam & manusia tu bermakna generasi kbsr lah tu..

BR to Adzriel AB:
tajuk pelajaran dulu2, kadang2 kelakar pun ada. ilmu alam, tawarikh, ilmu hisab, tata rakyat dsb..

BR to Cik Muda Nurul:
memang bagus isinya. merangkumi semua aspek asas rohani dan jasmani.

BR to Sha:
kalau ada lagi buku2 seperti ini, simpanlah utk tatapan generasi akan datang. biar mereka tahu bahawa atok & neneknya juga pernah belajar sesuatu yg hebat..

HATYCIKNUURUL said...

errr,mcm xtau je bku ni,.waaa,ctakan yg ke-11 pon sy xlahir lg,.hehe,.erm,tringat mse skolh2 la plk,.lucuu,.hehe

TambelanBlog said...

Nice buku nya. Mengandung hal yang sangat bagus buat pengajaran. saya suka dengan isinya.

syieda said...

sy x sempat guna pon buku2 tu sume...ape2 pon mmg best la n3 ni...heheh

put3 ct said...

bagus r buku tuh... huhu

Liz said...

wah terkenang Liz zaman sekolah dulu..Liz pun ada juga belajar ilmu kesihatan ini...Tapi Liz tak mampu nak capai cita-cita jadi doktor.hehehe

mahirahnazlim said...

best oh baca buku lama-lama ni . lengkap . thne suka tgok terms dia . hehe

cemomoi said...

macam pnah guna je buku ni

CikLilyPutih said...

dah terlupa lah ilmu kesihatan nie

Prince Halilintar said...

dulu mase sekolah rendah mmg minat ilmu kesihatan ni..impian nk jd doktor tapi last2 xkesampaian..hehe

❦ CuTe MuMmY FaRa ❦ said...

wah!! awak ada lagi buku ni?? salam perkenalan..

zul said...

Assalammualaikum, posting ni menarik. Ini buku-buku yang saya guna masa sekolah rendah antara tahun 1976-1981.Buku sejarah darjah empat saya guna tahun 1979. Kami mengambil peperiksaan Penilaian Darjah Lima, tidak seperti sekarang semasa darjah 6. Nice post. Kalau boleh saya nak buku sejarah darjah empat tu kalau ada lebih.

nora said...

eeeeee...ade lg ke buku ilmu kesihatan ni..buku ni time zaman akak sekolah dulu..buku dulu mmg seronok je nk bace kan.. lg satu skang ni mana ade buka pelajaran sivik...time akak dulu ade..tu pasal akak ni bersivik orang nya..keh..keh..

Rosaini Rashid said...

sangat2 mengimbau kenangan zaman sekolah rendah dulu. Di mana bolah saya dapatkan senaskah?

HEMA said...

buku dulu2 semua banyak gambar...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'