Entri kali ini agak berbeza sedikit kerana BR hendak mempromosikan sebuah kedai laksa beras yang baharu sahaja beroperasi di Kampung Cherok To' Kun, Bukit Mertajam, Seberang Perai. Nama kampung ini mungkin agak klasik sedikit tetapi ianya hanya terletak kira-kira 3 km sahaja dari bandar Bukit Mertajam.
Selain daripada terkenal sebagai tempat kelahiran bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, ia juga terkenal dengan taman rekreasi Cherok To' Kun yang terletak di kaki bukit Bukit Mertajam yang boleh diikuti melalui simpang Jalan Kolam yang terletak berhampiran dengan Laksa Houz ini.
Mula beroperasi pada 16.03.2011 yang lalu dan telah mula menjadi buah mulut dan mendapat sambutan yang hebat di kalangan penduduk-penduduk di sekitar Bukit Mertajam dan kawasan di sekitarnya meskipun ianya baharu sahaja dibuka.

Waktu perniagaannya ialah pada setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan Laksa Houz ini akan ditutup pada hari Jumaat. Hak milik penuh PK Niaga Jaya Enterprise (PKNJ) merupakan 100% milik bumiputera dan tidak diragui lagi status halalnya.
Untuk pengetahuan, penyediaan laksa beras ini sehinggalah kepada kuahnya yang sedap itu adalah diusahakan sendiri oleh PKNJ dengan memiliki tempat memproses laksa dan kuahnya sendiri di lokasi yang berhampiran.

Secara saintifiknya hidangan laksa merupakan satu set hidangan yang lengkap mengandungi karbohidrat (laksa), protein (kuah ikan), dan lain-lain sumber vitamin yang dihasilkan oleh bahan-bahan ramuannya seperti telur, salad dan ulam-ulaman. Amat sesuai untuk hidangan menyihatkan bagi seisi keluarga.

Susun atur dan tata hias kedai yang moden dan menarik sungguh selesa dan bergaya apabila menikmati hidangan laksa di sini. Kedai ini juga boleh memuatkan kira-kira 40 orang pelanggan dalam satu-satu masa.


Kepada penduduk-penduduk di sekitar Bukit Mertajam dan Seberang Perai, Laksa Houz juga sedia untuk menerima tempahan laksa bagi majlis kenduri perkahwinan, kenduri doa selamat, kenduri arwah, jamuan hari jadi, jamuan pejabat, majlis bertunang, majlis berkhatan dan berbagai-bagai lagi majlis jamuan dengan memberikan harga yang istimewa.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan pemilik kedai iaitu Kasim Mohamad: 012-4535401 dan Kak Za: 012-6265401.


Adalah diharapkan semoga Laksa Houz ini akan terus berkembang maju dengan membuka beberapa buah lagi cawangannya di seluruh Malaysia. Dengan ini juga dapat mengangkat hidangan laksa yang biasanya boleh kita dapati di gerai-gerai dan di warung-warung sahaja menjadi satu hidangan elit yang boleh dinikmati oleh berbagai lapisan kaum.
Semoga Laksa Houz To' Kun ini juga akan dapat berdiri seiring dengan lain-lain produk makanan yang popular di Seberang Perai ini seperti char kuey teow dan mee udang Sungai Dua, mee Man Kambu, mee kuah ketam, mee rebus Pak Ngah dan sebagainya.
Kepada anda yang datang ke Seberang Perai atau ke Pulau Pinang, cubalah cari kedai Laksa Houz untuk mencuba laksa beras yang lain dari yang lain ini...
17 Any comments?:
macam sedap je..tapi jauh ler pulak huhuhu
alaaa..sy dtg blog BR ni byk kali tp sejak kebelakangan ni x dpt baca n3 sbb tulisan naik kaler kuning, background kaler putih...huhu
fine, NS tak lunch lagi, tgk laksa je, perut dah berbunyi.. lame tak makan laksa + cucuq udang ;)
Nanti klu kwn TERpegi sebelah utara nun bolehlaa cube singgah,nak rase jugak sbb nampak mcm sedap je.....ihiks.
abg long blnje kami mkn sini..hantu lksa ni
menariknya...kena cuba ni..tk jauh dah...
nice ada houz mcm ni..
tak pernah rasa laksa campur tu.. asal mana?
tokua= tauhu (bahasa standardnya..)
salam BR....
Teringat kembali laksa penang yang selalu hari2 saya makan masa study kat png dulu...dah lama tak ke BM...rindu rasanya...laksa houz tu pun mcm sedap jek...kalo terlajak ke sana blh lah mencuba nanti
Kena cari ni. Nak try laksa campur....
nyaem nyaem ada telurnya di piring membuat perut lapar
Sedapnya...mintak sikit
nak test nie kalau kesana.. kaki laksa!
owh BR ni oghang penang ka? huhu
x pernah try lagi laksa kat kedai ni. nanti kena pi try ni :)
comelnyer waiter tuh.. hoho~~
As salam, saya x pernah lagi try laksa campur.
Dh dpt cr masalahnya,,,rupa2bya pc di ofis sy jer yg problem,bila sy bukak di rumah..ok jer...hehe...nmpk sgt Allah x bg BW time keja...kehkeh
hehehehe..dekat umah saya :D
Post a Comment