03 June, 2011

Mara Ekspress Blues...


Khas untuk bekas anak-anak rantau di perantauan di penghujung tahun 1970-an dan di awal 1980-an yang pernah menggunakan perkhidmatannya pastinya tidak pernah lupa kepada bas MARA ekspress seperti yang tertera di dalam gambar ini. Pada waktu itu bas-bas ekspress tidaklah banyak seperti sekarang apatah lagi yang dua tingkat, memang tidak pernah dibayangkan lagi pada waktu itu.

Sungguh berlainan dengan sekarang di mana Konsortium Transnasional Berhad dengan rangkaian Nice, Plusliner, Cityliner dan Transnasionalnya, Konsortium Bas Ekspress Semenanjung, Firstcoach dan sebagainya yang telah membanjiri jalan raya dan lebuhraya-lebuhraya kita di mana menyaksikan kadar kemalangan yang melibatkan bas-bas ekspress juga turut meningkat. Kalau dahulu hendak mendengarkan sebuah bas masuk parit pun susah...


(Keratan berita mengenai MARA Ekspress yang telah diambil daripada sebuah majalah keluaran tahun 1978).


Untuk pengetahuan, bas MARA ekspress ini merupakan pengangkutan jarak jauh yang utama pada waktu itu sama ada untuk ke selatan (Singapura), utara (Alor Setar) mahupun timur (Kota Bharu) dari Kuala Lumpur. Bas ini berwarna putih dan bercermin gelap serta berlangsir, ia boleh membawa penumpang sekitar 35 orang dan sudah tentunya mempunyai penghawa dingin yang dikira sudah cukup canggih pada waktu itu.

Sesungguhnya pengaruh bas MARA ekspress sungguhlah kuat sehinggakan seorang kawan BR semasa di Kedah dahulu telah bertukar kepada dialek KL hanya kerana selepas berselisih dengan bas ini.

Di saat bas-bas berhawa dingin mula diperkenalkan, boleh dikatakan hampir kesemua bas yang mempunyai pendingin hawa akan meletakkan pelekat "Berhawa Dingin" pada bas masing-masing untuk pengetahuan dan tarikan bakal penumpang. Sememangnya hawa dingin itu pun sudah cukup untuk menjadikannya sesuatu yang sungguh istimewa pada waktu itu.

Dengan modal berbayar yang mencecah hampir RM5 juta nilainya pada waktu itu telah menjadikan MARA ekspress ini merupakan perkhidmatan pengangkutan utama yang menjadi pilihan pengguna pada waktu itu.

Adalah difahamkan bas jenama Mercedes ini adalah yang tercanggih pada waktu itu kerana memiliki sistem suspensi yang sungguh selesa. Sesuatu yang istimewa di dalam bas MARA ekspress ini ialah ia mempunyai tandas di dalam bas seperti dalam kapal terbang kerana ia mungkin telah dicipta untuk perjalanan jarak jauh.

Untuk pengetahuan, bas-bas yang mempunyai tandas ini pernah popular suatu ketika dahulu di era 1980-an di mana belum lagi tercipta lebuhraya-lebuhraya yang telah memendekkan sesuatu perjalanan. Pernah di suatu ketika bas ini juga turut mempunyai pramugari.

Penumpang juga turut disediakan dengan selimut dan tisu lembab sepanjang perjalanan untuk keselesaan. Kisah tisu lembab ini juga telah turut mengingatkan BR kepada seorang makcik yang mengunyahnya dengan selamba kerana sangkanya ia adalah makanan ringan yang disediakan oleh pihak bas... Penggunaan selimut terutama pada perjalanan di waktu malam sungguh menyelesakan tetapi malangnya ramai penumpang yang telah menyalahgunakan selimut itu dengan menjadikannya sebagai pengelap kasut... He.. he..


(Imej Ihsan Google)


Bila disebut sahaja "Bas MARA" ini maka teringatlah juga BR di zaman kanak-kanak dahulu di mana bas MARA merupakan pengangkutan awam yang utama semasa di kampung. Basnya kontot sahaja, berwarna merah dan berjenama "Seddon". Apa yang istimewanya ialah pemandunya yang juga merangkap 'kolet' (tukang kutip tambang) dan boleh singgah dirumahnya untuk makan tengah hari.

Pemandunya juga sungguh segak dengan pakaian batik berwarna biru. Apa yang sungguh menarik minat BR pada waktu ialah terdapat tangga di belakang bas untuk naik ke bumbungnya, memang teringin sungguh untuk memanjatnya sampai ke atas... He.. he..

Kepada mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan bas MARA ini semuanya kini hanyalah tinggal kenangan kerana putaran waktu telah melihatkan kehadiran bas-bas yang lebih canggih dan perkhidmatan yang lebih selesa pada hari ini. Perkhidmatan bas MARA ini juga telah diberi penjenamaan semula dengan dikenali sebagai Mara Liner.


Kita lihat serba sedikit mengenai sejarah penubuhan Syarikat MARA Express Sdn. Bhd. ini:


Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat lebih ramai lagi bumiputra berkecimpung dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Galakan dan bantuan sentiasa diberikan bagi membolehkan mereka mengambil bahagian yang cergas dalam kedua-dua lapangan itu.

Di samping menggalakkan penubuhan syarikat-syarikat perniagaan persendirian, kerajaan melalui berbagai badan dan agensi, telah menubuhkan beberapa buah syarikat yang apabila sudah berjalan dengan baik, kukuh dan menguntungkan akan diserahkan, atau sebahagian sahamnya akan dijual kepada orang ramai, terutama bumiputra.

Sesuai dengan semangat ini, Syarikat MARA Express Sdn. Bhd. akan menjual 40 peratus dari sahamnya kepada orang ramai mulai dari 31 Ogos akan datang.

Mara Ekspress adalah sebuah anak syarikat MARA yang ditubuhkan dalam tahun 1969 khas untuk mengadakan perkhidmatan bas jarak jauh.

Modal yang dibayar syarikat tersebut sekarang ialah $3.9 juta dan ini akan dinaikkan menjadi $5 juta.

Berikutan dengan itu, $2 juta dari modal yang dibayar yang dinaikkan itu nanti, akan dijual kepada orang ramai.

Satu prospektus mengenai penjualan saham-saham untuk orang ramai seperti yang dikehendaki oleh Akta Syarikat, akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Keutamaan akan diberikan kepada syarikat-syarikat kenderaan bumiputra, syarikat-syarikat kerjasama serta pekerja-pekerja kenderaan.

Syarikat itu sekarang mempunyai 70 buah bas, ada yang berhawa dingin ada yang tidak.

Setakat ini, syarikat itu mengadakan perkhidmatan terus Kuala Lumpur Alor Setar, Kuala Lumpur Singapura, Kuala Lumpur Kota Baharu dan lain-lain.

Perkhidmatan bas ke tempat-tempat itu diadakan siang dan malam. Selalunya tambang untuk bas untuk tanpa hawa dingin kurang sedikit dari yang berhawa dingin.


Mesra, Selesa, Bergaya

23 Any comments?:

cik maz said...

best bace cerita psl bas ni..atleast tau cerita asal usul bas...wisel..mcm2 lg...keep it up..

Aina said...

down memory lane :)

Mime MF said...

1st tyme tgk bus mara yang lama 2..
hehe..

cikgu_aare said...

tak pernah naik bas tu..

betul2 klasik..:p

Alan said...

di tahun 90an masih ada bas yang ada tandas kat dalam. tapi memang rasa tak selesalah nak guna hehehehe.

memang perasan masa kecil dahulu ada bas yang tulis berhawa dingin hehehehe..masa tu yang berhawa dingin cuma bas ekspress jelah. bas lain pakai aircond semula jadi - buka tingkap luas luas hehehehe.

sekarang nak cari bas yang buka tingkap dah susah sebab semua dah pakai aircond.

Blues Riders said...

BR to cik maz & Aina:
terima kasih.. singgah2lah selalu.

BR to nursyamime & farhana aziz:
gambarnya saja yg ada, bas yang sebenar sudah jadi besi buruk.. lebih kurang macam bas dalam filem p ramlee.

BR to bro Alan:
tandas di dalam bas memang tak sesuai sekarang kerana sudah ada banyak hentian rehat. lagipun 'aroma'nya boleh menyelubungi satu bas.

dulu2 jika bas itu berhawa dingin memang dikira cukup hebat.

fasham said...

hahaha sejarah sentiasa mengingatkan masa silam yang telah berubah..haha nama pun sejarah ye x..

marilah join kontest blog saya dan marilah beli brooch di blog saya :
http://fasham87.blogspot.com

Kakkoii said...

alamak nostalgia lama datang lagi~~

fiqas said...

nostalgia sungguh...dulu masa kecik2, pernah jugak naik bas macam ni..

Bawang Goreng said...

Bas MARA takde pengalaman, tapi dulu BG naik bas express 'RESTU'. Tak pernah tengok brand ni lagi... dah pupus kut...?

anita said...

Nice post
Thanks for sharing

PenDekAr LauT said...

Aku dulu kalau blk kg memang naik bas MARA. Memang betul2 nostalgia. Tq for sharing...

Unknown said...

teringat naik bas Mara balik kampung dulu-dulu..nostalgia betul la...bro ada tak koleksi tiket2 bas dulu2?...

Blues Riders said...

BR to tiha:
memang namanya pun sejarah.. hehe..

BR to Kakkoi, Fiqas, BG, anita, PenDekAr LauT & bro Khairil:
sungguh nostalgia terutama kepada mereka yang pernah menaikinya..

di saat2 akhir perkhidmatan bas ekspres mara itu telah dijadikan bas berhenti2 di sekitar tahun 1981. merasalah BR menaikinya untuk ke sekolah.

Nan said...

dulu bas MARA mmg femes...kat B.M (bukit mertajam) pun femes gak..bdk skrg ni ada yg nk naik bas pun tak tau... aku sndr pun dh lama tk naik bas..(bas no brapa ke kg aku ek?)

Blues Riders said...

BR to @nan:
kalau di BM bas mara nya dikenali sebagai "rangkaiyan setia". sekarangpun masih ada, stesennya berhampiran stesen keretapi BM.

Saiful Bakhtiar said...

salam.Kat kg sy ada lagi bas mara ni.tp dh moden..

Blues Riders said...

BR to Saiful Bakhtiar:
bakhtiar kg kat mana? elok diambil gambarnya, 30 th lagi jadi antik.. dominasi bas mara dah hampir pupus.

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Teringat zaman dulu-dulu naik bas mara...

Falcoa wa ! said...

seronok bace entry nieh :)

umi jun said...

saya suka naik bas ni dulu. kenangan yg xboleh lupa :')

KAMIL SALEM said...

Thanks for the old pictures..Kita xda gambar memori ni-DrKamil Salem, Sarawak..

Blues Riders said...

BR to DR KAMIL SALEM:
terima kasih dr krn sudi bertandang. sekadar mengimbau kenangan silam..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'